Friday, December 30, 2016

Bapa dipenjara 80 tahun, 110 sebatan perkosa anak sendiri

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Seorang penjual buku agama tergamak menjadikan anaknya sebagai hamba seks, sehingga sanggup memukul remaja itu dengan tukul.

Bapa berusia 38 tahun itu merogol gadis berusia 16 tahun berulang kali di bilik sewanya di Lorong Haji Taib 1 di sini sejak 26 Ogos lalu, kata sumber polis.

Malah lelaki yang berasal dari Lundu, Sarawak turut didapati mencekik dan mengugut anaknya menggunakan pisau agar tidak menceritakan pencabulan tersebut.

Anaknya yang tiba di sini untuk meneruskan pelajaran dipaksa melakukan seks walau mangsa bergelut untuk melarikan diri.

“Suspek memukul lututnya dengan tukul, menampar, mencekik dan menendangnya sebelum meletakkan pisau di lehernya. Kami percaya dia buat begitu supaya anaknya menutup mulut.

“Anaknya bekerja di kedai borong berhampiran untuk mendapatkan wang saku.

“Dia tinggal hanya beberapa langkah dari balai polis Chow Kit tetapi mungkin terlalu takut untuk minta bantuan,” kata sumber.

Ketika serbuan pada Khamis lepas, anggota polis terpaksa memanjat melalui saluran udara sebelum memecah masuk ke bilik itu bagi mencari suspek dan anak perempuannya.

“Mangsa yang menangis, berlari dan memeluk seorang pegawai polis wanita yang menyertai serbuan itu. Dia mengalami lebam di dahinya dan luka di lehernya.”


- See more at: http://www.themalaymailonline.com/pr....9C0lfrEK.dpuf

Rogol anak perbuatan keji: Hakim

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Sesyen menyifatkan tindakan seorang lelaki gelandangan merogol anak kandungnya berusia 16 tahun yang terpisah sejak bayi, selama 11 hari berturut-turut adalah satu perbuatan keji dan terkutuk.


Difahamkan, anak mangsa yang tinggal di Sarawak datang ke sini pada 26 Ogos lalu untuk berjumpa bapanya yang terpisah sejak mangsa dilahirkan.

Hakim Datin M Kunasundary berkata, tertuduh sepatutnya melindungi anaknya sendiri tetapi bertindak sebaliknya dengan merosakkan masa depan mangsa.

"Mahkamah tidak dapat membayangkan trauma dihadapi mangsa," katanya selepas menjatuhkan hukuman 80 tahun penjara dan 110 sebatan terhadap lelaki itu yang berusia 38 tahun.

Kunasundary berkata, mahkamah juga tidak dapat memaafkan apa yang dilakukan tertuduh dan berharap ia tidak dilakukan lelaki bergelar bapa atau sesiapa saja.

Dalam kes terbabit, tertuduh mengaku salah atas 11 pertuduhan rogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anaknya di antara 27 Ogos dan 7 September lalu di sebuah premis di Lorong Haji Taib, di sini, mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.

Pertuduhan bagi seks oral pula adalah mengikut mengikut Seksyen 377C kanun sama dan sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun dan sebat.

Kunasundary memerintahkan tertuduh dihukum penjara 80 tahun dan 110 sebatan bagi 11 pertuduhan rogol serta satu pertuduhan seks oral.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


http://www.bharian.com.my/node/228606

Pas: Kami tak suka sahabat tikam belakang

KOTA BHARU - Pas berpendirian tidak mengamalkan budaya tikam belakang, terutamanya dalam menjalinkan persahabatan bersama rakan sekutu politik, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Menurutnya, melalui dasar yang sama juga, Pas ingin mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menjalinkan persahabatan politik dengan parti itu untuk menghormati dan jujur dengan pendirian yang dipegang parti itu.

“Sahabat kita, baru atau lama, duduk elok-elok dengan kita. Terutamanya PKR. Nak berkawan dengan Amanah boleh, tapi jangan berperangai seperti Amanah. Kena jaga, terutamanya di Kelantan.

“Kita sejak dari dulu hingga kini, tidak pernah sekali pun khianati sahabat. Kita tidak suka budaya tikam belakang. Kalau nak tikam, tikam depan-depan,” katanya semasa menyampaikan ceramah di Karnival Ekonomi Anak Muda Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Turut hadir, Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Biro Penerangan Bersatu, Deen Qassim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, dan ramai lagi.

Menurutnya, Pas telah berkali-kali dikhianati iaitu semasa berada di dalam BN dan ketika menjalinkan persahabatan dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP sebelum ini.

Beliau juga memberitahu, malah Pas bukanlah ‘tangga’ untuk batu loncatan mana-mana pihak sehingga parti itu dilupakan apabila sudah sampai ke atas puncak.

“Bila sampai atas, lupakan tangga yang naik tadi. Kena ingat, tidak selamanya kita berada di atas, satu masa mesti kita mahu turun. Masa itu, tangga juga yang dicari nanti," katanya. - SH

Wednesday, December 28, 2016

(Video) Sanusi Junid Dedah Kisah Tun Mahathir


(Video) Amanah Tidak Akan Tanding Kerusi PKR


Sebab itu kami panggil mereka Pan

KUALA LUMPUR - Hasrat Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen milik PKR dan Pas pada PRU14 membuktikan parti itu tidak mempunyai sifat amanah.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata demikian ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut di sini, hari ini.

“Sebab itu kami tidak panggil mereka (parti Amanah) dengan Amanah, kami panggil mereka Pan,” katanya sinis.

Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan Pas pada PRU depan.

Khalid berkata, pemilikan kerusi tradisi yang dipertahankan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini.

Menurut Iskandar, sekiranya Amanah menghormati sekutunya dalam Pakatan Harapan, parti itu tidak akan sesekali akan menyatakan hasrat untuk merampas dan mencuri kerusi milik sekutunya, PKR.

“Saya baca kenyataan semalam Amanah hendak bertanding 40 kerusi termasuk milik Pas dan PKR, dengan sendirinya menunjukkan sikap sebenar Amanah.

“Mereka bersama dalam Pakatan Harapan, tapi nak curi kerusi PKR. Ini bermakna benarlah segala apa yang kami cakap sebelum ini tentang Amanah,” katanya lagi.

Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dipetik sebagai berkata, parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan Pas pada PRU depan.

Khalid berkata, pemilikan kerusi tradisi yang dipertahankan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini.

“Ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan dan Bersatu. Apa yang penting senario politik hari ini sudah berubah. Tidak seperti 2013 (PRU13).

“Kita tidak boleh jadikan 2013 sebagai asas untuk pembahagian kerusi. Kita alu-alukan kenyataan PKR yang menyatakan kesediaan mereka serahkan kerusi kepada Bersatu,” katanya. - SH

Tuesday, December 27, 2016

ASTAGFIRULLAHAL'ADZIM..!!! Ternyata Ini Termasuk Uji Coba Dajjal, Namun Peminatnya Sangat Banyak..

ASTAGFIRULLAHAL'ADZIM..!!! Ternyata Ini Termasuk Uji Coba Dajjal, Namun Peminatnya Sangat Banyak.. 
Diriwayatkan secara shahih oleh Imam Ibnu Majah Rahimahullahu Ta’ala, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam memberikan kabar terkait Dajjal. Kata manusia paling mulia ini mengingatkan, “Di antara fitnah Dajjal ialah, bersamanya ada surga dan neraka. Padahal, sesungguhnya nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka. Barangsiapa yang mendapatkan cobaan dengan nerakanya, hendaknya ia berlindung kepada Allah Ta’ala dan membaca ayat-ayat di awal surat al-Kahfi.”
Bukankah menghadirkan neraka dan surga merupakan kemampuan yang sangat dahsyat dan tidak bisa dilakukan oleh sembarangan orang? Jika surga dan neraka saja bisa diadakan, bukankah lebih mudah menghadirkan uang, harta, atau apapun yang lebih rendah tingkat kesukarannya?
Kelak, kita akan diuji dengan ujian yang berat. Umat akhir zaman akan dihadapkan pada fitnah-fitnah yang rumit nan pelik. Kelak akan dihadirkan sosok-sosok yang terlihat memiliki kemampuan luar biasa dalam berbagai bidangnya.
Kanjeng Dimas Taat Pribadi, salah satu contohnya.  Ia memiliki kemampuan menggandakan uang atas bantuan jin. Banyak orang berbondong-bondong mendatangi padepokannya. Bahkan seorang doktor pun kepincut dan aktif di dalam yayasan pimpinan Taat Pribadi.
Padahal, secara logika paling sederhana saja, uang mustahil digandakan, kecuali dengan cara-cara yang disepakati. Berdagang, misalnya, bisa menjadi sarana penggandaan uang jika dagangan laku. Tapi jika tidak laku, uang tidak bertambah bahkan bisa menimbulkan kerugian.
Ketika uang bisa digandakan tanpa resiko, tentu ada yang tidak beres lantaran menyalahi sunnatullah. Logika lainnya, bagaimana mungkin seseorang bisa menggandakan uang orang lain jika kehidupannya sendiri tak benar-benar makmur dan sejahtera.
Lantas, mengapa masih ada yang percaya? Inilah yang termasuk fitnah akhir zaman. Kebenaran tampak samar sampai tak terlihat, sedangkan keburukan terlihat amat menawan hingga banyak pengikutnya.
Selain fenomena seperti ini, banyak fenomena lain yang termasuk uji coba Dajjal. Bentuknya sangat banyak. Ironisnya, banyak kaum Muslimin yang tidak peka hingga terjerumus dan aktif di dalamnya.
Berhati-hatilah. Kuatkan iman dan taqwa. Perkuat aqidah dan ibadah. Ikuti petunjuk Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam terkait cara-cara melindungi diri dari fitnah Dajjal. Jika terhadap fenomena ini saja tidak bisa dijaga, apalagi dengan dahsyatnya fitnah Dajjal?
Ya Allah, lindungi kami dari fitnah Dajjal. Aamiin.
Sumber http://islamidia.

ASTAGHFIRULLAHAL'ADZIM...!! Inilah Daftar 10 Pekerjaam Yang HARAM Dan Harus Dijauhi, Nomor 10 Justru Sangat Diminati!

ASTAGHFIRULLAHAL'ADZIM...!! Inilah Daftar 10 Pekerjaam Yang HARAM Dan Harus Dijauhi, Nomor 10 Justru Sangat Diminati!

Dari Abu Hurairah ra dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: “Benar-benar akan datang kepada manusia suatu masa, pada saat itu orang tidak lagi mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta kekayaan, apakah dari jalan yang halal ataukah jalan yang haram.

Inilah kondisi di mana hari ini kita hidup. Faktor kesenjangan sosial antara si kaya dan si miskin tidak dipungkiri menjadi pemicu lahirnya keinginan manusia untuk mencari keadilan dengan cara-cara haram.

Orang-orang kaya yang hobi pamer kekayaan dan sering menjual gaya hidupnya kepada orang-orang miskin, ‘telah menambah dorongan mereka untuk melakukan apapun asal mereka bisa menikmati seperti yang selama ini mereka tonton.

Maka, betapa tepatnya kondisi saat ini dengan apa yang dinubuwatkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam riwayat di atas.

Rezki Allah itu sangat luas

Pameo klasik yang mengatakan bahwa ‘mencari yang haram saja sulit, apalagi yang halal’ jelas merupakan sebuah alasan yang klise dan absurd, meski realitanya demikian. Sesungguhnya mata pencaharian itu sangat banyak ragamnya. Selama ia merupakan sesuatu yang halal, baik, dan tidak melanggar ketentuan syariat, maka ia adalah pekerjaan yang diberkahi.

Seorang muslim boleh melakukannya. Apabila pekerjaan tersebut berupa sebuah kemaksiatan, kemungkaran, kezaliman, kecurangan, penipuan, atau pelanggaran terhadap ketentuan-ketentuan umum syariat, maka ia adalah pekerjaan yang haram, meskipun menghasilkan harta kekayaan dalam jumlah yang banyak. Seorang muslim wajib menjauhi dan meninggalkannya.

Hindari pekerjaan-pekerjaan ini:

1. Pekerjaan yang berupa kesyirikan dan sihir, seperti perdukunan, paranormal, ‘orang pintar’, peramal nasib, dan hal-hal yang sejenis dan semakna dengannya.

2. Pekerjaan yang berupa sarana-sarana menuju kesyirikan, seperti menjadi juru kunci makam, membuat patung, melukis gambar makhluk yang bernyawa, dan hal-hal yang sejenis dan semakna dengannya.

3. Memperjual belikan hal-hal yang diharamkan oleh syariat, seperti bangkai, babi, darah, anjing, patung, lukisan makhluk yang bernyawa, minuman keras, narkotika, dan lain sebagainya.


Dari Jabir bin Abdillah ra bahwasanya ia telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda di Mekah pada tahun penaklukkan Mekah:
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan penjualan khamer, bangkai, babi, dan patung.” Maka ada seseorang bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang menjual lemak bangkai, karena ia bisa digunakan untuk mengecat perahu, meminyaki kulit, dan orang-orang biasa mempergunakannya untuk minyak lampu penerangan?” Maka beliau menjawab: “Tidak boleh menjualnya, ia tetap haram.”

4. Memakan harta riba.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dan tinggalkanlah riba yang masih ada pada diri kalian, jika kalian benar-benar beriman. Jika kalian tidak mau melakukannya, maka terimalah pengumuman perang dari Allah dan Rasul-Nya. ” (QS Al-Baqarah [2] :278-279).

5. Menimbun bahan-bahan perdagangan di saat harganya murah dan dibutuhkan oleh masyarakat dengan tujuan meraih keuntungan yang berlipat ganda pada saat harganya melambung tinggi. 

Dari Umar bin Khathab ra , ia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa menimbun bahan makanan yang dibutuhkan oleh kaum muslimin, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menimpakan penyakit lepra dan kebangkrutan kepadanya." 7)

6. Perjudian.

Sesungguhnya setan bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kalian lantaran meminum khamr dan melakukan perjudian dan menghalang-halangi {melalaikan} kalian dari dzikir kepada Allah dan dari shalat. Maka mengapa kalian tidak mau berhenti? (QS Al-Maidah [5]: 90-91).

7. Memakan harta anak yatim secara dzalim.

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara dzalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). (QS An-Nisa’ [4): 10).

8. Mencuri, mencopet, menjambret, dan merampok.

Pencuri laki-laki dan pencuri perempuan, maka potonglah (pergelangan) tangan-tangan mereka sebagai hukuman dari Allah atas kejahatan mereka. (QS Al-Maidah [5]: 38).

9. Mengurangi timbangan dan takaran.

Kecelakaan bagi orang-orang yang melakukan kecurangan dalam timbangan, yaitu kalau menakar milik orang lain untuk dirinya, ia meminta disempurnakan. Namun, apabila mereka menakar barang dagangan mereka untuk orang lain, ia merugikan orang lain (dengan mengurangi takaran). (QS Al-Muthaffifin: 1-3).

10. Korupsi dan penipuan terhadap rakyat.

Dari Ma’qil bin Yasar ra ia berkata: Saya mendengar Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah bersabda: “Tidak ada seorang hamba pun yang diberi amanat oleh Allah untuk menjadi pemimpin sebuah masyarakat lalu ia tidak memimpin mereka dengan ketulusan (kejujuran), kecuali ia tidak akan mendapatkan bau surga.” Dalam lafal Muslim: “kecuali Allah mengharamkan surga atasnya.“



Semoga bermanfaat....

Monday, December 26, 2016

Jangan Sepelekan Khasiat "Daun Krokot", Dapat Mengobati Penyakit Jantung, Pegal Linu Hilang, Cacingan Terobati'' Maag Musnah Hingga Matapun Jadi Sehat!! Begini Cara Meramu Nya..

Jangan Sepelekan Khasiat "Daun Krokot", Dapat Mengobati Penyakit Jantung, Pegal Linu Hilang, Cacingan Terobati'' Maag Musnah Hingga Matapun Jadi Sehat!! Begini Cara Meramu Nya..

Krokot yakni tanaman liar yang gampang tumbuh dimanapun baik diladang, pinggir jalan, sawah, kebun, bahkan juga dihalaman tempat tinggal. Krokot yang mempunyai nama latin Portulaca Oleracea L konon yakni tanaman yang datang dari Amerika Latin yang juga gampang diketahui di Indonesia.

Krokot mempunyai ciri tanaman dengan daun yang lunak dengan batang kemerahan tetapi ada juga yang berwarna kehijauan serta memiliki ukuran cukup kecil. Krokot umum kita kenali kerapkali jadikan makanan kelinci, jangkrik, namun krokot ini dahulu kala juga dikonsumsi sebagai sayuran.

Tetapi saat ini saya sendiri juga tetap masih menjumpai krokot di buat sebagai sayuran untuk pecel tetapi itu sekian tak kerapkali sekali.

Faedah Krokot Untuk Kesehatan Badan Untuk sebagian petani krokot diduga sebagai tanaman gulma yang mengganggu, oleh karena itu krokot kerapkali dicabut serta dibuang. Namun tahukah anda apabila krokot yang disebut tanaman liar yang diduga sebagai tanaman penganggu mempunyai faedah yang sekian paling penting untuk kesehatan badan manusia.

Pada daun krokot sendiri mempunyai k4ndung4n vitamin A, B komplek dan C, omega 3, tanin, I­noradrenalin, dopa, asam linoleat, KSO4, KCI, nicotinic acid, saponin, dopamin, noradrenalin, serta KNO3.

Karena itu terdapat beberapa k4ndung4n mineral serta vitamin yang ada pada krokot jadi tak heran jika krokot mempunyai faedah yang sekian besar untuk membantu menangani masalah kesehatan pada badan manusia.

Faedah Krokot Untuk Kesehatan Badan Semua anggota dari tanaman krokot bisa dipakai sebagai obat herbal baik itu daun, batang, bunga, sampai akarnya baik dalam kondisi tetap masih fresh maupun telah kering. Dan itu berbagai type Faedah Krokot Untuk Kesehatan Badan yang
butuh kita kenali.

Mengatasi penyakit maag

Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Tubuh Krokot tanaman liar ini dapat membantu mengatasi penyakit maag yang anda derita.

Cara meraciknya juga mudah yaitu dengan menyiapkan krokot yang masih tetap segar
lalu diuapkan selama 5 menit lalu dihaluskan serta diper4s serta air perasannya dapat
diminum 3 kali dalam sehari.

Mencegah penyakit jantung

K4ndung4n omega 3 pada daun krokot yang termasuk juga cukup tinggi dapat menolong
mencegah penyakit jantung koroner hingga sroke menyer4ng tubuh kita. Selain itu juga baik untuk dikonsumsi oleh anak­anak autism untuk membantu perubahan kecerdasan otak si anak.

Cara mengkonsumsinya untuk mencegah penyakit jantung yaitu semuanya segi tanaman krokot dibersihkan di.tum.buk halus serta berikanlah air lalu diper4s serta disaring lalu untuk lebih segar bisa ditambah dengan madu dan minum sehari 2 kali.

Menyehatkan mata

Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Tubuh Batang serta daun krokot memiliki k4ndung4n vitamin A yang tinggi daripada sayuran berdaun hijau yang lain. Vitamin A yaitu anti-oksidan yang demikian baik serta alami yang paling utama dalam menolong menyehatkan penglihatan kita selain itu vitamin A juga
dapat melindungi selaput lendir. Jadi dengan mengkonsumsi krokot yang dapat juga
menjadikan sayuran ini dapat menolong buat mata tetaplah sehat.

 selain itu mengkonsumsi buah serta sayur yang kaya vitamin A di dalamnya dapat juga menolong melindungi badan dari penyakit kanker rongga mulut serta paru­ paru.
Mengatasi radang usus Memiliki persoalan pada usus atau radang usus bisa diatasi dengan obat herba dari krokot ini. Cara buat ramuannya cukup mudah yaitu dengan mengambil semuanya.

segi krokot batang, akar dan daun lalu ditumbuk hingga halus serta diper4s jangan sampai lupa disaring untuk peroleh air perasan yang bersih. Nah, air perasan itu lebih dengan air masak serta minumlah 3 kali dalam sehari.

Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Tubuh

Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Badan yang lain yaitu dapat mengobati disentri, diare akut, mengobati cacingan, sesak nafas, dan mengatasi badan yang nyeri atau pegal­ pegal. Sebenarnya dalam mengkonsumsi ramuan ini hampir sama yaitu dengan menghaluskan serta mem3ras airnya lalu air perasannya diminum, dapatlah dikonsumsi sebagai sayuran setiap hari.

Itu Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Badan yang demikian ajaib, dimaksud ajaib karena satu tanaman yang disangka liar pengganggu dapat mengatasi bermacam penyakit serta memiliki k4ndung4n vitamin serta mineral yang demikian baik untuk tubuh kita.

Bagaimana, inginkan cobalah memasak sayur krokot untuk menu makan anda sekeluarga? Yang Punya Hati Nurani Tolong SHARE Karna 1 SHARE dari Anda Telah Di Tunggu Jutaan Saudara-Saudara Kita ..!!  

Semoga bermanfaat ya...

BERITA KESEHATAN TERPOPULER...!! Waspadai 11 Penyebab Kanker di Rumah Anda !! dan Tanpa di Sadari Kita Sering Menggunakannya Sehari-hari...!! Ayo Bantu Share Ya...

BERITA KESEHATAN TERPOPULER...!! Waspadai 11 Penyebab Kanker di Rumah Anda !! dan Tanpa di Sadari Kita Sering Menggunakannya Sehari-hari...!! Ayo Bantu Share Ya...

Berita-terkini. Umumnya pakar gizi merekomendasikan kita untuk melindungi pola makan untuk hindari penyakit kanker. Lantaran sebagain besar kanker memanglah dapat karena sebab makanan yang kita makan. Namun, bukan sekedar cukup hanya melindungi pola makan serta makanan saja. Butuh juga kita melindungi kebersihan lingkungan terlebih tempat tinggal.

11 Penyebabnya Kanker ini Ada di Tempat tinggal Anda!! serta Tanpa ada di Sadari Kita Kerap Memakainya Keseharian!!

Berikut ini beberapa penyebab kanker yang ada di rumah seperti dirangkum oleh. tribunnews. com.

1. Sarung bantal dengan bahan organik 
Bantal yang mengginakan kapas, baiknya ditukar dengan bahan organik. Lantaran kapas memakai 25 % dari insektisida dunia serta kian lebih 14 % pestisida.

2. Kain Sintetis di rumah 
Anda butuh tahu bila sebagian bahan kain sintetis seperti akrilik, nilon, serta polyester yang terbuat

dari termoplastik kerap kita gunakan. Kain ini akan mengeluarkan molekul gas plastik setiap kali terkena panas, yang bisa menjadi penyeba kanker.

3. Furniture Berbahan berbahaya
Ganti juga furniture berbahaya seperti kursi yang kulit buatan. Polyvinyl chloride (PVC) sering digunakan dalam kulit sintetis merupakan yang paling berbahaya dari semua plastik.

4. Alat makan yang terbuat dari melamin
Jika kamu menggunakan alat makan dari melamin, sebaiknya segera disingkirkan. Karena biasanya furniture dari melamin erbuat dari formaldehida yang dapat memperburuk asma dan kondisi paru-paru lainnya, mengiritasi selaput lendir dan penyebab dermatitis.

5. Karpet dari Plastik
Jangan pernah gunakan karpet yang terbuat dari plastik. Karena hampir semua karpet plastik terbuat polyester yang memiliki sifat karsinogen yang merupakan racun bagi jantung, paru-paru, hati, dan kulit.

6. Gunakan cat No-VOC
Jika kamu ingin mengecat ruangan, sebaiknya gunakan No-VOC (senyawa organik yang mudah menguap). Karena VOC adalah senyawa karbon ini dengan mudah menguap ke udara. Ketika zat ini menguap, akan bereaksi dengan unsur lain untuk menghasilkan ozon, yang menyebabkan polusi udara dan sejumlah masalah kesehatan termasuk masalah pernapasan, sakit kepala, pembakaran, mata berair dan mual.

7. Sediakan zona bebas sepatu
Kamu harus sediakan zoan bebas sepatu. Karena sepatu bisa saja membawa kotoran dan bahan kimia yang berbahaya atau menyebabkan kanker.

8. Meminimalkan perangkat listrik
Sebaiknya pindahkan perangkat listrik seperti komputer, TV, dan yang lainnya dari kamar tidur kamu. Karena perangkat listrik bisa mengganggu tidur yang bisa menyebabkan berbagai macam penyakit berbahaya.

9. Tutup Kasur.
Tutuplah kasur kamu dengan sprei tebal dan bersih. Karena Kasur konvensional seperti busa biasanya akan disemprot dengan cairan flame retardant dan bahan kimia agar tahan lama. Bahan kimia tersebut sangat berbahaya untuk kesehatan.

10. Membeli pembersih udara
Kamu harus selalu mendapatkan udara yang bersih selama di rumah. Sebisa mungkin kamu harus membeli pembersih udara untuk di rumah.

11. Selalu mengganti tirai atau gorden
Rajinlah mengganti tirai atau gorden di rumah kamu. Karena tirai atau gorden bisa menyembunyikan debu, serbuk sari, atau zat alergen lainnya.

Semoga bermanfaat dan tolong di share ya...


Sunday, December 25, 2016

Jamal VS Ratu Naga


Bicara Rakyat - Datuk Pahrolrazi Zawawi Timbalan Amanah Kedah


Bicara Rakyat - Gooi Hsiao Leung Timbalan PKR Sabah


Kapten lari tinggalkan rokok, arak

PELABUHAN KLANG – Seorang kapten kapal bersama seorang krunya bertindak melarikan diri dan meninggalkan 37 buah kontena berisi rokok serta minuman keras bernilai lebih RM10 juta dalam satu serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor di Jeti Bukit Gombak, Pulau Carey di sini Jumaat lalu.
Kapal Prelude Port Smouth itu yang kononnya dalam perjalanan dari Indonesia ke Filipina ditahan pasukan khas Kastam kerana menyeludup barangan tanpa mendapat kelulusan Kastam pada pukul 2.30 petang selepas melakukan risikan.

Kesemua rokok dan minuman keras itu dianggarkan bernilai kira-kira RM10 juta manakala cukainya berjumlah antara RM60 hingga RM70 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Pematuhan), Datuk T. Subromaniam berkata, operasi itu dilakukan setelah pihaknya curiga dengan hasil pemeriksaan ke atas kapal terbabit sebelum menemui 37 kontena berisi rokok dan minuman keras yang bernilai lebih RM10 juta. - Kosmo

Israel henti pembiayaan kepada agensi PBB susulan resolusi Majlis Keselamatan

BAITULMUQADDIS: Israel telah membatalkan sumbangan dana bernilai jutaan dolar kepada beberapa badan yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai manifestasi terhadap tindakan Majlis Keselamatan badan itu yang meluluskan resolusi mengenai pembinaan penempatan haram Israel.
Dalam ucapan kepada rakyat Israel, perdana menteri Benjamin Netanyahu telah mengarahkan Kementerian Luar untuk melengkapkan penilaian semula hubungannya termasuk pembiayaan kepada PBB.

"Saya sudah arahkan Kementerian Luar menghentikan pembiayaan kira-kira 30 juta shekel (US$7.8 juta) yang membabitkan lima institusi di PBB, lima badan terutamanya yang memusuhi Israel, dan akan menghentikan beberapa pembiayaan lain," kata Netanyahu.

Sebelum ini, Netanyahu berang dengan tindakan Presiden AS Barack Obama yang mengambil keputusan berkecuali tanpa memveto resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin.

Resolusi itu menuntut agar Israel "dengan segera dan sepenuhnya menghentikan semua aktiviti penempatan dalam wilayah Palestin, termasuk di Baitulmuqaddis Timur."

Lapan belas anggota UNSC - termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom - mengundi memihak kepada resolusi itu manakala Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi menentangnya. - Astro

Pemandu bas rehat 3 jam saja, ujar bapa saudara

JELUTONG - Tidak cukup rehat, itulah yang dikatakan ahli keluarga pemandu bas ekspres, Zakeer Zubir, 32 yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Plus arah Utara Pagoh, Muar Johor semalam.
Bapa saudara mangsa, Abdul Shukoor Abdul Rahim berkata, anak saudaranya itu dipercayai hanya sempat berehat tiga hingga empat jam sahaja.

"Zakeer bertolak dari Pulau Pinang ke Johor pada petang Jumaat, kemudiannya tiba di Johor pada jam kira-kira 11 malam, dia berehat beberapa jam sahaja sebelum meneruskan semula perjalanan ke Kuala Lumpur pada jam 2 pagi.

"Kami dari ahli keluarga mengharapkan supaya orang yang tidak tahu kisah sebenar, tidak cuba untuk membuat pelbagai spekulasi yang bukan-bukan, fikirkanlah perasaan ahli keluarga," katanya.

Dia ditemui media selepas majlis pengebumian Zakeer dan anaknya, Nur Natasya Zahara, 1 dalam satu liang lahad di Tapak Perkuburan Islam Masjid Hashim Yahaya Jalan Perak di sini pagi tadi.

Abdul Shukoor berkata, pihaknya juga mempertikaikan ketiadaan pemandu kedua.

"Kami mahukan jawapan, kenapa tiada pemandu kedua untuk bersama Zakeer dengan jarak perjalanan yang agak jauh," katanya.

Dalam masa yang sama ahli keluarga pemandu bas tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menguruskan jenazah dari awal hingga ke selamat dikebumikan.

Sebelum itu di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron mengesahkan pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara semalam tidak memiliki sebarang kesalahan dalam rekod

Berdasarkan rekod, Zakeer tidak mempunyai saman tertunggak, selain rekod bersih.

Malah Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan pemeriksaan Puspakom pemandu bas berkenaan juga masih sah dan aktif. - SH

Friday, December 23, 2016

(Video) Hadi Kata Qaradhawi Uzur, Tak Nampak, Tak Dengar...


Barisan pengurusan PNB akan buat yang terbaik untuk pelabur

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar beri jaminan bahawa beliau dan pihak pengurusan akan memastikan pengurus dana terbesar negara itu dapat terus memberikan pulangan kompetitif dan mapan untuk tahun-tahun akan datang.
Menurut Abdul Wahid, bagi merealisasikan matlamat itu, PNB akan berusaha melaksanakan pelan strategik  bagi tahun 2017 -2022 yang diumumkan pada 24 november  lalu.

Abdul Wahid berkata demikian sebagai mengulas prestasi pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun ini yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Beliau menjelaskan ketidaktentuan ekonomi dunia, pertumbuhan sederhana ekonomi negara dan penurunan harga minyak serta komoditi menyebabkan pasaran saham mengalami pulangan negatif sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Keadaan itu katanya sekali gus menjadi penyebab pulangan pelaburan, ASB menjadi lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Namun tegasnya pengagihan pulangan ASB tahun ini amat  kompetitif berbanding pendapatan dari dividen pasaran saham yang masih memberikan pulangan negatif 1.7 peratus.

Antara pelan strategik PNB untuk tahun 2017 hingga 2022 ialah mengoptimumkan peruntukan aset strategik dan meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik pengurus dana terbesar negara itu.

Abdul Wahid pada masa sama turut berjanji akan memanfaatkan pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang korporat dan pentadbiran untuk PNB.

Ini termasuk pengalaman dalam menerajui tiga syarikat besar iaitu Kumpulan UEM, TM dan Maybank.

"Saya berjanji akan memanfaatkan pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang korporat dan pentadbiran untuk PNB. Ini termasuklah pengalaman dalam menerajui tiga syarikat besar iaitu Kumpulan UEM, TM dan Maybank.

“Saya, Datuk Rahman, barisan pengurusan dan seluruh warga PNB berjanji untuk membuat yang terbaik untuk PNB, para pelabur dan Negara," katanya.

ASB merupakan skim unit saham amanah terbesar pnb dengan jumlah unit 144 billion.  - Astro

Polis: Bas ekspress mungkin dipandu laju

MUAR -  Siasatan awal polis tidak menolak, bas ekspress yang mengorbankan 14 nyawa dipandu laju sebelum terjunam ke dalam gaung setinggi 10 meter di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, bas ekspress Alison Golden Coach dari JB Sentral ke Terminal Bas Bersepadu, Kuala Lumpur, itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan kerana kesan tayar yang terdapat di atas tanah sejauh 150 meter tanpa kesan brek.

"Bas berkenaan kemudiannya melambung dan terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayo.

"Akibat hentakan kuat itu, 13 daripada 30 penumpang dan pemandu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang penumpang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

 "Kesemua yang meninggal maut adalah penumpang yang duduk di bahagian depan bas berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, sebentar tadi.

Azman berkata, kemalangan itu telah membabitkan seramai enam lelaki dan lapan wanita termasuk seorang kanak-kanak yang maut, manakala baki 16 penumpang cedera parah dan ringan dikejarkan ke HPSF untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Menurutnya, lebih 50 pasukan keselamatan dikejarkan ke lokasi membabitkan polis; bomba dan penyelamat; Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APAM) dan hospital dan operasi menyelamat tamat pada jam 7.30 pagi.

"Polis cuba menghubungi pengurusan bas ekspress berkenaan namun belum mendapat jawapan. Sehingga kini, semua identiti mangsa maut belum dikenal pasti, manakala mangsa yang cedera terdiri daripada tujuh lelaki tempatan; lima lelaki Singapura; dua lelaki Myanmar; seorang wanita Singapura dan seorang wanita belum diketahui identiti.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. - SH

Jamal serbu pusat mesin judi di Sekinchan

SABAK BERNAM - Pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama-sama puluhan pengikutnya menyerbu sebuah pusat mesin permainan judi elektrik di Pekan Sekinchan, petang tadi.
Serbuan yang dibuat Jamal kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan penjaga pusat itu dan beberapa pelanggan mereka bertempiaran lari.

Jamal dalam kenyataannya kepada media berkata, terdapat kira-kira lima pusat mesin permainan judi elektrik di Sekinchan yang beroperasi tanpa dikenakan apa-apa tindakan penguatkuasaan.

"Di mana MDSB...saya dah hubungi majlis daerah, saya nak tengok mereka datang atau tidak untuk gempur pusat perjudian ini," katanya.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri Selangor selalu bermain politik hinggakan pusat judi dibiarkan berleluasa di Pekan Sekinchan.

"Resort saya yang jadi pusat pelancongan diroboh, tetapi pusat judi ini dibiarkan terus beroperasi," katanya.

Sehingga jam 6.30 petang tadi, Jamal masih menunggu kehadiran pihak berkuasa, bagaimanapun tiada kelibat pihak berkuasa di premis terbabit.  - SH              

Thursday, December 22, 2016

Pemandu teksi caj pelancong Perancis RM800

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Dua pelancong Perancis dikenakan tambang RM800 oleh seorang pemandu teksi Sabtu lalu.

Pelancong wanita berkenaan dikenali sebagai Sarah dilaporkan mahu ke Masjid Negara dari KLCC namun dibawa ke Putrajaya, lapor Harian Metro.
“Kedua-dua pelancong itu membuat laporan di Pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Pudu di sini selain memberikan maklumat nombor pendaftaran teksi serta gambar pemandu teksi berkenaan.

“Pihak SPAD kini mengesan pemandu teksi terbabit untuk tindakan lanjut. Perbuatan seperti ini menjejaskan imej negara,” kata jurucakap SPAD yang tidak dinamakan.

Sarah bersama rakannya dilaporkan membuat aduan kepada SPAD Ahad lepas selepas tidak berpuas hati dengan insiden pada petang sebelumnya.

Pemandu teksi itu dilaporkan tidak menggunakan meter tambang dan wanita berkenaan yang ketakutan akur membayar jumlah yang diminta.

http://www.themalaymailonline.com

(Video) Jamal Jadi BAHAN GELAK!!! Rafizi TROLL KAW2 Jamal BERKEMBAN PAKAI TUALA!!!


(Video) Perutusan Khas Penuh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal Kepada Rakyat Sabah


Aleppo jatuh ke tangan Bashar

DERETAN bas menunggu untuk memindahkan pejuang penentang dan orang awam di timur Aleppo kelmarin. - AFP
ALEPPO, Syria – Konvoi terakhir orang awam dan pejuang penentang bersiap sedia meninggalkan Aleppo kelmarin sekali gus memberi laluan kepada tentera Syria menawan sepenuhnya bandar strategik itu selepas perang selama empat tahun.
Di sebalik ribut salji yang melanda kelmarin, operasi pemindahan diteruskan pada waktu siang melibatkan berpuluh-puluh buah bas dan kenderaan lain.

Pemindahan itu yang dipersetujui di bawah tajaan Rusia dan Turki pada minggu lalu turut berdepan kelewatan selepas berulang kali tergendala.

Jurucakap Palang Merah, Ingy Sedky berkata, konvoi terakhir masih menunggu untuk meninggalkan Aleppo, manakala operasi itu melibatkan beberapa perjalanan ulang-alik.

Sumber tentera Syria pula memberitahu, proses pemindahan terakhir itu berjalan tanpa sebarang halangan.

“Pengumuman tamatnya operasi menawan semula Aleppo akan dibuat sebaik sahaja proses pemindahan terakhir ini selesai,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menyatakan bahawa kira-kira 30,000 orang telah meninggalkan timur Aleppo sejak Khamis lalu termasuk semua mangsa yang cedera atau sakit.

Presiden Bashar Al-Assad sedang menunggu pemindahan terakhir dari timur Aleppo sebelum mengisytiharkan bahawa operasi menawan kubu kuat kumpulan penentang itu selesai.

Pengunduran dari Aleppo menandakan kejayaan terbesar buat Bashar dalam perang saudara di Syria yang berlarutan selama enam tahun.

Bandar itu berpecah dua dengan bahagian barat dikuasai tentera Bashar dan timur Aleppo pula ditawan kumpulan penentang sejak 2012.

Tentera Syria melancarkan operasi besar-besaran selama sebulan dan kepungan berminggu-minggu ke atas Aleppo yang mengakibatkan beratus-ratus orang awam dan pejuang penentang terbunuh. – AFP

Abdul Gani kini penguambela dan peguamcara

KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya. - Bernama

Bekas Bendahari PAFA parah ditetak

Ipoh: Bekas Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Mansor Ahmad parah manakala isterinya cedera ditetak sekumpulan perompak di rumahnya di Taman Meru Height, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, dia bersama isteri dan anak perempuannya dipercayai sedang bersiap untuk keluar sebelum didatangi kumpulan perompak menunggang motosikal.

Anak perempuannya yang enggan dikenali berkata, enam lelaki berkenaan kemudiannya terus masuk ke dalam kawasan rumah sebelum menetak bapanya yang berada di perkarangan rumah berdekatan kereta.

Katanya, dia kemudiannya terus menutup pintu rumah sebelum seorang daripada perompak berkenaan menendang pintu sehingga terbuka.

"Saya diacukan parang oleh perompak berkenaan sebelum mereka mengarahkan saya menunjukkan barang berharga di tingkat atas.

"Mereka kemudiannya melarikan diri bersama beberapa barangan termasuk kunci kereta dan kunci pintu pagar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. - HMetro

Daesh siar video 2 askar Turki dibakar

BEIRUT: Kumpulan militan Daesh menyiarkan video menunjukkan dua anggota tentera Turki yang ditawan, dibakar hidup-hidup. Video berkenaan yang menunjukkan dua lelaki tidak berpakaian seragam diheret keluar dari kurungan sebelum diikat dan dibakar, disiarkan di laman web pergerakan itu. Rakaman 19 minit itu dikatakan dirakam di 'Wilayah Aleppo' yang didakwa milik Daesh di utara Syria.
Bercakap dalam bahasa Turki, pembunuh kedua-dua lelaki mengutuk Presiden Recep Tayyip Erdogan dan mendesak "kemusnahan dilakukan" di Turki. Imej mengejutkan itu mengingatkan semula mengenai pembunuhan juruterbang pesawat pejuang Jordan, Maaz al-Kassasbeh, yang ditawan Daesh apabila pesawatnya terhempas di Syria pada Disember 2014, dan kemudian dibakar hidup-hidup dalam kurungan.

Agensi berita berkaitan Daesh, Amaq, bulan lalu berkata militan menculik dua tentera Turki. Sebelum ini, tentera Turki menyatakang ia hilang hubungan dengan dua anggotanya. Video itu ditayangkan sehari selepas 16 anggota tentera Turki dibunuh militan Daesh, kehilangan terbesar Ankara setakat ini dalam perang di Syria.

Tentera Turki memasuki Syria pada 24 Ogos bagi membantu pemberontak, dengan matlamat menyingkirkan Daesh selain militan Kurdis dari kawasan sempadan. Sekurang-kurangnya 38 anggota tentera Turki maut dalam operasi itu. Turki digegarkan dengan serangan paling buruk dalam sejarah moden negara itu yang didakwa dilakukan Daesh dan militan Kurdis. - AFP

Dera pembantu rumah - Datin direman bantu siasatan

PETALING JAYA 22 Dis. – Seorang wanita bergelar Datin ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung seorang pembantu rumah yang ditemukan di tepi longkang di Mutiara Damansara, di sini semalam dalam keadaan cedera dipercayai akibat didera majikannya.
Wanita berusia 43 tahun itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Perintah reman sehingga 28 Disember ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mazrah Mohamed mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mangsa berusia 19 tahun itu ditemukan cedera oleh seorang pengawal keselamatan di Mutiara Damansara, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, semalam.

Pengawal keselamatan itu telah memaklumkan perkara tersebut kepada seorang wanita lain yang kemudian membawa mangsa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Mangsa yang baru bekerja dua minggu sebagai pembantu rumah di situ masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Suspek menyerah diri di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 10.30 malam tadi. - Utusan

Sunday, December 18, 2016

Bekas mufti 'kesipuan' lihat Hadi di Tehran

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya secara sinis berkata, beliau berasa 'kemaluan dan kesipuan' membaca suatu catatan dibuat seorang tokoh ulama luar berhubung Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menulis di Facebooknya, Juanda berkata, maruah Malaysia ketika ini 'jatuh ke tanah di mana-mana' akibat penyertaan presiden PAS itu dalam persidangan antarabangsa di Iran.

Berkongsi status dibuat oleh seorang profesor dalam bidang hubungan antarabangsa, Juanda berkata, beliau tidak sanggup menterjemahkan kenyataan dibuat dalam bahasa Arab itu.

"Bagi yang sudi, pohon terjemahan teks catatan ini agar umat Melayu faham. Saya tak sanggup terjemah kerana herdikannya amat tajam..." katanya.

Juanda kini adalah ADUN Jemoreng di Sarawak mewakili BN.

Antara lain, Prof Dr Abd Al-Fattah El-Awaisi menyatakan tentang kemarahannya terhadap penyertaan Abdul Hadi dalam persidangan antara mazhab di Tehran.

Menurut maklumat pada laman sesawang Abd al-Fattah El-Awaisi adalah cendekiawan British berdarah Palestin dan berpengalaman mengajar di negara Arab, Britain, Turki dan Malaysia.

Kata Abd Al-Fattah, pemimpin yang berkunjung ke Tehran itu bersekongkol dengan penjenayah yang bertanggungjawab mencabul kanak-kanak dan wanita, selain pembunuh serta pihak yag terlibat dalam perang di Syria.

"Sesuatu yang amat memalukan dan buruk untuk sesiapa yang yang pergi ke Tehran, ibu negara musuh dan penjajah Iran dan menyertai persidangan anjuran mereka berkaitan Kesatuan Umat Islam.

"Persidangan ini telah dianjurkan oleh Institut Antarabangsa Bagi Penyatuan Mazhab Islam berakhir pada petang semalam (Sabtu 17/12/2016) dengan ucapan penutup telah disampaikan oleh ketua mereka yang juga merupakan penjenayah dan pembunuh iaitu Ayatullah Ali Khameini.

"Antara nama nama yang telah hadir pada persidangan ini seperti dilaporkan oleh media Iran ialah:- 1. Sheikh Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Malaysia (PAS) yang juga merupakan Naib Ketua bagi Kesatuan Ulama Sedunia. Beliau telah menyampaikan ucapan pembukaan persidangan ini pada hari khamis yang lepas (15/12/206). 2. Iddah Falahi yang diberikan gelaran sebagai 'Pemikir Al-Jazair' juga menyampaikan ucapan penutup pada persidangan ini. 3. Safinaz Kazim wakil dari Mesir 4. Uthman Batikh (Mufti Tunisia yang dilantik melalui Kedutaan Tunisia di Tehran).

"Kesemua mereka yang telah pergi ke Tehran ini bersekongkol dalam pencabulan gadis gadis kita dan wanita wanita kita, bersekongkol dalam jenayah pembunuhan dan penghancuran, bersekongkol juga dalam pembinasaan yang kesemuanya ini telah dilakukan oleh penjajah Iran terhadap Syria yang telah musnah.

"Tidakkah menjadi suatu yang amat memalukan dan buruk bagi mereka yang pergi ke Tehran dan khatib rasmi negara itu - Ayatullah Imami Kashani - telah berkata ketika khutbah jumaat: Sesungguhnya Halab (Aleppo) telah bebas dan orang Islam telah menang ke atas orang kafir?!!" tulisnya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pemergian presiden PAS itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.

Katanya, Abdurrahman adalah tokoh Sunni dan dilantik Syeikh Dr Yusuf Qardhawi.

Katanya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.

"Selain dari itu Abdul Hadi juga menjelaskan isu-isu keganasan dan puncanya pada waktu ini.

"Beliau juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas.

"Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi.

"Selain Abdul Hadi, antara tokoh Sunni yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia-Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Parti Saadat Turki, Sheikh Dr Taj El-Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.

"Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini memerlukan kupasan dan analisis lebih mendalam.

"Insya-Allah Abdul Hadi sendiri akan mengupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana media antarabangsa atau mana-mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas.

"Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan," katanya seperti disiarkan Harakahdaily. - Malaysiakini