Monday, December 29, 2014

Indonesia rekod 650 Kemalangan Maut Dalam Nahas Udara [3 Gambar]


Indonesia rekod 650 Kemalangan Maut Dalam Nahas Udara [3 Gambar]

Nahas pesawat Garuda pada 2007


KEHILANGAN menyedihkan penerbangan AirAsia, QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad merupakan sejarah baharu bagi Indonesia selepas negara itu merekodkan 650 kematian dalam kemalangan udara sejak dua dekad lalu.

Insiden terbaharu itu berlaku tatkala Indonesia sedang berusaha meningkatkan keselamatan udara berikutan permintaan yang tinggi dalam penerbangan tambang murah ekoran daripada peningkatan populasinya.





DailyMail Online melaporkan, walaupun Indonesia mendapat manfaat daripada pengangkutan udara namun negara itu masih belum dapat menyediakan jumlah juruterbang berkelayakan yang mencukupi, mekanik, pengawal trafik udara serta lapangan terbang mengikut teknologi terkini bagi meningkatkan keselamatan.

Laporan itu turut mendakwa kebanyakan lapangan terbang di Indonesia tidak dilengkapi oleh sistem pengesan angin ricih yang dapat memberitahu anak kapal mengenai situasi semasa cuaca.

Teknologi itu digunakan untuk mengelak daripada berlaku kemalangan udara akibat keadaan cuaca yang menyumbang sebanyak 30 peratus dalam nahas udara di seluruh dunia sebelum ini.





Kemalangan pesawat Sukhoi Superjet-100 di Bogor, Jawa Barat pada 12 Mei , 2012

Laporan berkenaan turut melaporkan bahawa Pusat Penerbangan Asia Pasikfik telah merekodkan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 20 peratus iaitu bersamaan 5.6 juta penumpang di antara 2012 hingga 2013 di rantau tersebut.

Jumlah itu juga dijangka meningkat sehingga menjadikan Asia Pasifik sebagai laluan udara paling sibuk dunia.

Sementara itu, Pengasas Kumpulan Khiri Travel, Willem Niemeijer berkata,"Peningkatan jumlah pengangkutan udara bermakna jumlah kemalangan juga akan naik."

Sejak 20 tahun lalu, seramai 532 nyawa terkorban dalam nahas udara di Indonesia manakala 116 lagi dianggap turut mati selepas tidak ditemui.



Pengumuman: Sesi Persekolahan Tahun 2015 Ditangguhkan. - Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin


Pengumuman: Sesi Persekolahan Tahun 2015 Ditangguhkan

Sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada Isnin akan datang ini telah ditangguhkan berikutan masalah banjir yang masih lagi belum pulih sepenuhnya.

Pengumuman ini telah diumumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pendidikan iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin.

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
 
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan 

Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir. Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. 

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). 

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira; a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna. 

Terima kasih. 
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin 
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan 
29 Disember 2014


Sunday, December 28, 2014

Bukti Video Lelaki Ini Dakwa Pesawat Airasia QZ8501 Mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung Indonesia



Video : Lelaki Dakwa Pesawat Airasia QZ8501 Mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung

Indonesia - Dalam misteri kehilangan pesawat Airasia QZ8501 masih belum terjawab, seorang lelaki yang mendakwa dirinya salah seorang rakan kepada penumpang di dalam pesawat tersebut mendakwa dia telah dihubungi oleh rakannya.

Menerusi laporan Liputan6, satu portal berita Indonesia, lelaki tersebut, Henry, dilihat tergopoh-gopoh datang ke Crisis Centre Bandara Juanda, Sidorja, Jawa Timur. Henry kemudian mengatakan dia dihubungi oleh rakannya yang mengatakan pesawat tersebut mendarat cemas.

Menurut Henry, pesawat itu kini sudah mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung.

Pihak yang berkuasa Indonesia kemudiannya telah menghubungi pihak tempatan di Pulau Long tapi sehingga kini masih belum ada sebarang informasi susulan tentang dakwaan ini.


Pesawat Air Asia AK6242 Ke Langkawi dilaporkan Berpatah Balik


Pesawat Air Asia Ke Langkawi Berpatah Balik

Belum lagi reda dengan misteri kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ 8501 yang dalam perjalanan daripada Surabaya ke Singapore hilang awal pagi tadi, kini satu lagi pesawat dari syarikat penerbangan tambang murah Air Asia berpatah balik daripada meneruskan perjalanan.

Pesawat AK6242 yang dalam penerbangan ke Langkawi terpaksa berpatah balik kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dipercayai akibat masalah teknikal.

Pesawat yang baru bermula selama 10 minit selepas memulakan penerbangan pada jam 4.30 petang.

Penumpang, Subash Elangovan berkata, juruterbang pesawat berkenaan memaklumkan kepada mereka bahawa pesawat berkenaan mempunyai masalah teknikal dan harus berpatah balik.

Penerbangan berkenaan dijadualkan semula pada jam 6 petang dan sudah berlepas daripada LTAPP, namun sama ada pesawat yang sama digunakan untuk penerbangan berkenaan tidak dapat dipastikan.


Bila 23 Penumpang Tidak Naik Pesawat AirAsia QZ8501


Bila 23 Penumpang Tidak Naik Pesawat AirAsia QZ8501

Senarai nama penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah tersebar meluas di media sosial.

Di dalam senarai berkenaan menunjukkan seramai 155 penumpang yang telah mendaftar masuk penerbangan Surabaya - Singapura. 68 wanita, 70 lelaki, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Termasuk 2 juruterbang dan 5 anak kapal.

Lapor StraitsTimes, ada beberapa keluarga juga menaiki penerbangan itu bersama dalam pesawat QZ8501. 

Bagaimanapun, 23 penumpang yang telah membeli tiket yang terdiri dari 4 kanak-kanak, 8 wanita dan 11 lelaki, termasuk 3 bayi tidak mendaftar masuk bagi penerbangan itu. 


Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 itu meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya, Jawa Timur pada jam 5.35 pagi (waktu Indonesia) Ahad dan dijangka tiba di destinasinya, Singapura pada jam 8.30 pagi. 

Pesawat QZ8501 terputus hubungan dengan menara kawal udara pada jam 7.24 pagi (waktu Indonesia.

Pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan Terhempas 145 KM Dari Pulau Belitung


Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas 145 KM Dari Pulau Belitung

Agensi berita nasional Indonesia Antara melaporkan pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 terhempas kira-kira 145 bkilometer dari Pulau Belitung.

Menurut Jakarta Post, berita itu memetik pegawai agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas). Tweet stesen televisyen China CCTV berkata bangkai pesawat dijumpai di timur pulau Belitung.

Sementara itu, Kompas TV yang memetik penganalisis penerbangan John Brata berkata seharusnya pesawat ini mudah ditemukan kerana ia terbang di atas pulau atau provinsi yang banyak radar penerbangannya.

Bagaimanapun, Pengarah Kementerian Udara dan Perhubungan, Indonesia, Djoko Murjatmodjo tidak mahu membuat sebarang andaian berhubung nasib pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang dilaporkan hilang sejak pagi tadi.

Katanya, setakat ini, pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai keadaan pesawat itu dan menegaskan bahawa operasi mencari sedang giat dijalankan

Beliau berkata meskipun sudah ada berita yang menyebutkan bahawa pesawat jenis Airbus itu jatuh di Belitung Timur, namun pihaknya belum memastikan lokasi tersebut.

Jangan Percaya Foto Gambar Palsu Pesawat Airasia Terhempas di Pulau Belitung Tersebar


Gambar Palsu Pesawat Airasia Terhempas di Pulau Belitung Tersebar

Pagi tadi sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan. Sehingga kini pesawat tersebut masih lagi dalam proses pencarian.

Walau bagaimanapun, kini terdapat satu gambar palsu yang beredar di media sosial dan aplikasi whatsapp yang memaparkan gambar sebuah pesawat air asia terhempas dan mendakwa itu lah pesawat yang hilang pagi tadi. Menurut sumber, gambar tersebut mula tersebar di portal-portal Indonesia.


Bagaimanapun, gambar itu sebenarnya gambar lama.

Gambar itu adalah dari kejadian pada tahun 2011 dimana pesawat airasia di dalam gambar itu terhempas di Kuching. Anda boleh membaca laporan mengenai kejadian ini di Melvister.


Sehingga kini, pesawat  QZ8501 masih lagi dalam pencarian.