Showing posts with label Air Asia. Show all posts
Showing posts with label Air Asia. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

Bukti Tentera Laut Singapura temui badan pesawat QZ8501

FOTO menunjukkan bahagian badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar Laut Jawa yang ditemui Tentera Laut Singapura. - Foto Ng Eng Hen - Menteri Pertahanan Singapura


QZ8501: Tentera Laut Singapura temui badan pesawat

Kapal Tentera Laut Singapura menemui bahagian badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas ke laut bulan lalu bersama 162 penumpang dan anak kapal, menurut Menteri Pertahanan republik itu.

Ng Eng Hen, dalam catatan Facebooknya, menyatakan beliau dimaklumkan bahawa satu daripada kapal tentera laut Singapura yang terbabit dalam pencarian itu, MV Swift Rescue, "sudah menemui kedudukan badan pesawat AirAsia di Laut Jawa".





Menurut Ng, imej yang diambil Kenderaan Kawalan jauh (ROV) jelas menunjukkan bahagian sayap dan badan pesawat berkenaan.


"Kami sudah memaklumkan kepada BASARNAS, pihak berkuasa pencarian Indonesia yang kini boleh memulakan operasi...," katanya..

2 Foto Gambar Jelas Badan Pesawat Malang Airasia QZ8501 Ditemui


2 Gambar Ekslusif Badan Pesawat Malang Airasia QZ8501 Ditemui

Bahagian utama pesawat malang Airasia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa telah berjaya ditemui oleh Kapal Tentera Laut Singapura menurut Menteri Pertahanan negara itu.


2 gambar terkini yang berjaya dirakam oleh kenderaan kawalan jauh(ROV) itu jelas menunjukkan badan pesawat dan bahagian sayap yang patah di dasar laut.Di bahagian badan pesawat jelas tertera "Everyone C" iaitu sebahagian perkataan "Everyone Can Fly" yang lazimnya terpampang di setiap pesawat Airasia.

Ng Eng Hen dalam catatan Facebooknya menyatakan beliau dimaklumkan kapal tentera laut Singapura,MV Swift Rescue sudah menemui kedudukan badan pesawat Airasia Indonesia di Laut Jawa.


"Ketua tentera laut diraja Singapura, Lai chung Han baru saja memaklumkan kepada saya MV Swift Rescue sudah mengenal pasti lokasi badan pesawat malang berkenaan.

"Kami sudah memaklumkan kepada BASARNAS, pihak berkuasa pencarian Indonesia yang kini boleh memulakan operasi," katanya.

Sunday, January 11, 2015

Nahas QZ8501 Perakam data penerbangan pesawat berjaya diangkat keluar!


Kickbola.net
QZ8501: Perakam suara kokpit ditemui
QZ8501: Perakam data penerbangan pesawat berjaya diangkat keluar

Perakam data penerbangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya diangkat keluar dari dasar Laut Jawa pagi ini sambil penyelam Tentera Laut Indonesia sedang meneruskan pencarian terhadap perakam suara kokpit, kata pegawai kerajaan hari ini.

"Pagi ini saya mendapat laporan rasmi dari Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan. Pada jam 7.11 pagi (waktu tempatan) kami berjaya mengangkat keluar sebahagian daripada kotak hitam dikenali sebagai perakam data penerbangan," kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), F Henry Bambang Soelistyo.



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini.

Sehubungan itu, katanya, usaha untuk mencari perakam suara kokpit masih diteruskan.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hilang dari skrin radar ketika berada di ruang udara di utara Laut Jawa pada 28 Disember lalu.


Kapal terbang itu berada pada kedudukan kurang daripada separuh jarak penerbangan selama dua jam dari Surabaya menuju Singapura. - Reuters

Saturday, January 10, 2015

Ekor Pesawat Air Asia QZ8501 Dijumpai Tetapi Tanpa Kotak Hitam!

Kickbola.net
Ekor QZ8501 dibawa ke Pangkalan Bun
QZ8501: Ekor Pesawat AirAsia Telah Berjaya Diapungkan

Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berjaya membawa naik ke permukaan laut bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dari dasar laut berhampiran Pangkalan Bun di Kalimatan Tengah.

Bahagian pesawat itu kini berada atas kapal pengangkut Crest Onyx yang sedang menuju ke Pangkalan Bun untuk tindakan seterusnya, termasuk mencari kotak hitam.

Kerja-kerja membawa naik bahagian ekor pesawat itu mengambil masa lebih 7 jam dan ia menggunakan kaedah pengapungan dengan enam beg pelampung.


Bagaimanapun, keadaannya didapati dalam keadaan yang tidak baik.

Bahagian ekor pesawat itu dikesan tiga hari lepas dan ia didapati dalam keadaan terbalik dan terbenam dalam dasar laut yang berselut.

Laporan itu juga menyebut pihak berkuasa masih tidak pasti sama ada kotak hitam berada dalam bahagian ekor itu.



Operasi SAR yang dikendalikan oleh Badan SAR Nasional (BASARNAS) dan dibantu oleh beberapa negara lain termasuk pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu memasuki hari ke-14 hari ini dan setakat ini 48 mayat telah ditemui.

Identiti 29 dari mereka telah dikenal pasti.

Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu telah berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.


Ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia tidal lama setelah berlepas.

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, tiga Korea Selatan dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom.

Kru terdiri daripada enam rakyat Indonesia dan seorang warga Perancis.

- BERNAMA

QZ8501: Ekor Pesawat AirAsia Telah Berjaya Diapungkan

Ketua Pegawai Operasi SAR hari ini telah mengesahkan bahawa pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI) telaah berjaya mengapungkan ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ke permukaan air tengahhari tadi.

Beg pelampung yang digunakan dalam operasi itu berjaya mengapungkan bahagian ekor pesawat itu sekitar jam 11.50 Waktu Indonesia Barat.

Bahagian ekor pesawat yang telah ditemui beberapa hari lalu itu hanya boleh diapungkan pada hari ini kerana kekurangan peralatan.

Bagaimanapun penemuan bahagian ekor pesawat AirAsia yang merupakan lokasi terdapatnya kotak hitam dan alat perakam bagaimanapun kosong tanpa objek tersebut.



Operasi mengangkat naik ekor pesawat ini dari dasar laut Selat Karimata dimulakan sejak kelmarin tetapi keadaan arus air di dasar laut yang deras menyebabkan usaha itu terbantut sehingga hari ini.

Proses mengangkat ekor pesawat itu dimulakan pasukan penyelam dengan mengikat beberapa beg pelampung.



Terdahulu, penyelam juga cuba untuk mencari kotak hitam pada bahagian itu tetapi gagal berikutan arus air yang deras serta jarak pemandangan terhad di dasar laut.

Pengesanan sonar menerusi Kapal Navigasi Jadayat sebelum ini menjangkakan kemungkinan kotak hitam itu sudah terpisah daripada bahagian ekor pesawat.


Tuesday, January 6, 2015

Ekor pesawat QZ8501 berjaya ditemui BASARNAS!

Kickbola.net QZ8501: Ekor pesawat berjaya ditemui pagi tadi - BASARNAS
Ekor pesawat QZ8501 berjaya ditemui BASARNAS!

Kapal MGS Geo Survey menemui bahagian ekor pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia di Laut Jawa, iaitu bahagian menempatkan kotak hitam dan data perakam penerbangan, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS), Bambang Solistyo pada sidang medianya sebentar tadi.



Rakaman Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) Juanda, Surabaya bocor!

Kickbola.net Rakaman Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) Juanda, Surabaya bocor!
Rakaman bocor

Jakarta: Rakaman percakapan dipercayai antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) Juanda, Surabaya dibocorkan oleh seorang pengguna internet menerusi aplikasi SoundCloud.

Dalam rakaman audio berdurasi lebih 20 minit itu dengan tajuk ‘ATC PK AXC-QZ8501 201412272225Z’ didapati dimuat naik oleh seorang pengguna dengan ID "digitizing" pada Sabtu lalu, iaitu selepas Kementerian Perhubungan republik itu membekukan kebenaran terbang pesawat AirAsia ke Surabaya-Singapura.



Sumber dalaman Kompas.com yang enggan dikenali turut mengesahkan rakaman itu adalah asli iaitu antara ATC Juanda dengan juruterbang berdasarkan lalu lintas pesawat yang dikawal pagi hari kejadian (28 Disember lalu).

Pada minit ke-10 terdengar suara daripada seorang daripada juruterbang AirAsia Indonesia QZ8501 (dengan panggilan Wagon Air 8501) yang memberitahu kedudukan di terminal A9 dengan nombor pendaftaran PK-AXC (Alpha X-ray Charlie) bersama jumlah penumpang dan tujuan ke Singapura.

Percakapan itu antaranya:

AWQ8501: "Tower, Wagon Air eight five zero one good morning..."

Tower: "Wagon Air 8501 good mornig Juanda Tower, go ahead..."

AWQ8501: "Eight five zero one (nombor pendaftaran) alpha x-ray charlie parking stand Alpha Niner (A9) destination Singapore POB (passenger on board) one six one, request push and start, wagon air eight five zero one..."

Tower: "Wagon Air eight five zero one parking stand number Alpha niner Pushback and start approved heading west runway one zero, exit sierra two..."

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pada minit keempat, QZ8501 meminta izin ke ATC untuk menuju ke landasan sebelum ATC mengarahkan QZ8501 ke laluan 10 yang sedang digunakan ketika itu.

Pada minit ketujuh, ATC kemudian memberikan kebenaran untuk berlepas kepada QZ8501 melalui airways M635 dengan ketinggian 24,000 kaki.

"Wagon Air eight five zero one clear to Singapore, mike six three five level two four zero initial, RAMPY one alpha departure squawk number seven zero zero five," kata petugas ATC yang bersuara wanita itu. - Kompas.com

Monday, January 5, 2015

Terkini! Lokasi Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas Telah Berjaya Dikenalpasti


Lokasi Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas Sudah Berjaya Dikenalpasti

PANGKALAN BUN: Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia harini dilaporkan telah berjaya menemui lokasi pesawat AirAsia QZ850 terhempas.

Sehubungan itu, menurut Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Leftenan Kolonel Penerbangan, Johnson Simatupang, semua pesawat yang melakukan operasi udara dalam misi pencarian tersebut akan terbang di bawah 5,000 kaki.

"Kita sudah dapatkan perintah operasi dari Basarnas. Semua penerbangan akan berada di bawah 5,000 kaki," katanya.


Jelasnya, lokasi pencarian akan dibahagi kepada empat sektor melibatkan pesawat Tentera Angkatan Udara Nasional Indonesia (TNI AU), Korea Selatan, RUsia dan Amerik Syarikat.

Sebelum ini, Basarnas memastikan pesawat AirAsia QZ8501 jatuh di lokasi terakhir berhubung dengan Unit Kawalan Trafik Udara (ATC) dan pasukan SAR memfokuskan pencarian di titik koordinat tersebut.

"... meyakinkan bahawa AirAsia jatuh di lokasi perhubungan terakhir" kata Pengarah Operasi Basarnas, SB Supriyadi, semalam.

Berdasarkan maklumat, perhubungan terakhir AirAsia QZ8501 di titik koordinat yang berada di sebelah utara Laut Jawa dekat dengan Selat Karimata.

Katanya, lokasi pencarian akan dilakukan sejauh 60 nautical mile dari titik terakhir itu.

Thursday, January 1, 2015

Mayat mangsa pertama nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dikenal pasti sebagai Hayati Lutfiah Hamid yang berasal dari Sidoarjo, Surabaya.


QZ8501: Mayat mangsa pertama dikenal pasti

Mayat pertama nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dikenal pasti sebagai Hayati Lutfiah Hamid yang berasal dari Sidoarjo, Surabaya, menurut Pusat Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) di sini.

Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar Budiyono berkata pengesahan identiti wanita itu, antara 162 penumpang dan anak kapal pesawat yang terhempas di Laut Jawa pada Ahad, dibuat berdasarkan bedah siasat, padanan cap jari dan barangan peribadi milik mangsa.

WARIS keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika menerima keranda jenazah Hayati Lutfiah, penumpang yang terbabit nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 pada majlis penyerahan di Hospital Bhayankara, Surabaya hari ini. - Foto Osman Adnan

"Kad pengenalan dan rantai tertulis nama Hayati diperoleh bersama-sama mangsa dan perkara ini turut disahkan oleh waris dan anggota keluarga," katanya pada sidang akhbar di Pusat Krisis, Hospital Bhayangkara dekat sini pada Khamis.

Jenazah wanita itu telahpun diserahkan kepada keluarganya hari ini.

Jenazah Allahyarham adalah antara dua mayat yang pertama tiba di hospital ini pada petang Rabu, satu lagi merupakan mayat lelaki.



Sambil menjelaskan identiti mayat lelaki itu belum dikenal pasti, Budiyono berkata:

"Mayat ini ada rambut panjang, tahi lalat di atas kiri bibirnya dengan tinggi lebih kurang 145 cm ke 150 cm."

Dalam pada itu, faktor cuaca buruk di perairan berhampiran Pangkalan Bun, Kalimantan, menjejaskan usaha mencari bangkai pesawat kemalangan yang masuk hari kelima hari ini.

Anggota Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia Antonius Toos Sanitioso menjangkakan usaha itu berterusan sekurang-kurangnya seminggu lagi atas faktor cuaca.

Beliau berkata keutamaan adalah mencari bangkai pesawat Airbus A320 milik AirAsia Indonesia itu terlebih dahulu yang kemudiannya akan memberi petunjuk berhubung kedudukan kotak hitam pesawat.

"Mungkin seminggu diperlukan untuk mencari dan menemui 'flight recorder' itu dan ini bergantung kepada keadaan laut sama ada tenang (atau sebaliknya) selain tiada gangguan bunyi mahupun halangan lain," katanya pada sidang akhbar di Pusat Krisis itu.

Toos menarik perhatian bahawa kerajaan Indonesia telah menyediakan kemudahan dan kepakaran termasuk kapal pencari khusus dalam usaha mencari bangkai pesawat serta kotak hitam itu.




Tuesday, December 30, 2014

Isyarat telefon penumpang beri petunjuk penemuan lokasi pesawat QZ8501


Isyarat telefon penumpang petunjuk lokasi pesawat QZ8501

Isyarat telefon bimbit seorang daripada penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dipercayai menjadi petunjuk lokasi pesawat berkenaan terhempas.

Ketua Polis Republik Indonesia, Jenderal Pol Sutarman, berkata penemuan itu hasil daripada usaha pasukan mencari dan menyelamat di lapangan terbang yang bekerjasama dengan pasukan teknologi maklumat untuk mencari isyarat telefon milik penumpang melalui stesen transmisi pangkalan (TBS).

Sutarman berkata, selepas mengesan isyarat satu daripada nombor telefon penumpang, pihaknya segera mengerahkan kapal untuk ke titik koordinat isyarat berkenaan.

"Saya tidak tahu adakah akan menemui isyaratnya di hujung Kalimantan," katanya.

Selepas penemuan itu, Sutarman berkata beliau segera meminta nombor telefon milik semua penumpang pesawat berkenaan.

Belaiu berkata, terdapat kemungkinan beberapa penumpang lupa mematikan talian telefon bimbit mereka sehingga isyarat telefon berkenaan dapat dikesan oleh BTS.

"Itu adalah penemuan analisis IT kerana saya minta nombor telefon milik semua penumpang. Kerana telefon bimbit berkenaan dibawa terbang lalu dikesan oleh BTS," katanya.

Hari ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui tiga mayat yang dipercayai penumpang penerbangan QZ8501 yang hilang pagi kelmarin.

Tiga jenazah itu ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Ketika ini, bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di perairan Pangkalan Bun, masih belum ditemui. - Kompas.com

Foto Gambar Pesawat Airasia Zest Selepas Tergelincir di Filipina, Kesemua Penumpang Selamat


Gambar : Pesawat Airasia Zest Tergelincir di Filipina, Kesemua Penumpang Selamat

Filipina, 30 Dis - Sebuah pesawat AirAsia Zest bernombor pendaftaran Z2 272 hari ini dilaporkan tergelincir di lapangan terbang Kalibo, Filipina petang tadi.

Bagaimanapun, kesemua penumpang di dalam pesawat tersebut dilaporkan selamat dan telah dikeluarkan dari pesawat terbabit.

Menurut laporan, keadaan cuaca yang buruk serta gangguan pada sistem pesawat menjadi punca pesawat tersebut tergelincir.

Menurut Jet Damazo Santos, seorang jurnalis dari Rappler Indonesia, penumpang dikeluarkan dari pesawat tersebut menggunakan papan gelongsor kecemasan.

"Enjin dimatikan dengan segera, kami diberitahu untuk meninggalkan beg dan keluar dari pesawat dengan kadar segera", katanya melalui akaun Twitter.

Gambar peristiwa telah dikongsi oleh beliau yang menggunakan akaun Twitter dengan nama @jetdsantos. Beliau \ adalah salah seorang penumpang yang terbabit dalam kejadian tersebut.










Sayu! Jasad Mangsa Nahas ditemui berpegangan tangan


Jasad berpegangan tangan

Selat Karimata: Tiga hingga empat jasad mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui dalam keadaan berpegangan tangan ketika pasukan mencari dan menyelamat membuat tinjauan dari udara.

Juruterbang pesawat Hercules A-1319, Lettu Adhi Miswara berkata, selepas menemui jasad pertama mangsa nahas, pihaknya melakukan tinjauan di sekitar kawasan berkenaan dan menemui kira-kira lapan jasad lagi tidak jauh dari lokasi penemuan jasad pertama .

Pesawat Hercules yang diterbangkan dari Lanud Halimperdanakusuma Jakarta sempat mendarat di Lanud Iskandar Pangkalan Bun sebelum membuat pencarian di wilayah selatan perairan Pangkalan Bun.

Setelah menemui pelampung berwarna oren dan serpihan pesawat, kira-kira 4.30 petang waktu tempatan, mereka menemui jasad mangsa yang dibawa arus ke Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam.

"Ia ditemui di barat dan dekat dengan lokasi pertama," katanya.

Pembantu juruterbang, Erwin Tri Prabowo pula berusaha merakam gambar jasad-jasad itu dengan menggunakan kamera dengan lensa panjang.

"Kami melihat dalam jarak sekitar 5 kilometer, ada kira-kira tujuh hingga lapan jasad lain.

"Satu daripada jasad yang ditemui dalam posisi tertiarap memakai baju putih dan seluar hitam. Selain itu juga ada sekelompok jasad malah ada yang masih berpegang tangan," katanya.

Sementara itu, sebuah kapal perang Indonesia menemui lebih 40 jasad terdampar ditengah laut ketika usaha mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat AirAsia, kata jurucakap tentera laut.


“Berdasarkan laporan radio tentera laut, dilaporkan kapal perang Bung Tomo sudah membawa keluar 40 jasad dan angka itu meningkat dari semasa ke semasa. Mereka kini terlalu sibuk,” kata Manahan Simorangkir. - Agensi

Bukti Sisa Serpihan Pesawat AirAsia QZ8501 dipertontonkan di Sidang Media!


Pesawat AirAsia QZ8501 Ditemui, Lebih 40 Mayat Dibawa Keluar Dari Laut

Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia telah mengesahkan serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang tempoh hari

Lokasi 95% serpihan yang pesawat AirAsia QZ8501 telah ditemui pada jarak 10km daripada dari lokasi pesawat itu hilang daripada radar.

Dalam berita Indonesia, objek yang dilihat terapung di tengah laut adalah salah seorang mangsa dari pesawat AirAsia QZ8501.

Anggota tentera Indonesia menunjukkan objek yang ditemui terapung di kawasan pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang dibawa ke Pangkalan Bun, Kalimantan. - Foto AFP






Sebuah kapal perang Indonesia dikerahkan ke lokasi pesawat dan mengeluarkan lebih 40 mayat daripada laut dan jumlah mayat semakin meningkat dari masa ke semasa.

VIDEO SERPIHAN PESAWAT AIRASIA QZ8501 & MAYAT MANGSA



Bila Waris #QZ8501 Enggan Terima Berita Pesawat Terhempas Di Laut


Waris QZ8501 Enggan Terima Berita Pesawat Terhempas Di Laut

SURABAYA – Suasana di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di sini tegang dan panik apabila waris keluarga kepada penumpang dan krew QZ8501 milik AirAsia Indonesia tidak dapat menerima berita penemuan bangkai pesawat itu.


Sejurus visual terkini mengenai kejayaan pasukan pencari menemui serpihan kapal terbang itu disiarkan menerusi televisyen tempatan, ramai ahli keluarga mangsa menangis dan ada berdoa agar berita tersebut tidak benar manakala sebahagian lagi dilihat tergamam.








Keadaan kecoh itu menyebabkan petugas Badan Search and Rescue Nasional (Basarnas) diserbu ramai ahli waris mangsa yang tidak berpuas hati dan mahu mendapatkan pengesahan berita yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen Indonesia.

Sejumlah petugas lapangan terbang terpaksa menenangkan keluarga penumpang sebelum meminta semua wartawan dan bukan waris mangsa segera keluar dari bilik taklimat pusat krisis tersebut untuk mengawal keadaan serta memberi maklumat terkini kejadian.




Antara yang berada di dalam bilik berkenaan ialah Ketua Basarnas Surabaya, Muhammad Hernanto; Pengarah Urusan Angkasapura I, firma yang mengurus hal ehwal lapangan terbang, Tommy Sutomo dan Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini. – Agensi