Lelaki ini Tukar Nama Kepada 'Iphone 7' Selepas Kedai Elektronik Buat Promosi iPhone 7 Percuma
Lelaki Tukar Nama Kepada 'Iphone 7' Selepas Kedai Elektronik Buat Promosi iPhone 7 Percuma
Seorang lelaki warga Ukrain bertindak menukar namanya secara rasmi kepada 'Iphone 7' selepas sebuah kedai elektronik di sini membuat promosi untuk menghadiahkan telefon pintar terbaru keluaran Apple itu kepada lima orang pertama yang sanggup menukar nama mereka kepada nama telefon terbabit.
Seorang lelaki warga Ukrain bertindak menukar namanya secara rasmi kepada 'Iphone 7' selepas sebuah kedai elektronik di sini membuat promosi untuk menghadiahkan telefon pintar terbaru keluaran Apple itu kepada lima orang pertama yang sanggup menukar nama mereka kepada nama telefon terbabit.
iPhone 7 (iPhone сім dalam bahasa Ukraine), 20, berjaya menebus telefon itu pada hari Jumaat lalu.
Menurut iPhone 7 atau nama asalnya, Olexander Turin, dia mungkin akan menukar semula namanya selepas dia mempunyai anak.
Di Ukraine, harga iPhone 7 bermula pada US$850 (RM3,572) dan kos untuk menukar nama cuma $2 (RM 8).
Pada mulanya keluarga dan rakan iPhone 7 terkejut dengan keputusan itu namun mereka menyokongnya - mungkin disebabkan ia satu bisnes yang berbaloi.
Adiknya, Tetyana Panina berkata: "Pada mulanya susah untuk menerima dan percaya ianya benar"
"Setiap orang di dunia ini mempunyai cara tersendiri untuk mengekspressi diri masing-masing. Kenapa tidak dengan cara ini?", katanya.
iPhone 7 merupakan individu pertama yang menukar namanya kepada telefon terbaru Apple itu.
Semua yang hijau berjaya menerima iPhone selepas menukar nama mereka. Yang bercop merah pula gagal kerana dipercayai menggunakan pasport palsu.
JOHOR BAHRU - Lima lelaki dipercayai warga asing bersenjatakan sabit dan pisau bertindak menyamun rumah anggota polis di Kompleks Perumahan Polis Tanjung Labuh dekat Batu Pahat, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pada kejadian jam 3.30 pagi itu, kelima-lima suspek yang menutup muka mereka dengan topeng ski, menyamun dua rumah di kawasan berkenaan.
Namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Wahib berkata kedua-dua rumah yang terletak bersebelahan, masing-masing diduduki anggota berusia 34 dan 51 tahun.
Beliau berkata, sejumlah barangan iaitu wang tunai kira-kira RM800, dua telefon bimbit, satu komputer riba, dan jam tangan dilarikan dari rumah pertama yang dihuni anggota berusia 51 tahun itu manakala suspek melarikan seutas rantai emas yang dipakai isteri mangsa kedua, wang tunai RM300 dan dua telefon bimbit.
Suspek turut mengikat tangan dan kaki mangsa kedua dan selepas suspek melarikan diri, mangsa menjerit meminta pertolongan jiran.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek masuk melalui pintu belakang dan membuka sekeping tingkap dan tombol pintu menggunakan tangan.
"Pintu belakang kedua-dua rumah itu tidak menggunakan kunci tambahan dan suspek dipercayai turut keluar melalui jalan yang sama," katanya.
Abdul Wahib berkata, satu operasi untuk menjejaki suspek dilancarkan dan setakat ini polis menahan 13 suspek warga Indonesia bagi membantu siasatan.
Kompleks perumahan polis itu didiami seramai 165 anggota lain-lain pangkat dan terletak kira-kira lima kilometer dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kata Abdul Wahib.
Peluru berpandu ditembak Syiah Houthi ke arah Makkah dipintas
Video Arab Saudi Berjaya Tepis Peluru Berpandu Yang Disasarkan Ke Makkah
Arab Saudi telah memintas peluru berpandu balistik yang ditembak oleh pemberontak Yaman ke kota suci Mekah – Laporan
Arab Saudi telah didakwa memintas peluru berpandu balistik dilancarkan dari wilayah Houthi yang dikawal di Yaman ke arah bandar Islam suci Mekah, laporan media kerajaan Saudi.
Menurut gabungan itu Arab yang dipimpin, pemberontak melancarkan peluru berpandu Scud dari wilayah Saada ke arah Mekah pada jam 21:00 waktu tempatan (18:00 GMT) pada hari Khamis.
Sistem pertahanan udara Arab dapat memintas dan memusnahkan peluru berpandu 65 kilometer (40 batu) dari laman web sasaran. Pihak berkuasa Saudi berkata peluru berpandu itu tidak menyebabkan kerosakan.
Mejar Jeneral Ahmed Asiri, jurucakap gabungan itu Arab yang dipimpin, menuduh Iran dan Hizbullah menyokong pemberontak dan melatih mereka untuk menggunakan teknologi yang membolehkan mereka untuk melancarkan serangan seperti itu. Asiri juga mengumumkan serangan balas terhadap Houthis.
Houthis mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik Scud-jenis dikenali sebagai Burkan-1 ke Arab Saudi melalui agensi berita Saba, tetapi berkata peluru itu mensasarkan lapangan terbang negara itu paling sibuk di Jeddah – bukan kota suci Mekah itu, yang terletak hanya lebih 60 kilometer ( 37 batu) dari.
Ini bukan kali pertama bahawa pemberontak Houthi telah dituduh melepaskan peluru berpandu ke persekitaran Mekah. Awal bulan ini, peluru berpandu balistik dilancarkan dari Yaman mensasarkan pangkalan tentera udara Arab Saudi di Taif yang bekerjasama dgn Israel, yang terletak di luar bandar suci umat Islam. serangan roket sekali-sekala di Arab Saudi terus sebagai gabungan itu berpegang kempen tentera di Yaman.
Ketegangan meningkat di Yaman selepas Presiden Syiah Saleh digulingkan pada tahun 2012 dan digantikan oleh Arab yang disokong Presiden Sunni Abd Rabbu Mansour Hadi. penyokong Houthi Saleh, dibantu oleh Iran, akhirnya merampas ibu kota Sanaa pada 2014 dan mara ke arah selatan, menyita sebahagian besar Yaman dan menghantar Hadi ke dalam buangan.
Pada bulan Mac 2015, gabungan itu Arab yang dipimpin bertindak balas dengan serangan udara untuk menghentikan kemajuan Houthi dan mengembalikan Hadi kembali berkuasa. Houthis dan sekutu mereka memegang sebahagian besar separuh utara Yaman, manakala pasukan yang setia kepada Hadi kawalan bahagian lain di negara ini dengan puak-puak tempatan.
Sehingga 10,000 orang setakat ini telah terbunuh sejak pertempuran bermula, termasuk 3800 orang awam, menurut anggaran PBB.
Mekah adalah tempat kelahiran Nabi Muhammad dan agama Islam itu sendiri. Hanya orang Islam dibenarkan di bandar, dengan berjuta-juta tiba bagi mengerjakan ibadat haji pada setiap tahun untuk menghadiri pusat Masjid al-Haram (Masjid Suci) yang mengelilingi Kaabah, paling suci Islam.
(Gambar) Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Kedua Ditemui, Dijumpai Bersama Beberapa Ketul Bata . MANGSA ditemui kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun, jam 9.02 pagi tadi.
Mayat mangsa terjun jambatan ditemui
GEORGETOWN: Anggota bomba dan penyelamat menemui mayat seorang lelaki yang mati lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di sini, pada Selasa lalu.
Mayat mangsa, Mohd Sukri Saad, 38, ditemui kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun, jam 9.02 pagi tadi.
Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan Dua, Isharuddin Ismail, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Selasa lalu, pasukan peronda JSAHMS menemui sebuah motosikal jenis Modenas bernombor pendaftaran PHM 6667 serta telefon bimbit yang ditinggalkan di tepi jalan jambatan berkenaan.
Mangsa juga dipercayai sempat memuat naik status di laman sosial Facebook dan meluahkan rasa tertekan kerana berhadapan dakwaan memiliki rokok seludup, sebelum ia kemudiannya menjadi viral.
Lelaki Maut Dalam Keadaan Leher Dijerut Tali Selepas Dipercayai Terjun Dari Lori
Prai, 27 Okt: Seorang kelindan lori berusia 35 tahun maut selepas dipercayai terjun dari lori yang dinaiki dalam keadaan leher terikat dengan tali pada pemegang tangan pintu kenderaan terbabit dalam kejadian yang berlaku 3.30 petang hari ini.
Sebelum kejadian, lelaki terbabit dikatakan bergurau dengan rakan bahawa dia ingin mati namun tidak diendahkan oleh pemandu lori terbabit yang berusia 58 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, lelaki itu dan rakannya dalam perjalanan dari Bayan Lepas untuk menghantar barang kepada pelanggan.
Beliau berkata, setiba di Prai, lelaki yang pernah dirawat di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, memberitahu rakannya dia mahu membunuh diri.
"Rakannya menganggap ia gurauan dan terkejut apabila namun lelaki itu mengikat lehernya dengan tali yang digunakan untuk mengikat barang pada pemegang tangan pintu lori.
"Lelaki itu kemudian membuka pintu sebelum terjun dari lori menyebabkan lehernya dijerut tali berkenaan," katanya.
Nik Ros Azhan berkata, lelaki itu baru tiga hari bekerja dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
8 Didakwa Curi 23,000 Buah iPhone Bernilai RM28 Juta
Miami - Seramai lapan individu telah didakwa atas kes mencurian 23,000 buah iPhone menggunakan treler traktor untuk mencuri kargo yang mengandungi gajet terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.
FBI menerusi satu kenyataan media pada Selasa berkata kesemua suspek ditahan dalam kawasan Miami.
Mereka kini berhadapan dakwaan terlibat dalam konspirasi untuk memiliki barangan curi dan juga beberapa dakwaan lain.
Nilai kesemua iPhone yang dicuri adalah $6.7 juta (RM 28 juta).
Difahamkan, mereka didakwa menggunakan identiti palsu dan sebuah treler-traktor yang sudah diubah suai untuk kelihatan seolah-olah ia sebuah syarikat yang sah sebelum mencuri iPhone itu pada April.
Kesemua iPhone itu disorokkan dalam ruangan yang disewa dan banyak darinya sudah dijual kepada pembeli yang tidak dapat dikenalpasti, biasanya dalam jumlah berdozen-dozen.
Namun tidak dapat dipastikan berapa jumlah iPhone yang dapat dijumpai kembali.
Ini Adalah Malapetaka, Lelaki Tegur Sikap Ibu Bapa Yang Hantar Anak Tuisyen Seawal Umur 4 Tahun
Terkini, seolah-olah sudah menjadi trend atau kebiasaan di mana anak-anak kecil telah diasuh oleh ibu bapa dengan menghantar mereka ke pusat tuisyen seawal mungkin sehinggakan seawal 4 tahun.
Rata-rata adalah kerana mahu anak mereka cepat belajar dan membaca, kerana sikap berkenaan seorang lelaki bernama Hazhari Ismail telah tampil menegur sikap ibu bapa yang berpikiran sedemikan dan menyifatkannya sebagai malapetaka.
Pagi ini, saya mendengar sebuah stesyen radio membincangkan isu kelas tambahan atau tuisyen untuk kanak-kanak seawal 4 tahun. Macam biasa, ramai parents membuat call memberi pendapat dan rata-ratanya bersetuju kanak-kanak perlukan tuisyen. "Malu lah kalau anak saya tak pergi tuisyen, kawan-kawan saya semua hantar anak pergi tuisyen." "Tuisyen kan sekarang trend. Kita kena follow trend." "Daripada membazir masa di rumah, elok lah hantar anak ke kelas tambahan." Owner pusat tuisyen pun siap called ni, "Bagus hantar anak ke pusat tuisyen, sekurang2nya anak-anak tak terkejut bila masuk ke pendidikan formal.Senang lulus ujian Linus. Masuk kelas first." Pemikiran ibu bapa di Malaysia hari ini sangat menakutkan. Berlumba-lumba bersaing untuk menayangkan anak siapa paling cepat pandai. Untuk apa ya? Dan kebanyakkannya adalah ibu bapa di kalangan golongan yang agak berada dan berpendapatan tinggi. Tapi, malangnya keberadaan dan kemewahan yang dikecap, gagal ditancap sebaiknya untuk membuat mereka cakna mengenai kepentingan dan keperluan anak-anak yang betul-betul di perlukan. Alhamdulillah, sejak dari dulu rakyat Malaysia sedar mengenai isu penderaan fizikal. Mendera dan mrotan akan memberi impak yang berpanjangan kepada perkembangan anak-anak yang berterusan. Tapi kita terlupa, selain fizikal, kanak-kanak juga terdera EMOSI dan MENTALnya. Percayalah, penderaan mental dan emosi adalah lagi teruk dari penderaan fizikal. Fizikal kita boleh nampak luaran, mental dan emosi kita tak boleh nampak. Kita marah ibu bapa yang dera anak secara fizikal. Tapi kita terlupa pandang diri sendiri. Dan minggu ini, pelajar seawal 11 tahun membunuh diri akibat kegagalan beliau di dalam peperiksaan. Sebuah sistem yang membentuk intelektual kanak-kanak, tapi gagal membentuk akhlaq dan sahsiah. Di dorong oleh ibu bapa yang jumud jiwa nya. Bila kita nak sedar? Tak kan nak berhenti bila di dada akhbar terpampang "Pelajar Tadika bunuh diri dan membunuh rakan lain kerana gagal membaca ABC dan membuat kiraan mudah 1+1?" Berhenti lah ibu bapa. Semua ini salah. Kita semua salah. Ini semua malapetaka. Berhentilah.