Thursday, January 29, 2015

Perkembangan Terkini Ayahanda Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat #TerusBerdoaBuatTokGuru

[GAMBAR LAMA KETIKA TOK GURU SEDANG SOLAT]

Tuan Guru Nik Aziz Hidap Kanser Prostat Dan Perlu Rawatan Rapi

Alhamdulillah...Syukur PadaMu YaAllah...Allahuakbar..!!! Perkembangan Kesihatan Ayahanda Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Setakat Jam 5pm 28/01/2015.

Ayahanda baru selesai latihan pemulihan sekejap tadi. Alhamdulillah, ayahanda boleh didudukkan di atas kerusi roda untuk kali pertama dan mampu bertahan selama setengah jam. Ia sudah cukup menggembirakan saya yang menyaksikan. Semoga ayahanda bertambah gagah hari demi hari.

Pagi ini doktor dan pihak hospital berkunjung ke rumah untuk melihat dan membantu kami menyempurnakan keperluan dan persiapan untuk ayahanda apabila dibenarkan pulang nanti.

Di sini saya ingin rakamkan terima kasih kepada para pelawat yang memahami keadaan ayahanda, juga terima kasih buat kawan-kawan lama ayahanda dalam perjuangan yang datang dari jauh dan dekat. Ayahanda acap mengingati kawan-kawan lama beliau.

Terima kasih buat doa seluruh rakyat Malaysia. Ada rakan non muslim mohon diizin menziarahi ayahanda khas untuk berdoa. Saya gembira. Walaupun berlainan ugama, tuhan yang esa akan mendengar daripada seluruh hambaNya.

Tiada nikmat lebih indah di hujung kehidupan manusia selain doa daripada seluruh makhluk Allah di bumi dan langit untuknya. Semoga ayahanda dikurniai nikmat itu hingga ke akhir nanti.. aameen.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
8 Rabiul Akhir 1436H / 28 Januari 2015
500pm

#TerusBerdoaBuatTokGuru

SEBARKAN SEBANYAKNYA...





Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mantan Menteri Besar kelantan, disahkan menghidap kanser prostat sejak sekian lama, namun penyakit tersebut mampu dikawal oleh pakar.

Perkara ini telah diberitahu oleh anaknya, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan yang menyatakan perkara tersebut.

Menurut baliau, bapanya kini telah menunjukkan reaksi positid dan mula stabil sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


“Bagaimanapun, doktor menyatakan ayahanda perlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.

“Ayahanda menghidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh doktor telah berjaya mengawalnya.




“Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik.” katanya yang dipetik dari TheRakyatPost.

Dalam kenyataan sama Nik Abduh berkata, individu yang ingin melawat bapanya perlu mengikut prosedur yang telah ditentukan pihak hospital dan dipersetujui oleh ahli keluarga.


Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan Nik Aziz.

Tuanku As Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V melawat mantan MB Kelantan, Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wad Delima, HUSM Kubang Kerian semalam.

Walaupun berbeza pandangan politik, sebagai seorang saudara Muslim dan anak Kelantan mendoakan supaya mantan MB Kelantan ini pulih segera dan diberikan kesihatan oleh Allah Taala.

Perdana Menteri Najib Razak dalam perjalanan melawat Nik Abdul Aziz Nik Mat di HUSM.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِى ، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا "Ya Allah, Rabb (pencipta dan pelindung) semua manusia, hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit (lain)." [HR. al-Bukhari no. 5311 dan Muslim no. 2191]

Malaysia akhirnya isytihar #MH370 satu kemalangan


Malaysia isytihar MH370 satu kemalangan

Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai satu kemalangan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi pengumuman khas mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di RTM1, sebentar tadi.

KETUA Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada sidang media di Putrajaya, hari ini mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap terkorban. Pesawat jenis Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang daripada radar ketika dalam perjalanan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur pada 8 Mac tahun lalu. Laluan penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi. - Foto BERNAMA
"Kami secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan berdasarkan Standard of Annexes 12 dan 13 Chicago Convention," katanya.


Dengan pengisytiharan itu, kerajaan memahami ia suatu yang sukar kepada semua waris 239 penumpang dan anak kapal.


"Tanpa mengguris perasaan setiap ahli keluarga mangsa yang terkorban, pengumuman ini diharapkan mampu memberi bantuan yang mereka perlukan, termasuk proses pampasan.


"Kami juga memahami bahawa MAS bersedia untuk meneruskan dengan kadar segera proses pampasan, dengan kesediaan waris untuk mengambil tindakan," katanya.


Azharuddin berkata, bagi membolehkan setiap waris mendapat maklumat yang disahkan, laman web khas MH370. www.mh370.gov.my ditubuhkan, khusus untuk waris penumpang..

Tuesday, January 27, 2015

Penemuan Hebat Hutan Berusia 10,000 Tahun Ditemui Di Dasar Laut Utara Britain


Penemuan Hebat Hutan Berusia 10,000 Tahun Ditemui Di Dasar Laut Utara Britain

Seorang penyelam telah berjaya menemui sebuah hutan prasejarah yang berusia kira-kira 10,000 tahun di dasae Laut Utara ketika menyelam di pesisir pantai Norfolk, Britain.


Penemuan yang sungguh menakjubkan dimana hutan itu yang telah begitu lama berada di dasar laut dan tidak terfikir akan wujudnya hutan tersebut.


Penyelam tersebut, Dawn Watson, 45, berkata, dia tidak menyangka keputusannya untuk menyelam lebih jauh di pesisir pantai itu berjaya membongkar kewujudan sebuah hutan zaman prasejarah yang belum pernah ditemui.

“Air di pesisir pantai pada waktu itu agak bergelombang, jadi saya memutuskan untuk berenang 300 meter ke tengah laut sebelum menjumpai batang pokok oak purba.

“Pengalaman ini sangat menakjubkan kerana saya telah melakukan aktiviti menyelam selama 16 tahun dan bukan setiap hari anda akan membuat penemuan bersejarah seperti ini. Keadaan ini seakan adegan dalam filem Hobbit atau Lord of the Rings," katanya.




Menurut pakar, hutan ini telah wujud sejak Zaman Ais tetapi telah tenggelam apabila paras air laut meningkat setinggi 120 meter apabila ketulan ais cair.

Kini, pokok-pokok itu membentuk terumbu karang semula jadi dan menjadi sebahagian daripada hidupan marin bersama ikan serta tumbuhan laut lain.





Sunday, January 25, 2015

Laman Web Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) Digodam Cyber Caliphate


FBI akan hantar ejen ke Malaysia bantu siasatan pesawat hilang

Laman web rasmi MAS hari ini digodam oleh kumpulam penggodam yang memanggil diri mereka sebagai Cyber Caliphate. 

Dipercayai kumpulan terbabit terdiri dari kumpulan Lizard Squad, UGNazi bersama dua individu yang menggunakan nama Nathan Nye dan Henry Blair Strater.

Kumpulan tersebut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ISIS dipercayai telah menggodam laman web penerbangan itu pada pagi Isnin dan sehingga kini (11.10 pagi) laman web tersebut masih lagi belum diperbaiki.

Perkataan "404-Plane Not Found, Hacked by Cyber Caliphate" tertera di halaman utama laman web MAS disertakan dengan bunyi lagu rap.

Selain itu, gambar di laman web itu juga telah ditukar beberapa kali oleh kumpulan berkenaan.


Sebelum ini, kumpulan yang sama pernah menggodam Microsoft dan juga Sony dengan alasan untuk menunjukkan kelemahan kedua-dua syarikat besar itu. 

Saturday, January 24, 2015

Tahniah! Cikgu Yasmin Noorul Amin Dari Malaysia Tersenarai Dalam 50 Guru Terbaik Di Dunia.


Cikgu Yasmin Noorul Amin Dari Malaysia Tersenarai Dalam 50 Guru Terbaik Di Dunia.

Tahniah diucapkan kepas seorang guru kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Klang kerana namanya telah tersenarai sebagai 50 guru terbaik dunia.

Beliau ialah Puan Yasmin Noorul Amin berumur 38 tahun yang sebelum ini merupakan seorang jurutera, telah dicalonkan dan telah disenarai pendek untuk anugerah Hadiah Guru Global.

Anugerah Hadiah Guru Global ini menawarkan hadiah utama USD1 juta kepada penerimanya. Ia dianjurkan oleh Yayasan Varkey GERMS yang berpusat di Dubai, UAE. Yayasan ini satu-satunya di dunia yang memberikan pengiktirafan luar biasa kepada golongan pendidik seluruh dunia.


Kecemerlangan guru La Salle bernama Yasmin Noorul Amin ini memang terbukti kerana sebelum ini pernah menerima anugerah kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata pencalonan Yasmin Noorul Amin, 38, adalah saat yang membanggakan dan patut dicontohi oleh guru-guru lain di negara ini.

"Tahniah kepada Cikgu Yasmin pada pencalonannya sebagai guru yang terbaik. Pengiktirafan ini adalah sesuatu yang kita boleh banggakan. Kami ingin dia semua kejayaan itu," katanya.


Kenali Cikgu Yasmin Noorul Amin.

Puan Yasmin Noorul Amin yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta dan telah berkhidmat 13 tahun sebelum ini. Beliau kemudiannya telah berhenti kerana mahu memenuhi impian bapanya untuk melihat dirinya menjadi seorang pendidik.

Bagaimana pun tindakan drastik itu tidak sia-sia dimana beliau kini amat menyanyangi kerjaya sebagai seorang pendidik yang yang sentiasa menabur bakti kepada anak-anak didiknya.


Selain Puan Yasmin ada seorang lagi guru yang berasal dari Malaysia terpilih dalam 50 guru terbaik dunia ini iaitu Cikgu Madenjit Singh tetapi beliau menetap di Buriram, Thailand dan sekarang mengajar di Sekolah SOLS 24/7 yang cawangan Timur Leste.

Madenjit menubuhkan SOLS24/7, yang merupakan sebuah NGO yang menawarkan latihan dua tahun dan menaiki program komprehensif percuma menyediakan kemahiran hidup untuk belia yang kurang bernasib baik.

Kanak-kanak lelaki perlu membawa saudara perempuan mereka atau pelajar lain perempuan sebagai syarat kemasukan bagi memastikan keseimbangan jantina. Setiap pelajar memainkan peranan dalam membina dan mengekalkan sekolah, memasak, mengajar kelas dan menjalankan khidmat masyarakat. Program ini mengajar Bahasa Inggeris, kemahiran komputer, perakaunan dan kepimpinan di kalangan mata pelajaran lain


Organisasi ini sekarang berjalan 185 sekolah di 5 negara iaitu Thailand, India, Laos, KEmboja dan Timor Leste di beberapa di kampung-kampung terpencil. 15,000 murid-murid mereka diajar oleh pelajar sebelum ini yang sekali gus menjadi contoh dan menggalakkan orang lain untuk mendapat pendidikan. Lebih daripada 100,000 belia telah lulus dari sols 24/7 sekolah. Madenjit dan NGO beliau telah memenangi pelbagai anugerah dan telah dijemput untuk berkembang ke negara-negara lain. Beliau terus mengajar setiap hari di pangkalan sekarang di Timor Leste.

Dalam anugerah ini, seramai 50 guru disenarai pendek untuk dipilih sebagai guru terbaik dunia dana akan diadakan pada 15 Februari 2015 ini, seramai 10 calon terbaik akan diputuskan oleh Yayasan Varkey GERMS. Pengumuman 10 calon dan juga pemenang akan dibuat di Forum Pendidikan Dunia di Dubai pada 16 Mac 2015.

Anugerah setaraf  'Hadiah Nobel' ini beroperasi di bawah naungan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum. Pemenang akan menjadi duta global Yayasan Varkey GEMS, menghadiri acara dan berucap di forum awam tentang memartabatkan profesyen perguruan.

Rujukan: globalteacherprize.org

Tahun 2015 : Kini Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah

Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah

Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.

“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Munirah Abdullah Bajanuddin dan Pengerusi Penyelaras Perwani Shah Alam, Radziah Ahmad.

Rohani berkata, setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana mendera atau mengabaikan anak.


Namun, jelas beliau, itu dianggap masih tidak mencukupi dan disebabkan itu dalam penggubalan akta baharu tersebut, hukuman tambahan iaitu menjalani khidmat komuniti di pusat perlindungan kanak-kanak kepada individu yang didapati bersalah mendera dan mengabaikan anak turut dimasukkan.

“Ini bertujuan memberi keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak mereka,” katanya..

Thursday, January 22, 2015

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud mangkat


Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz mangkat

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud mangkat, lapor stesen rasmi Arab Saudi sebentar tadi. Baginda berusia 90 tahun.

Raja Abdullah dilapor dimasukkan ke hospital kerana menghidap jangkitan pada paru-paru. Baginda menaiki takhta pada tahun 2005.

Majlis pengebumiannya dijadual akan diadakan hari ini di Masjid Turki Abdullah di Riyadh, dan beberapa pemimpin dunia dijangka hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Raja Abdullah menjadi ketua kepada sebuah negara yang kaya dengan hasil minyak, menjadi rakan utama Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah.

Dalam kalangan negara konservatif itu, Raja Abdullah dilihat sebagai tokoh pembaharuan.

Sejak menduduki takhta itu, Raja Abdullah mengambil tindakan ke arah kebebasan yang lebih meluas dan melabur sebahagian daripada kekayaan minyak negaranya dalam projek pendidikan dan infrastruktur berskala besar.



Di bawah kepimpinan Raja Abdullah juga, negara itu turut membantu dalam usaha menghapuskan penyebaran fahaman militan termasuk Al-Qaeda, mengenepikan kumpulan pendakwah radikal selain turut mengambil peranan yang lebih penting dalam hal ehwal antarabangsa.

Tahun lalu, Arab Saudi turut menjadi negara di timur tengah utama yang bergabung bersama AS untuk mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.

Sementara itu, penganalisis meramalkan peralihan politik dijangka lancar ekoran kemangkatannya biarpun banyak cabaran dihadapi Arab Saudi kini termasuk perhubungannya dengan Iran, kebangkitan militan IS, krisis di Yaman serta kejatuhan harga minyak. - AFP/CNN