Wednesday, December 31, 2014

Gara2 Berebut Duit Palsu 35 Terbunuh, 48 Cedera pada Sambutan Ambang Tahun Baru di Shanghai


35 Terbunuh, 48 Cedera pada Sambutan Ambang Tahun Baru di Shanghai

Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di China bertukar tragedi malam tadi apabila 35 orang dilaporkan terbunuh manakala 48 lagi cedera dalam satu kejadian orang ramai bersesakan di Shanghai, China.

Menurut laporan dari kerajaan Shanghai, 14 daripada yang tercedera kini dalam keadaan parah berikutan keganasan yang berlaku setengah jam sebelum tengah malam.

Memetik laporan dari Bloomberg, sekurang-kurangnya 48 cedera dalam kejadian, termasuk seorang rakyat Malaysia.

Laporan dari Xinhua News Agency, sebuah portal berita di China, menyatakan seorang saksi melaporkan kejadian terjadi setelah orang ramai menyerbu kupon-kupon yang kelihatan seperti wang kertas US Dollar yang dicampak dari tingkat tiga di satu bangunan. Namun punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Duit palsu yang dikatakan menjadi penyebab kejadian
Cui Tingting, 27, berkata dia telah mengutip beberapa helai kupon yang disangkakan wang itu tetapi membuang mereka semula setelah mengetahui ianya palsu.

"Ini sangat kejam. Beberapa orang di hadapan kami ada yang terjatuh ke lantai, dan orang ramai berlari-lari sambil memijak mereka", katanya.


Tuesday, December 30, 2014

Isyarat telefon penumpang beri petunjuk penemuan lokasi pesawat QZ8501


Isyarat telefon penumpang petunjuk lokasi pesawat QZ8501

Isyarat telefon bimbit seorang daripada penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dipercayai menjadi petunjuk lokasi pesawat berkenaan terhempas.

Ketua Polis Republik Indonesia, Jenderal Pol Sutarman, berkata penemuan itu hasil daripada usaha pasukan mencari dan menyelamat di lapangan terbang yang bekerjasama dengan pasukan teknologi maklumat untuk mencari isyarat telefon milik penumpang melalui stesen transmisi pangkalan (TBS).

Sutarman berkata, selepas mengesan isyarat satu daripada nombor telefon penumpang, pihaknya segera mengerahkan kapal untuk ke titik koordinat isyarat berkenaan.

"Saya tidak tahu adakah akan menemui isyaratnya di hujung Kalimantan," katanya.

Selepas penemuan itu, Sutarman berkata beliau segera meminta nombor telefon milik semua penumpang pesawat berkenaan.

Belaiu berkata, terdapat kemungkinan beberapa penumpang lupa mematikan talian telefon bimbit mereka sehingga isyarat telefon berkenaan dapat dikesan oleh BTS.

"Itu adalah penemuan analisis IT kerana saya minta nombor telefon milik semua penumpang. Kerana telefon bimbit berkenaan dibawa terbang lalu dikesan oleh BTS," katanya.

Hari ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui tiga mayat yang dipercayai penumpang penerbangan QZ8501 yang hilang pagi kelmarin.

Tiga jenazah itu ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Ketika ini, bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di perairan Pangkalan Bun, masih belum ditemui. - Kompas.com

Harga Baru RON 95 & Diesel 1 Januari 2015 Dijangka Antara RM1.95 - RM1.90 - Ahmad Maslan


Harga Baru RON 95 & Diesel Dijangka Antara RM1.95 - RM1.90 - Ahmad Maslan

Kuala Lumpur, 30 Dis - Pengumuman harga terbaru petrol di Malaysia sudah tentu menjadi antara perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Pada 12 Disember lepas, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad ada menyatakan harga petrol RON97 dan Diesel akan sekali lagi diturunkan pada 1 Januari ini sekiranya harga minyak dunia terus menurun.

“Mengikut trend 10 hari dalam Disember ini, harga ketiga-tiga bahan bakar ini terus menurun.

“Namun kita akan buat pengiraan mengikut purata keseluruhan berapa banyak jumlah yang akan diturunkan, tetapi kita pasti ia akan menggembirakan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada 12 Disember lepas.

Hari ini, Ahmad Maslan telah memuat naik satu status di akaun Twitter miliknya yang menyatakan harga Ron95 dan Diesel dijangka akan diturunkan pada RM 1.95 - RM1.90 seliter mulai 1 Januari ini. 


Selain dari membuat jangkaan itu, Ahmad Maslan juga turut meminta agar peniaga-peniaga menurunkan harga barang berikutan penurunan harga minyak yang bakal diumumkan nanti.

Pengumuman rasmi harga petrol dan diesel akan dikeluarkan pada 31 Disember ini (esok) oleh KPDNKK.

Harga terkini bagi RON95 adalah RM2.30 seliter manakala disel adalah RM2.20 seliter selepas kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi minyak baru-baru ini.


Foto Gambar Pesawat Airasia Zest Selepas Tergelincir di Filipina, Kesemua Penumpang Selamat


Gambar : Pesawat Airasia Zest Tergelincir di Filipina, Kesemua Penumpang Selamat

Filipina, 30 Dis - Sebuah pesawat AirAsia Zest bernombor pendaftaran Z2 272 hari ini dilaporkan tergelincir di lapangan terbang Kalibo, Filipina petang tadi.

Bagaimanapun, kesemua penumpang di dalam pesawat tersebut dilaporkan selamat dan telah dikeluarkan dari pesawat terbabit.

Menurut laporan, keadaan cuaca yang buruk serta gangguan pada sistem pesawat menjadi punca pesawat tersebut tergelincir.

Menurut Jet Damazo Santos, seorang jurnalis dari Rappler Indonesia, penumpang dikeluarkan dari pesawat tersebut menggunakan papan gelongsor kecemasan.

"Enjin dimatikan dengan segera, kami diberitahu untuk meninggalkan beg dan keluar dari pesawat dengan kadar segera", katanya melalui akaun Twitter.

Gambar peristiwa telah dikongsi oleh beliau yang menggunakan akaun Twitter dengan nama @jetdsantos. Beliau \ adalah salah seorang penumpang yang terbabit dalam kejadian tersebut.










Sayu! Jasad Mangsa Nahas ditemui berpegangan tangan


Jasad berpegangan tangan

Selat Karimata: Tiga hingga empat jasad mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui dalam keadaan berpegangan tangan ketika pasukan mencari dan menyelamat membuat tinjauan dari udara.

Juruterbang pesawat Hercules A-1319, Lettu Adhi Miswara berkata, selepas menemui jasad pertama mangsa nahas, pihaknya melakukan tinjauan di sekitar kawasan berkenaan dan menemui kira-kira lapan jasad lagi tidak jauh dari lokasi penemuan jasad pertama .

Pesawat Hercules yang diterbangkan dari Lanud Halimperdanakusuma Jakarta sempat mendarat di Lanud Iskandar Pangkalan Bun sebelum membuat pencarian di wilayah selatan perairan Pangkalan Bun.

Setelah menemui pelampung berwarna oren dan serpihan pesawat, kira-kira 4.30 petang waktu tempatan, mereka menemui jasad mangsa yang dibawa arus ke Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam.

"Ia ditemui di barat dan dekat dengan lokasi pertama," katanya.

Pembantu juruterbang, Erwin Tri Prabowo pula berusaha merakam gambar jasad-jasad itu dengan menggunakan kamera dengan lensa panjang.

"Kami melihat dalam jarak sekitar 5 kilometer, ada kira-kira tujuh hingga lapan jasad lain.

"Satu daripada jasad yang ditemui dalam posisi tertiarap memakai baju putih dan seluar hitam. Selain itu juga ada sekelompok jasad malah ada yang masih berpegang tangan," katanya.

Sementara itu, sebuah kapal perang Indonesia menemui lebih 40 jasad terdampar ditengah laut ketika usaha mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat AirAsia, kata jurucakap tentera laut.


“Berdasarkan laporan radio tentera laut, dilaporkan kapal perang Bung Tomo sudah membawa keluar 40 jasad dan angka itu meningkat dari semasa ke semasa. Mereka kini terlalu sibuk,” kata Manahan Simorangkir. - Agensi

Bukti Sisa Serpihan Pesawat AirAsia QZ8501 dipertontonkan di Sidang Media!


Pesawat AirAsia QZ8501 Ditemui, Lebih 40 Mayat Dibawa Keluar Dari Laut

Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia telah mengesahkan serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang tempoh hari

Lokasi 95% serpihan yang pesawat AirAsia QZ8501 telah ditemui pada jarak 10km daripada dari lokasi pesawat itu hilang daripada radar.

Dalam berita Indonesia, objek yang dilihat terapung di tengah laut adalah salah seorang mangsa dari pesawat AirAsia QZ8501.

Anggota tentera Indonesia menunjukkan objek yang ditemui terapung di kawasan pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang dibawa ke Pangkalan Bun, Kalimantan. - Foto AFP






Sebuah kapal perang Indonesia dikerahkan ke lokasi pesawat dan mengeluarkan lebih 40 mayat daripada laut dan jumlah mayat semakin meningkat dari masa ke semasa.

VIDEO SERPIHAN PESAWAT AIRASIA QZ8501 & MAYAT MANGSA



Bila Waris #QZ8501 Enggan Terima Berita Pesawat Terhempas Di Laut


Waris QZ8501 Enggan Terima Berita Pesawat Terhempas Di Laut

SURABAYA – Suasana di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di sini tegang dan panik apabila waris keluarga kepada penumpang dan krew QZ8501 milik AirAsia Indonesia tidak dapat menerima berita penemuan bangkai pesawat itu.


Sejurus visual terkini mengenai kejayaan pasukan pencari menemui serpihan kapal terbang itu disiarkan menerusi televisyen tempatan, ramai ahli keluarga mangsa menangis dan ada berdoa agar berita tersebut tidak benar manakala sebahagian lagi dilihat tergamam.








Keadaan kecoh itu menyebabkan petugas Badan Search and Rescue Nasional (Basarnas) diserbu ramai ahli waris mangsa yang tidak berpuas hati dan mahu mendapatkan pengesahan berita yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen Indonesia.

Sejumlah petugas lapangan terbang terpaksa menenangkan keluarga penumpang sebelum meminta semua wartawan dan bukan waris mangsa segera keluar dari bilik taklimat pusat krisis tersebut untuk mengawal keadaan serta memberi maklumat terkini kejadian.




Antara yang berada di dalam bilik berkenaan ialah Ketua Basarnas Surabaya, Muhammad Hernanto; Pengarah Urusan Angkasapura I, firma yang mengurus hal ehwal lapangan terbang, Tommy Sutomo dan Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini. – Agensi













Nahas #QZ8501 : Bayang-Bayang Seakan Pesawat Dikesan Di Dasar Laut


QZ8501 : Bayang-Bayang Seperti Pesawat Dikesan Di Dasar Laut

Sebuah pesawat pencarian pesawat AirAsia QZ8501 turut mengesan bayang-bayang di dasar laut yang menyerupai bangkai sebuah pesawat dipercayai pesawat berkenaan yang hilang sejak Ahad lepas.

Lokasi serpihan dan mayat ditemui ialah di perairan Kalimantan berhampiran Pangkalan Bun dan Kalimantan Barat di Laut Jawa.



“Allah memberkati kita hari ini,” kata Ketua Badan Mencari Dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) Bambang Soelistyo dalam sidang media mengumumkan penemuan serpihan itu tadi.

Menurut beliau, pada pukul 12.50 tengahari, sebuah pesawat Hercules C-130 mengesan objek dilihat berupa bayang-bayang di dasar lautan yang menyerupai sebuah pesawat.

Sementara itu, pihak tentera Indonesia dilaporkan sudah mengesan enam mayat berkaitan pesawat itu turut ditemui hari ini. – MYNEWSHUB



Jasad Terapung Dijumpai Berhampiran Serpihan pesawat Air Asia #QZ8501 Berakhir di Laut Jawa - AFP


Jasad Terapung Dijumpai Berhampiran Serpihan - AFP

Indonesia - Hasil pencarian oleh pasukan SAR mendapati jasad manusia telah dijumpai terapung sekitar kawasan serpihan pesawat Air Asia ditemui, lapor AFP.

Beberapa gambar badan mangsa telah disiarkan di televisyen Indonesia, TVOne. Kini pasukan SAR sedang meneliti kawasan tersebut bagi mencari mangsa yang masih hidup



Foto Gambar Serpihan Ditemui 10KM Dari Lokasi Pesawat Air Asia QZ8501 Hilang


Gambar : Serpihan Ditemui 10KM Dari Lokasi Pesawat Airasia Hilang

Update 3:35 : Memetik laporan dari TVOne, Jurucakap Tentera Laut berkata helikopter mengesan manusia di permukaan laut dan kini sedang memeriksa sama ada mereka masih hidup

Update  3:30 pm : Ketua pegawai penerbangan awam Indonesia mengesahkan serpihan yang dijumpai disahkan milik pesawat Air Asia QZ8501. - AFP


Update : Pegawai Penerbangan Awam Indonesia mengesahkan serpihan ditemui dalam air datang dari pesawat tetapi belum mengesahkan ianya dari pesawat yang hilang.

Indonesia - Televisyen di Indonesia kini sedang menyiarkan beberapa objek yang ditemui didalam air di Kepulauan Jawa dengan menyatakan ianya mungkin serpihan objek dari pesawat Air Asia yang hilang baru-baru ini.

Objek-objek berkenaan dikesan 10KM dari lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan. Menurut laporan dari RT.com, objek-objek tersebut dikenalpasti sebagai, pelampung keselamatan, jaket keselamatan dan satu tiub oren panjang.

Gambar objek-objek tersebut telah diambil oleh salah seorang jurugambar yang berjaya merakamkan gambar tersebut dari ketinggian 5000 kaki didalam pesawat Hercules A-1319 milik TNI Angkatan Udara (AU).

Sebelum ini, portal berita AFP telah melaporkan bahawa pihak berkuasa Indonesia mengesahkan tentang penemuan beberapa objek yang ditemui di kawasan pencarian pesawat Air Asia QZ8501.

Helikopter kini sedang dihantar bagi mengesahkan penemuan objek terbabit.









Sumber : rt.com