Friday, September 30, 2016

Harga Terkini Petrol Bermula 1 Oktober 2016


Harga Terkini Petrol Bermula Tengah Malam ini (1 Oktober 2016)

Harga runcit RON95, RON97 naik 10 sen seliter, diesel naik 5 sen berkuat kuasa tengah mlm ini, maklum Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia.

Berikut adalah harga terbaru bermula tengah malam ini.

RON95 – RM1.80 seliter
RON97 – RM2.15 seliter
Diesel – RM1.75 seliter

Sumber : Bernama

Monday, September 26, 2016

Pelakon Aidil Aziz Berdepan Gantung Sampai Mati kedapatan Simpan Ganja Dan Pedang Samurai


Simpan Ganja Dan Pedang Samurai PELAKON AIDIL AZIZ Berdepan Gantung Sampai Mati ,

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 28. ditahan bersama dua lagi suspek di sebuah kediaman di Jalan Ampang pada jam 12.40 tengahari, Ahad dan telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju untuk siasatan.

Ketika serbuan  pasukan risikan telah merampas beberapa pokok yang ditanam dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca yang disyaki ganja serta satu bekas  pengisar mengandungi dedaun kering disyaki daun ganja.

Selain itu turut ditemui lampu spotlight, baja, penyembur air, biji benih pokok ganja, tujuh bilah pedang samurai, 21 bilah pisau, tiga buku lima, empat pucuk pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM25,000 dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 6B AKta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

Dua suspek yang ditangkap bersama Aidil ialah seorang penganggur Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36 dan pekerja pengurusan IT warganegara Fillipina, R.Guevara Cortez, 33.

Sunday, September 25, 2016

Wanita Pengkid selamat lahirkan bayi perempuan hasil hubungan dengan lelaki pondan

IMEJ menunjukkan Machado (tengah) dan Rodriguez ketika menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

‘Bapa’ lahirkan bayi perempuan

QUITO, Ecuador – Seorang bayi perempuan di sini mungkin berhadapan dengan krisis identiti suatu hari kelak apabila dilahirkan oleh seorang ‘lelaki’ yang sebelum ini merupakan wanita yang telah menukar jantina.

‘Bapanya’, Fernando Machado mengandung selepas menjalin hubungan dengan pasangannya, Diane Rodriguez yang dahulunya seorang lelaki tetapi kini me­nukar jantina kepada wanita.

Machado melahirkan bayi sulungnya itu pada Jun lalu dan merancang untuk me­ngandung lagi pada masa akan datang.

Meskipun belum me­ngumumkan nama bayi yang telah berusia 16 ming­gu itu, namun pasangan itu menggelarkannya sebagai Caraote atau bermaksud ‘siput’.

Machado turut berkongsi gambar kesan parut pembedahan selepas bersalin bagi mengelakkan prajudis atau salah faham. Mereka sebelum ini turut mengumumkan beri­ta kehamilan itu di internet.


“Kami hidup sebagai pasa­ngan lelaki dan wanita. Saya wanita ‘transfeminin’ dan Fernando merupakan lelaki ‘transmaskulin’. Proses pertukaran jantina adalah kompleks untuk kami berdua,” kata Machado. – Agensi


Saturday, September 24, 2016

Bukti Samyang Ramen Halal Di Korea

(Video&Gambar) Viral Pelbagai Isu Halal Samyang Di Media Sosial, Lelaki Ini Datang Melawat Sendiri Ke Kilang Samyang Halal Di Korea

Sebut saja nama ramen Samyang, sudah pasti ramai yang tahu akan kewujudan makanan segera ini, bahkan kanak-kanak kecil pun tahu dan suka walaupun pedas tidak terkata bila makan.

Permintaan terhadap makanan segera ini telah meningkat dengan mendadak di Malaysia selepas disahkan halal oleh Jakim sendiri, namun ada juga suara tidak enak didengar mempertikaikan status halal makanan ini yang dieksport ke Malaysia.


Kerana pelbagai khabar angin itu, pihak Jakim sekali lagi tampil memperjelaskan yang ramen memasuki pasaran Malaysia secara sah adalah halal melainkan yang berada di pasaran Korea adalah tidak halal kerana kilang menghasilkan ramen halal dan tidak halal adalah dua kilang berbeza.

Perkara ini juga disahkan oleh Halal Korea, namun masih ada yang mempertikai dan menyebarkan khabar angin yang mengundang rasa bimbang dikalangan pengguna.

Terpanggil dengan isu ini, beberapa orang rakyat Malaysia dengan kerjasama Halal Korea telah melawat sendiri kilang ramen Samyang halal berkenaan di mana mereka didedahkan dengan cara pembuatan dan pelbagai layanan yang baik.

Jom kita baca perkongsian Tuan Nizam TiKir mengenai pengalaman dan penjelasan beliau mengenai isu ini selepas melawat kilang Samyang Halal di Miasageori, Seoul, Korea.

Jom kita baca.


[Lawatan ke Samyang HQ]

Hari ni abang bersama Halal Korea (NGO yg memperjuangkan pasaran halal di Korea) melawat HQ syarikat Samyang di Miasageori, Seoul. Tujuan asal untuk bersoal-jawab dengan pengurusan Samyang berkenaan tatacara mereka menjaga kehalalan produk mereka.

[Updated~ sila share utk makluman rakyat M'sia]


Berikut adalah details hasil soal jawab bersama Executive Director of Sales (Overseas), Samyang Foods Co. Ltd:

1. Samyang ada 2 kilang untuk hasilkan ramen mereka. Semua ramen halal mereka dihasilkan hanya dari kilang terbaru mereka di Wonju yang telah mendapat sijil halal dari Korea Muslim Federation (KMF). Logo halal ada pada packaging. KMF adalah organisasi yg memberi persijilan halal di Korea.

2. Tiga production line di kilang di Wonju dikhaskan untuk produce halal ramen.

3. Ramen halal keluaran mereka hanya dieksport... pengimport terbesar adalah Malaysia dan Indonesia.


4. Ramen untuk jualan tempatan di Korea masih menggunakan kilang lama. So, tidak halal... dan tidak ada logo halal pada packaging.

5. Masalah timbul bila ada pihak yang smuggle ramen yg tidak halal yang dijual di pasaran Korea dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Kalau takde logo halal tu maknanya ia bukan di ksport oleh pihak Samyang.. dan ia tidak halal.


6. Logo halal yang tulen adalah direct printing di packaging dan bukannya tampalan atas packaging.

7. Samyang belum dapat menjual ramen halal mereka di pasaran Korea kerana belum mendapat kelulusan KFDA.

8. Tak lama lagi di pasaran Malaysia akan keluar perisa baru... Abang dah rasa tadi... pedas-pedas sedap.. tak sepedas yang ori tu... memang sesuai dgn tekak N.Sembilan abang ni. Tak la podeh melahar macam yang ori tu.

Berikut adalah video lawatan mereka yang dimuatnaik secara lnagsung oleh pihak Halal Korea.


Jadi kesimpulannya di sini, jika ramen itu tidak diskeport sendiri oleh pihak Samyang dari Korea, iaitu dibawa masuk sendiri oleh individu lain ke Malaysia, status halal adalah diragui.

Selain itu, jika packaging adalah cetakan asal di plastik maka ianya disahkan halal, dan jika cop halal adalah tampal seperti sticker, maka ianya adalah palsu dan tidak halal. - Siakapkeli.my









Sunday, September 18, 2016

Antara sebab utama kenapa Allahyarham Datuk Haron Din dikebumi di Amerika Syarikat


Anak jelaskan kenapa Haron dikebumi di AS

Anak Allahyarham Datuk Haron Din, Dr. Huda Haron, hari ini menjelaskan sebab-sebab mengapa ayahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore di San Francisco, California, Amerika Syarikat, semalam.

Faktor utama mereka membuat keputusan untuk mengebumikan jenazah pendakwah dan tokoh perubatan Islam terkenal itu di Amerika adalah setelah mengambil kira pesanan Allahyarham yang mahu arwah dikebumikan di tempat di mana beliau meninggal dunia.

Sambil memohon maaf, Huda melalui status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya pada pukul 8.30 pagi ini berkata, beliau bersama empat adik-beradiknya yang lain iaitu Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana serta ibu mereka, Datin Khadijah Salleh sepakat membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira banyak faktor.


Faktor utama mereka membuat keputusan untuk mengebumikan jenazah pendakwah dan tokoh perubatan Islam terkenal itu di Amerika adalah setelah mengambil kira pesanan Allahyarham yang mahu arwah dikebumikan di tempat di mana beliau meninggal dunia.

“Berat sungguh keputusan yang terpaksa kami ambil untuk semadikan jasad baba di bumi asing. Namun, ketentuan Allah tidak dapat kami sanggah dan terpaksa bertindak di luar batas insani dan kasih sayang.

“Semasa hayat baba, teri­ngat suatu ketika, hendak bawa jenazah dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin. Inikan pula berjam-jam, malah berhari-hari dalam peti ais. Selain itu perlu melalui embalm (pe­ngawetan) yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf.

“Banyak kali kuliah dan pesanan baba. Perlu disimpan (disemadikan) di tempat di mana malaikat datang menjemputnya. Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan membawa pulang (jenazah Allahyarham), tapi jangka masa tujuh hari adalah sesuatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya,” katanya.

Dalam nukilan yang penuh emosi itu Huda mengakui, hatta jika ditanya hati kecilnya sendiri yang mementingkan diri sendiri, memang beliau mahu ba­panya yang juga Musyidul Am Pas itu sentiasa ‘dekat’ bersama-samanya sentiasa.

“Supaya ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita, Biar kita mampu ziarah (pusaranya) hari-hari. Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali. Biar ada di hadapan mata. Itulah kehendak kita dan saya rasa itulah juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba.


ISTERI Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, Datin Khadijah Salleh menyiram air ke pusara pendakwah dan tokoh perubatan Islam itu di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, San Francisco, California, Amerika Syarikat.












“Tapi adakah keputusan itu tepat untuk baba? Menyegerakan pengendalian dan penyenggaraan jenazah juga dituntut syarak. Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah! Maafkan kami seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Huda turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, khususnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersusah-payah membantu menga­turkan pesawat persendirian bagi membawa pulang jenazah ayahnya ke tanah air.

Sementara itu, Cucu Allahyarham, Hakeem Hamdi yang mengimamkan solat jenazah ghaib di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dekat sini semalam, melahirkan rasa kagum dan bangga dengan keperibadian datuknya.

Ucapan itu dapat dibaca dalam akaun Facebook milik Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din (official) yang dimuat naik pukul 8.30 pagi ini.

“Tokwan (Allahyarham Dr. Haron Din), anda merupakan guru yang hebat. Sehingga ke saat akhir, tokwan masih me­ngajar kami tentang solat jenazah ghaib, penjagaan jenazah, khalifah, taman syurga, kesatuan keluarga dan lain-lain.



“Tokwan, mesti tokwan bangga dengan keluarga tokwan. Kami telah melakukan segalanya yang mampu walaupun ketika kami sedang bersedih dan menangis,” katanya yang turut mendoakan al-Fatihah kepada datuknya itu.

Sunday, September 11, 2016

Kisah Menyayat Hati! "Orang Lain Sibuk Sambut Raya, Mama Sibuk Sambut Jasad Adik, Mama Redha Sayang, Pergilah Sayangku"

"Orang Lain Sibuk Sambut Raya, Mama Sibuk Sambut Jasad Adik, Mama Redha Sayang, Pergilah Sayangku"

Hari ini merupakan hari yang menggembirakan untuk umat Islam seluruh dunia di mana kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha hari di mana umat Islam digalakkan membuat korban binatang ternakan.

Namun, lain pula kisahnya dengan pasangan Encik Mohd Jazry dan Puan Haziyana Fifi di mana hari ini mereka telah kehilangan anak mereka yang dikasihi Nur Hafieshya.

Untuk menyatakan kesedihannya itu dan memaklumkan kepada rakan-rakan tentang pemergian anaknya, Puan Haziyana Fifi telah memuatnaik satu status di laman facebooknya.

Jom kita baca,

BISMILLAHHIROHMANIROHIM & ASSALAMUALAIKUM SEMUA

maafkan mama sbb mmg xdpt nak jawab&balas mesej semua..harap semua faham..

baru tgk arwah NUR HAFIESHYA

FIRST TIME mama pegang adik

FIRST TIME mama cium adik

sejuk..tp mama suka cium adik..mama nak cium byk2..lepas ni mama xleh nak cium dh😭😭😭

Sebelum ni mama tak berani nak cium adik sebab takut jangkitan kuman mama kena kat adik..tapi arini mama tak perlu risau lagi dah..mama dah boleh sentuh..dukung dan  cium adik.

Sayang pergi la sayang..pergi dengan tenang..

Orang sibuk menyambut raya..mama menyambut jasad adik..mama redha sayang..sayang pergi la..nanti tunggu mama ye..

Percaya la mama sayang adik sangat-sangat..adik bidadari syurga mama..

Pemergian adik masih lagi jadi tanda tanya tapi tunggu mama semadikan adik dulu.

Insyallah adik akan disemadikan di kampung papa di Kg Pangkal Jenereh, Machang, Kelantan mungkin selepas zohor..sapa-sapa nak tengok adik esok boleh la..

mama-0175889979
papa-0126819155

Pada yang sedekah pada Eishya selama ni..mama minta halalkan dunia akhirat ye

tolong sedekah kan AL-FATIHAH ye semua..

Sementara itu Encik Mohd Jazry  dalam satu kenyataan di laman Facebooknya menyatakan dia akan melalui jalan dari Ipoh dan akan melalui Kuala Kangsar - Grik - Jeli - Tanah Merah - Machang di mana dia dan bersama sebuah lagi kereta lain akan membawa pulang jenazah Nur Hafieshya.

"Andai terlihat dua buah kereta beri double signal melalui jalan Ipoh -Kuala Kangsar - Grik - Jeli - Tanah Merah - Machang, kiranya terpotong kereta anda, kami mintak maaf banyak-banyak, sebab kami nak cepat sampai untuk bawa jenazah Nur Hafieshya ke Machang."

"Ikut hati kami nak rehat dulu, tapi jenazah tak elok lama-lama dibiarkan dan kami gagahi perjalanan ini juga." tulisnya.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga adik Nur Hafieshya, sesungguhnya ketahuilah, anak kecil yang pergi meninggalkan kita ini merupakan salah satu syafaat kita di sana, tempat mereka adalah syurga diasuh oleh Nabi Ibrahim yang turut berkaitan dengan kisah sambutan Hari Raya Korban.




Friday, September 9, 2016

LIVE STREAMING SIARAN LANGSUNG TV3 Malaysia


LIVE STREAMING SIARAN LANGSUNG TV3 Malaysia

LIVE STREAMING SIARAN LANGSUNG TV3 Malaysia

Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3 merupakan stesen televisyen swasta terestrial dan siaran percuma nasional pertama di Malaysia milik Media Prima Berhad, konglomerat penyiaran dan media Malaysia. TV3 memulakan siarannya pada 1 Jun 1984 dan kekal sebagai stesen televisyen yang paling ditonton di Malaysia.

Sama seperti kebanyakan stesen televisyen di Asia Tenggara, TV3 juga terkenal dengan drama lipur laranya.

Credit to Layarku.tv

SILA TUNGGU DALAM BEBERAPA SAAT!