Sunday, May 31, 2015

Pengumuman Harga Terkini Minyak RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Jun 2015 (Rasmi)


Pengumuman Harga Terkini Minyak RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Jun 2015 (Rasmi)

Menurut satu pengumuman dari KPDNKK melalui Facebook, berikut adalah harga terbaru petrol dan diesel bermula 1 Jun 2015.


RON95 : RM 2.05/liter
RON97 : RM 2.35/liter (termasuk GST 6%)
DIESEL : RM 2.05/liter

Berbanding dengan harga sebelumnya, harga ketiga-tiga bahan api itu melihatkan peningkatan sebanyak RM0.10 bagi setiap liter.




Harga-harga baru ini akan berkuatkuasa bermula jam 12.01 minit malam ini.

Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mac, April & Mei 2015


Harga bagi RON95, RON97 dan Diesel tidak berubah selama tiga bulan berturut.

RON95: RM 1.95 Sen Seliter
RON97: RM 2.25 Sen Seliter
Diesel: RM 1.95 Sen Seliter



Thursday, May 28, 2015

Bersejarah! British Airways Adakan Semula Penerbangan Ke Negara Malaysia


British Airways Adakan Semula Penerbangan Ke Malaysia

SEPANG, 28 Mei (Bernama) -- British Airways, syarikat penerbangan negara United Kingdom, mengadakan semula penerbangan dari London ke Kuala Lumpur selepas 14 tahun tidak menyediakan perkhidmatan tersebut dengan penerbangan pertama tiba hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Penerbangan harian tanpa henti itu dikendalikan oleh pesawat Boeing 777-200ER dengan empat kabin.



Bercakap pada majlis ketibaan penerbangan sulung itu di KLIA di sini Khamis, Pengurus Besar British Airways bagi Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik Jamie Cassidy berkata mengadakan kembali penerbangan tersebut adalah tepat pada masanya.

"Malaysia kini antara ekonomi yang paling pesat di Asia, dan negara kesembilan paling tinggi dilawati di dunia. Sudah tiba masanya, kami amat gembira untuk kembali ke Kuala Lumpur dan berminat membantu Malaysia meneruskan kejayaannya," katanya.


PESAWAT British Airways Boeing BA33 selamat tiba di KLIA di sini hari ini dari Heathrow, London.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Badlisham Ghazali.

British Airways menawarkan pilihan empat kabin kepada pelanggan termasuk Kelas Pertama baharu syarikat penerbangan itu, Kelas Perniagan yang memenangi anugerah Club World, ekonomi premium World Traveller Plus dan kelas ekonomi World Traveller.



Pesawat British Airways Boeing BA33 selamat tiba di KLIA dari Heathrow, London selepas syarikat penerbangan Britain itu menyambung semula penerbangan ke Malaysia setelah menggantung laluannya ke negara ini pada tahun 2001.

Dalam mengalu-alukan syarikat penerbangan tersebut, Badlisham berkata hubungan sejarah antara kedua-dua negara akan diperkukuhkan dengan mengadakan semula perkhidmatan tersebut.

"Sebagai destinasi terbaharu dalam rangkaian global British Airways, saya yakin pengunjung dari United Kingdom dan seluruh Eropah akan menghargai banyak peluang untuk perniagaan dan pelancongan yang ditawarkan oleh Malaysia," katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, May 13, 2015

ISU ROHINGNYA: Siapakah Sebenarnya Etnik Rohingnya, Kenapa Mereka Sanggup Bergadai Nyawa Untuk Lari Dari Negara Sendiri


EDISI KHAS: Siapakah Sebenarnya Etnik Rohingnya, Kenapa Mereka Sanggup Bergadai Nyawa Untuk Lari Dari Negara Sendiri

Sekarang negara kita seolah-olah seperti diserang dengan kehadiran lebih 1000 hingga 2000 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) etnik Rohingya dan pihak berkuasa juga berjaya mengesan 5000-6000 etnik ini berada di Selat Melaka dan juga perairan antarabangsa.

Mereka dipercayai terkandas di tengah-tengah laut kerana dipercayai tiada hala tuju berlayar kerana kawalan ketat yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Baru-baru ini lebih dari 1000 etnik ini telah bertindak terjun ke dalam laut selepas bot mereka telah tersekat di beting pasir dan kebanyakkan mereka telah berenang ke Langkawi yang menimbulkan kekecohan di kalangan penduduk.


Rakaman seorang penduduk Langkawi.. .lebih kurang 1000 orang PATI berjaya mendarat di sebuah pantai di Langkawi,...
Posted by Siakap Keli on Sunday, May 10, 2015

Berdasarkan laporan media utama di Malaysia penduduk tempatan, khususnya di Langkawi, risau tentang keselamatan mereka dengan ketibaan mereka ini.

Mereka yang datang bersesak-sesak di dalam hanya sebuah bot bilis belayar dari Myanmar selama seminggu tanpa bekalan makanan dan minuman.



Semalam, 13 Mei bot negara tentera Marin Indonesia telah telah menahan dan melencongkan tiga buah bot yang dipenuhi etnik Rohingya ini ke Malaysia.

Perkara ini disahkan jurucakap angkatan laut negara itu, Manahan Simorangkir.

Beliau berkata bot tersebut telah ditunda keluar daripada wilayah negara Indonesia dan mereka tidak memaksa pendatang tersebut berbuat demikian tetapi kerana menurut pelarian tersebut mereka memang hendak pergi ke Malaysia atau Australia.

Walaubagaimanapun Encik Simorangkir tidak mendedahkan kemana hala tuju bot-bot berkenaan.

Selain itu, dua hari lepas empat buah bot kecil yang membawa 1,400 pendatang Rohingya oleh mereka telah berjaya diselamatkan di luar pantai Indonesia dan Malaysia sehari selepas 600 pendatang Rohingya yang menggunakan kapal kayu tiba di Aceh, Indonesia.

Kebayakan mereka dikatakan lari dari destiansi sebelum ini iaitu Thailand selepas negara gajah putih itu dikatakan mengambil tindakan membanteras pemerdagangan etnik Muslim Rohingya yang sedang menuju ke negara jiran, berikutan penemuan kubur mayat ditanam beramai-ramai di Songkhla, Thailand, baru-baru ini.


Dari satu laporan berita luar negara telah menemuramah pelarian ini, sungguh menyedihkan apabila mereka menceritakan bagaimana mereka datang ke Malaysia.

Menurut cerita wartawan tersebut, mereka sebenarnya sayangkan tanah mereka, negeri mereka tetapi kerana berlakunya pembebasan etnik di sana di mana entik ini dibunuh, rumah mereka dibakar dan dihalau menyebakan mereka terpaksa berbuat demikian.

Mereka datang bersesak-sesak menyelamatkan diri menggunakan bot nelayan tanpa bekalan makanan. Dalam perjalanan ada yang meninggal kerana kebuluran dan mayat mereka terpaksa dibuang ke laut.

Siapakah sebenarnya Entik Rohingya ini?

Memetik laporan Astro Awani yang menemuramah  Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia Zafar Ahmad Abdul Ghani menegaskan mereka bukan pendatang asing seperti yang datang dari Bangladesh, Indonesia ataupun Nepal.


“Kita harus jelas di sini bahawa etnik Rohingya bukanlah pendatang asing yang seperti diklasifikasikan di sini. ,”

“Rakhine merupakan tanah kami. Itu memang negeri kami. Namun pada 1978 junta tentera Myanmar cuba menghalau kami dari tanah kami. Ini menyebabkan ramai yang lari ke Bangladesh. Mereka dalam golongan pelarian."

“Ini dikenali sebagai Operasi Nagamin tentera Myanmar, dimana kezaliman dibuat dan terdapat pencabulan hak-hak asasi kemanusiaan,” katanya.

Akta Kewarganegaraan 1982 yang digubal oleh tentera Junta Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik di Myanmar menyebakan mereka ini tidak mendapat kewarganegaraan. Ini menyebabkan mereka dilucutkan dari sosio-ekonomi dan politik negara.

"Sekarang ini Myanmar mengiktiraf 135 golongan etnik dan etnik Rohingya tidak tersenarai,".

Menurut beliau, mereka mempunya kampung dan tanah di Rakhine sebuah kawasan yang kaya dengan pertanian, minyak, gas dan sebagainya dan ini merupakan salah satu usaha untuk pihak tentera untuk mengambil tanah mereka.




“Pada 1988, terdapat sebuah lagi operasi di mana kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas harus menjadi buruh paksa. Terdapat kezaliman lain seperti penangkapan, pembunuhan dan juga rogol.

“Kita tidak dapat memiliki apa-apa. Pisau untuk potong sayur pun tidak ada. Kalau kita ada pisau, mereka akan tahan satu keluarga dan bawa mereka keluar dari kampung itu. Kami juga tinggal di kem, kami tidak mempunyai rumah,” katanya.

Kemana hala tuju mereka? kerana berlaku kezaliman dan proses pembersihan etnik di Myanmar, ramai etnik Rohingya terpaksa meninggalkan tanah mereka.

"Sekarang terdapat 2 juta etnik Rohingya di Rakhine dan 2.5 juta di luar Rakhine.

“Macam mana kami mahu hidup di negeri sendiri, kalau pihak kerajaan mahu membunuh kami? Kami sudah tiada hak, baik kita lari sahaja,” kata Zafar.



Selain warga Bangladesh, etnik Rohingya turut mencari perlindungan di negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia. Kepada mereka yang lebih bertuah, mereka mendapat suaka di negara ketiga seperti Amerika Syarikat.

“Kami bukan lari ke Malaysia sahaja. Kami berada di mana-mana... ada di sini, ada di Indonesia, Thailand, Bangladesh, Dubai, Amerika Syarikat... di mana sahaja kita boleh mendapatkan perlindungan,” katanya.

Memetik laporan MediaCorp,  Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) menggesa negara-negara Asia Tenggara supaya mencari dan menyelamatkan mereka ini dipercayai ditinggalkan terumbang-ambing di tengah-tengah lautan.

Menurut jurucakapan IOM, Joe Lowry berkata, mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mencari mereka namun pemerintah-pemerintah negara Malaysia dan Indonesia mampu melakukannya.

Beliau menambah, para pendatang mungkin berada dalam keadaan melarat, malah mungkin ada yang mati jika mereka tidak ditemui dengan secepat mungkin.

Bagi SK kerajaan Malaysia perlu memainkan peranan ini menyelamatkan mereka yang masih terumbang ambing di tengah laut Selat Melaka. Selamatkan mereka yang merupakan saudara Islam yang tertindas.



Terkini! Pencarian Pesawat MH370 Di Lautan Hindi Bongkar Penemuan Terbaru


Pencarian Pesawat MH370 Di Lautan Hindi Bongkar Rahsia Lain

SYDNEY: Usaha mencari penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di Lautan Hindi telah membawa kepada penemuan sebuah kapal karam yang belum pernah diketahui, oleh itu pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mencari pesawat MH370 akan membuat siasatan sekiranya kapal tersebut berada dalam zon carian mereka.

Pasukan pencarian yang diketuai oleh Australia menjalankan operasi di selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat tersebut yang hilang sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu.

Menurut maklumat yang diterima mengenai operasi itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata, terdapat pantulan cahaya kecil di dasar laut yang memerlukan pemeriksaan rapi.

Data dari sonar imbasan resolusi tinggi yang menggunakan kenderaan dalam air berautonomi mendedahkan objek tersebut mungkin hanya bersaiz seperti bola kriket yang berada kira-kira 3,900 meter(12,795 kaki) di bawah air.


Walaupun serpihan tersebut kelihatan seperti suatu benda buatan manusia, ia dilaporkan tidak mempunyai ciri-ciri seperti serpihan pesawat jadi pihak berkuasa terpaksa menggunakan kamera untuk melihat serpihan tersebut dengan lebih jelas.

Pengarah operasi pencarian MH370, Peter Foley berkata ia merupakan satu penemuan yang menarik tetapi ia bukanlah apa yang diingini.

Imej yang diterima menunjukkan sebuah sauh, dan beberapa objek lain yang dikatakan buatan manusia.

Foley juga menjelaskan, operasi ini tidak akan dihentikan kerana kehilangan pesawat tersebut masih lagi menjadi misteri.

Pencarian pesawat tersebut telah menjadi sesuatu yang kompleks dan Australia memberi tumpuan kepada kawasan terpencil di Selatan Lautan Hindi yang terletak jauh dari pantai barat yang meliputi 60,000 kilometer persegi (23.166 batu persegi)..

Sunday, May 10, 2015

Kanak-kanak Jatuh Depan Mata di 1Borneo Hypermall, Sabah!

Kickbola.net
1Borneo Hypermall : Kanak-kanak Jatuh Depan Mata. Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun parah selepas terjatuh dari tingkat satu kompleks beli belah One Borneo, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, jam 2 petang tadi.
Lagi kejadian Budak Terjatuh di Pusat Membeli Belah dan Kali Ini ia terjadi di 1Borneo Hypermall, Sabah.!!

Lagi kejadian Budak Terjatuh di Pusat Membeli Belah dan Kali Ini ia terjadi di 1BORNEO, Sabah.!!

Seorang kanak-kanak difahamkan terjatuh dari tingkat atas sebuah Pusat Membeli belah terkemuka di Kota Kinabalu Sabah hari ini.


Memetik sumber yang dikongsi di laman sosial hari ini, kejadian tersebut berlaku di One Borneo Shopping Complex.

Happened at 1borneo just now. The kids don’t know from which floor fall down. This really shocked me because I see infront of my eyes. Gosh ! God bless her. Hope she nothing
Posted by Julie Foo on Saturday, May 9, 2015


Status yang dimuatnaik oleh seorang pengguna laman sosial berserta dua keping gambar yang ketika ini sudah dikongsi sebanyak 333 Kali di facebook.


Bagaimanapun punca kejadian berlaku masih belum diketahui dan SabahUp2Date akan kongsi selepas mendapat laporan kejadian ini. Diharap agar anda semua jangan membuat sebarang andaian mahupun tuduhan liar menyalahkan mana-mana pihak.

Saturday, May 9, 2015

Terkini! Pesawat Airbus A400M terhempas di Sepanyol


Pesawat Airbus A400M terhempas di Sepanyol, kesemua krew terbunuh

Pesawat A400M Airbus milik tentera terhempas di Seville, Sepanyol. Pesawat dilapor terhempas sejurus selepas melakukan take-off.

Kesemua krew kapal disahkan terbunuh (bilangan masih tidak pasti) dan disahkan oleh Perdana Menteri Sepanyol.


A Spanish air force cargo plane has crashed near Seville airport, Spain’s defence ministry has said.

Thick black smoke could be seen rising from the rural scene of the crash, while pictures on Twitter showed firefighters putting out the flaming wreckage.



The plane, reportedly an Airbus A400M, came down shortly after taking off from Aeropuerto de Sevilla, where they are manufactured, according to the AIRheads FLY blog.


There have been no reports of casualties, but the four-engine turboprops typically fly with a crew of between three and four, according to Airbus specifications. The Spanish daily El Pais said as many as seven people were on board.


Sky News reported that the plane came down near a Coca-Cola factory.


The ministry was not able to confirm whether there were any casualties from the crash, Reuters reported.



Thursday, May 7, 2015

Kejam! Tunang dibunuh dan Dicampak di Jambatan Cyberjaya!


Rosshida Dibunuh, Tunang Mengaku Campak Dari Jambatan

Semalam kita dikejutkan dengan penemuan satu mayat dalam belukar di bawah jambatan di susur keluar Pulau Meranti Cyberjaya.

Susulan daripada kes tersebut, hari ini, seorang lelaki yang berusia 26 tahun telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali, lelaki tersebut yang juga merupakan tunang kepada mangsa bagaimanapun telah mengaku mencampak Rosshida dari jambatan berkenaan ketika disoal siasat.

"Beberapa barang milik mangsa juga ditemui bersama suspek.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya memetik myMetro.

Suspek telah ditahan di sekitar kawasan Cyberjaya dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang pada jam 10.30 pagi tadi.

Setakat ini suspek dalam tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Pada jam kira-kira 5 petang semalam, mayat mangsa, Rosshida Abdullah, 30 yang berasal dari Repek, Pasir Mas, Kelantan telah dijumpai oleh orang awam di bawah jambatan berkenaan.

Selain itu, bersama mayat ditemui sekeping nota yang juga menceritakan tentang masalah yang dihadapinya termasuklan tekanan akibat diburu along. Turut ditemui adalah sebuah beg tangan. 

Saturday, May 2, 2015

Adik mangsa kemalangan DUKE Mohon jumpa admin Familia Myvi Club

Orang lain pun ada kereta tapi takde le macam Kelab ni...
Adik mangsa kemalangan DUKE mahu jumpa admin kelab kereta Myvi

Adik bongsu Allahyarham Fairuz Nizam Husain yang maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya DUKE pada awal pagi Sabtu memohon agar ahli Kelab Kereta Myvi yang berkenaan datang bertemu dengannya.


Faizz kini mengambil alih tanggungjawab menjada kedua-dua anak arwah abangnya - Foto Facebook

Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25, memuat naik pesanan berkenaan di dalam laman Facebooknya pada Sabtu meminta supaya ahli jawatankuasa kelab tersebut menghubunginya demi membela nasib kedua-dua anak arwah abangnya.

“Saya mohon agar pihak yang terlibat, sila tampil kepada keluarga kami.


“Mereka masih kecil dan ditanggung sepenuh oleh arwah. Kini tanggungan bertukar tangan dan menjadi tanggungjawab saya. Mohon kepada Admin Club Myvi yang terlibat tampil untuk berunding dengan kami,” itu antara ayat yang ditulis oleh Faizznur di dalam laman sosialnya.



Fairuz, 35 dan isteri Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi perempuan Nur Firuza Annisa, berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan pada 1.05 pagi.



Kereta Pajero yang dipandu Fairuz, yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi, lalu terbabas ke sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri. Akibatnya, kereta Pajero itu berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan.

Netizen Mengamuk Insiden Maut Bayi Berusia 6 Bulan Tercampak Keluar Akibat Kelab Myvi Berlumba Haram


Netizen Mengamuk 3 Maut Bayi Berusia 6 Bulan Tercampak Keluar Akibat Kelab Myvi Berlumba Haram

Pemandu tidak bertanggungjawab!! Pada jam 12.00 hingga jam 1.00 pagi satu kejadian kemalangan maut di Lebuhraya DUKE menghala ke arah Damansara. Kemalangan tersebut mengakibatkan sepasang suami isteri dan bayi yang menaiki kereta pajero maut di tempat kejadian.

Sikap yang tidak bertanggungjawab ini berpunca daripada sekumpulan kereta berlumba haram di lebuh raya duke.


Dalam kejadian membabitkan 6 buah kereta produa myvi dan sebuah pajero. Diberitahu sumber mengatakan 6 buah perodua myvi berlumba secara haram di lebuh raya duke dari arah Damansara dan salah sebuah daripadanya melanggar kereta mangsa sehingga terbalik dan ketiga-tiga mangsa kereta pajero tersebut tercampak keluar dari kereta.


Pemergian pasangan terbabit meninggalkan dua anak perempuannya menjadi anak yatim piatu.




disebabkan kejadian tersebut seorang pemandu daripada 6 buah kereta produa myvi terbabit telah menyerah diri di balai polis berhampiran. Pihak polis sedang giat mengesan 5 lagi pemilik Myvi yang terlibat


Kejam! Myvi Lumba Haram Mengakibatkan Anak Buah Aku Jadi Yatim Piatu!!!


Myvi Lumba Haram - Korang Telah Menyebabkan Anak Buah Aku Jadi Yatim Piatu!!!

Sebelum ini kami naikkan artikel mengenai Kemalangan 3 Maut Bayi Berusia 6 Bulan Tercampak Keluar Akibat Berlumba Haram.

Dalam kejadian membabitkan 6 buah kereta produa myvi dan sebuah pajero. Diberitahu sumber mengatakan 6 buah perodua myvi berlumba secara haram di lebuh raya duke dari arah Damansara dan salah sebuah daripadanya melanggar kereta mangsa sehingga terbalik dan ketiga-tiga mangsa kereta pajero tersebut tercampak keluar dari kereta.


Pasangan Suami isteri bernama Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya pula, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala



Kejadian tersebut berlaku ketika  pajero yang dipandu Fairuz Nizam berada di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri - Kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan

Jesteru itu “Mengakibatkan Pajero tersebut berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang tercampak di atas jalan raya.


Manakala di kejadian yang sama pemandu Myvi cedera di mulut dan dirawat di HKL. dan sebuah lagi Myvi yang memandu di lorong sebelah kiri tidak mengalami sebarang kecederaan

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957

Facebook Page Familia Myvi Club Diserang Pengguna Facebook


Oleh demikian jika diperhatikan di link Page Familia Myvi Club kesemua komen orang ramai dalam keadaan marah dengan kemalangan maut tersebut telah ‘menyerang’ laman facebook rasmi kumpulan tersebut dan mendesak pemandu-pemandu yang terlibat supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa.



Walaubagaimanapun salah seorang daripada ahli kelab Page Familia Myvi Club tampil dan mengatakan apa yang tersebar di media sosial adalah tidak benar. Beliau juga mengatakan beliau berada di kawasan kemalangan maut tersebut sewaktu kejadian. - yana wakil daripada FMC





“Korang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu…



Komen ini ditulis salah seorang daripada keluarga mangsa. Tidak dapat digambarkan bagaimana keadaan nasib yang mendatang kepada 2 orang lagi anak Arwah.
Semoga arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah