Showing posts with label Berita Hilang Akal. Show all posts
Showing posts with label Berita Hilang Akal. Show all posts

Thursday, April 13, 2017

Ketua Kumpulan Abu Sayyaf Terbunuh!

Abu Rami (gambar) atau Muamar Askali merupakan anggota tertinggi kumpulan Abu Sayyaf berada dalam senarai individu dikehendaki oleh Malaysia dan Filipina.
Gambar Ketua Kumpulan Abu Sayyaf Terbunuh Didedah

Pihak berkuasa Filipina mendedahkan gambar ketua Abu Sayyaf Abu Rami yang dibunuh di Bohol, Filipina.

Gambar tersebut turut menemui terdapat pin bendera IS di dadanya.


Pasukan keselamatan Filipina terpaksa membunuh pemimpin Abu Sayyaf itu yang sebelum ini selalu muncul dalam rakaman beberapa video hukuman mati tebusan.




Abu Rami merupakan salah seorang daripada lima lelaki bersenjata yang terbunuh dalam pertempuran di Bohol, di tengah Filipina pada Selasa.



Ketua Bahagian Risikan Pejabat Polis Central Visayas, Supritendan Kanan Jonathan Cabal mengesahkan kematian Abu Rami.


Kematiannya telah digambarkan sebagai satu lagi tamparan hebat kepada kumpulan pengganas itu yang bertanggungjawab dalam puluhan kes penculikan di Sabah.


Kira-kira 60 lelaki bersenjata termasuk pemimpin Abu Sayyaf itu telah memasuki wilayah Bohol dan berdepan dengan pasukan keselamatan.


Sekurang-kurangnya sembilan orang – lima militan, tiga anggota tentera dan seorang anggota polis – terbunuh dalam pertempuran senjata api, yang berlaku di kampung pergunungan Napo di bandar Inabanga.

Wilayah Bohol terletak berjauhan daripada pengkalan pengganas yang berada di selatan kawasan hutan, namun Kerajaan Amerika Syarikat telah memberi isyarat bahawa kumpulan bersenjata itu mungkin menjalankan aktiviti penculikan di sana.



Anggota lain Abu Sayyaf yang diketuai Abu Rami itu dipercayai telah melarikan diri Pulau Jolo berikut serangan intensif oleh tentera Filipina..

Thursday, March 16, 2017

Kes pandu lawan arus: Model sambilan didakwa Mengaku tidak bersalah

CINDY NG PEI VEN yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan enam buah kenderaan dan mengakibatkan seorang pemandu maut berdekatan Permatang Pauh baru baru ini diiringi polis untuk didakwa atas kesalahan berkaitan dadah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Pulau Pinang di sini hari ini.
"Arwah Seperti Dibunuh Dengan Sengaja, Saya Akan Saman," - Bapa

Mengaku tidak bersalah......

BUKIT MERTAJAM: Seorang model sambilan yang memandu melawan arus dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth di Lebuhraya Utara Selatan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majisret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengambil dadah jenis syabu, Selasa lalu. Tertuduh, Ng Pei Ven, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap, sejurus pertuduhan dibacakan ke atasnya.



 Berdasarkan pertuduhan, Pei Ven didakwa memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badan di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perai Tengah di sini, kira-kira jam 5 petang, Selasa lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

 Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Md Azman Kadir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Jamaliah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya tertuduh melapor diri seminggu sekali di balai polis berdekatan.


Bagaimanapun, hakim menolak permohonan menggantung lesen memandu tertuduh kerana pendakwaan hari ini dilakukan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula. Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi Selasa lalu, Pei Ven memandu melawan arus dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth, Lebuhraya Utara-Selatan, sebelum merempuh sebuah PERODUA Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya, Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun.


ANGGOTA polis mengiringi Ng Pei Ven, (dua dari kanan) ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, atas tuduhan dadah di bawah Seksyen 15 (1) ADB.

SUNGAI PETANI: Berikutkan kemalangan yang mengorbankan Mohamad Fandi Rosli dalam kejadian kemalangan semalam, keluarga Allahyarham dilaporkan akan menyaman pemandu Proton Gen-2 yang melawan arus berkenaan, lapor Berita Harian.

Bapa mangsa, Rosli Lin, 57 berkata, segalan keputusan yang dibuat berkenaan telah pun dipersetujui keluarganya selepas mereka merasakan pemandu Proton Gen-2 yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, perlu bertanggungjawab atas kematian anak sulungnya itu.

"Kami akui apa yang terjadi adalah suratan takdir, namun kematian anak saya perlu pembelaan dan individu yang bertanggungjawab itu perlu mendapat hukuman yang setimpal."

"Kemalangan yang berlaku bukan kemalangan biasa, tetapi ia disengajakan dan kami merasakan anak kami seperti dibunuh dengan sengaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Pinang di sini, sebentar tadi.


Menurut beliau lagi, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemandu tersebut supaya ia menjadi pengajaran kepada pemandu lain.

"Ini kerana tindakan beliau yang memandu laju dan melawan arus bukan tindakan yang boleh dimaafkan hingga menyebabkan kematian satu-satunya anak lelaki saya," tegas beliau.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid dalam satu kenyataan medai berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita berusia 19 tahun itu, berada dalam pengaruh alkohol dan dadah sehingga dia bertindak luar jangka.

Menurut beliau, suspek yang berasal dari Taman Desa Murni sepatutnya memasuki susur keluar Sungai Dua untuk pulang ke rumahnya, namun terlajak sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua.

"Suspek yang baru pulang minum di sebuah kelab bersama rakannya mendakwa ternampak sebuah lori di hadapannya menyebabkannya bertindak membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga bergesel dengan tiga kenderaan di situ. 

"Suspek kemudian memandu laju kenderaannya secara melawan arus dalam jarak lima kilometer sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun yang mengakibatkan lelaki itu maut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT, di sini, hari ini.

Semalam, Mohamaf Fandi memandu kereta Perodua Kelisa sedang dalam perjalanan pulang dari kerja sebelum kenderaannya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu melawan arus menyebabkan beliau masut di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.


Thursday, November 17, 2016

Skandal Lin Dan Kantoi Curang Dengan Wanita lain

Lin Dan 'Kantoi' Curang Dengan Wanita Misteri? Sumber Foto: Detective Zhao Weibo
Skandal Lin Dan Kantoi Curang Dengan Wanita Misteri

Pemain terkenal badminton China, Lin Dan ketahuan curang bersama seorang wanita.

Seorang pengguna laman web Weibo yang menggunakan nama sebagai Famous Detective, Zhao Wu Er telah mendedahkan perbuatan Lin Dan dengan wanita tersebut sedang berpegangan, makan bersama, berpelukan mesra dan melakukan perbuatan sumbang pada pertengahan September lepas.


Pada bulan Oktober, Lin Dan telah pergi ke Guangzhou untuk menyertai sebuah pertandingan, dan wanita tersebut didapati datang ke hotel 5 bintang tempat Lin Dan menginap untuk berjumpanya sendiri.


Zhaou Wu Er juga berjaya mendapatkan rakaman video pasangan tersebut sedang berpelukan dan meraba punggung.


Menurut laporan, wanita tersebut dikenali sebagai Zhao Ya Qi, seorang pelakon China yang juga pemenang Miss Tourism World China.


Monday, November 7, 2016

Gadis MATSURI Takahashi berusia 24 tahun bunuh diri sebab Kerja Lebih Masa

Kerap kerja lebih masa antara punca tekanan, bunuh diri
Gadis MATSURI Takahashi berusia 24 tahun bunuh diri sebab Overtime

Tindakan seorang pekerja membunuh diri mendorong salah satu syarikat pengiklanan terbesar Jepun melaksanakan undang-undang baharu yang menetapkan pejabat perlu ditutup pada jam 10.00 malam setiap hari.

Matsuri Takahashi, 24 tahun, terjun dari pangsapurinya di tingkat empat berikutan tekanan kerana terpaksa kerap bekerja lebih masa. Langkah itu diambil bagi menghalang pekerja daripada terus menjalankan tugas sehingga lewat malam.


Dalam temubual, pakar psikologi dan pengarah Institut Psikologi Gunaan di Sekolah Tinggi Ekonomi, Guli Bazarova, memberi komen mengenai isu itu dan menjelaskan mengapa negara maju dan berteknologi tinggi seperti Jepun tidak dapat menangani isu gila kerja.

Menurut Bazarova, alasan utama dalam tradisi budaya Jepun berdasarkan mentaliti ketaatan.

Wujud kebimbangan keterlaluan untuk membuat kesilapan, untuk gagal.


"Rakyat Jepun memberi yang terbaik ketika bekerja dan tidak boleh berehat.

Teknologi Jepun berkembang setiap hari dan pekerja faham jika mereka melakukan kesilapan, ia akan menjejaskan keseluruhan syarikat," katanya.


Berikutan kejadian itu, syarikat Dentsu menjadi subjek kepada pelbagai pemeriksaan, dan ketika siasatan semakin jelas kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini.


Jepun adalah antara segelintir negara yang mengumpulkan statistik khas mengenai 'kematian bekerja berlebihan.' Punca utama kematian seumpama itu adalah serangan jantung dan strok yang disebabkan tekanan. - AGENSI

Wednesday, November 2, 2016

Bila Lelaki Kaya Beli 10 iPhone 7 dan Musnahkannya!

(Video) Lelaki Kaya Beli 10 iPhone & Hancurkannya Dalam Kedai Selepas Berang Pekedai Kata: 'Kalau Ada Duit Beli Telefon Baru, Kalau Tak Baiki di Kedai Lain'
Bila Lelaki Kaya Beli 10 iPhone dan Musnahkannya

Seorang lelaki di China bertindak menghancurkan 10 buah iPhone 7 selepas tidak puas hati dengan layanan yang diberikan oleh sebuah kedai telefon di negara stersebut.

Tidak pasti bagaimana keadaan mula menjadi tegang, namun menurut portal World of Buzz, kejadian difahamkan berlaku apabila pihak kedai berkenaan enggan membaiki iPhone miliknya dan kedengaran di dalam video kejadian dialog seperti ini:

"Baiki apa? Kalau ada duit beli telefon baru sahaja. Kalau tak ada, pergi kedai lain untuk baiki".


Lelaki itu kemudian bertindak membeli 10 iPhone di kedai tersebut dan memecahkannya.

"Saya nampak kamu ada banyak iPhone dalam kedai ni. Saya nak beli semuanya".

Pada mulanya jurujual kedai itu hanya menyangka lelaki berkenaan hanya bermain-main, lalu berkata mereka mempunyai 10 buah iPhone, yang berjumlah 63,000 Yuan (RM38,900).

Namun mereka terlopong apabila lelaki berkenaan mengeluarkan wang tunai dan membayar kesemua iPhone itu sebelum memecahkan semuanya menggunakan tukul.

Pelanggan berang itu membeli kesemua 10 iPhone guna tunai.
Selepas kesemua iPhone itu dirosakkan, pelanggan yang berang itu kelihatan seperti mahu menyerang kaunter kedai itu pula.

Empunya kedai itu kemudian berkata: "Saya tak fikir kamu boleh hancurkan seluruh kedai saya".

Pelanggan itu kemudian bertanya: "Berapa harga kedai ini?".

Empunya kedai itu kemudian menjawab: "500,000 Yuan (RM308,000).

Pembantu pelanggan berang itu kemudian pergi mengambil wang dan setelah wang sampai, pelanggan berkenaan mula bertindak memecah dan merosakkan kedai tersebut.

Pelanggan berkenaan menunggu wang sampai sebelum memecahkan kaunter kedai tersebut.



Tuesday, November 1, 2016

Harga Minyak Masak Dalam Botol di Malaysia curi Tumpuan

Pengguna Mula Rasa Beban Dan Tertekan, Ada Sesetangah Minyak Masak Dalam Botol Naik Begitu Mendadak
Kesempitan Harga Minyak Masak Dalam Botol di Malaysia curi Tumpuan

Nampaknya pembatalan subsidi minyak masak oleh kerajaan telah mula dirasai oleh rakyat di mana berdasarkan tinjauan dan luahan rakyat sendir ada sesetangah minyak masak naik sehingga 60 peratus, lapor Malaysiakini.

Harga minyak masa Red Eagle untuk botol 5kg naik dari RM14.70 kepada RM23.70 – peningkatan RM9 atau 61.2 peratus, lapor Sin Chew Daily.

Harga botol 1kg jenama sama baik sebanyak RM2.05 (57 peratus) sementara botol 2kg pula naik RM3.35 (46 peratus).

Pengerusi eksekutif syarikat pengeluar minyak sawit Yee Lee Corporation Bhd, Lim Kok Cheong memberitahu Sin Chew Daily bahawa harga ditentukan berdasar harga minyak sawit.

“Ia nampak macam inflasi, tetapi hakikatnya, ia mencerminkan harga pasaran minyak sawit,” kata .

Kerajaan tidak lagi memberi subsidi pada semua jenis minyak masak, kecuali paket 1kg yang dijual pada harga RM2.50.

Memetik laporan Sinar Harian pula, hasil tinjauan mereka di beberapa kawasan, rak yang biasanya dipenuhi botol-botol minyak pelbagai saiz kini kosong, menyebabkan pengguna bingung kehabisan minyak masak untuk kegunaan harian.

Untuk minyak masak paket plastik satu kilogram amat sukar untuk diperoleh dan hanya boleh di dapati kedai-kedai runcit namun dalam jumlahnya terhad.

Mereka difahamkan bahawa bekalan minyak masak kini dalam proses penghantaran dan hanya dibekalkan ke kawasan yang benar-benar memerlukan.


Sesetengah peniaga pula mendakwa, pengeluar minyak bertindak menyimpan bekalan minyak sedia ada untuk beberapa hari ini sehingga harga minyak naik, bermula semalam.

Hasil tinjauan mereka juga ternyata membukti bahawa minyak masak dalam botol 500gram hingga lima kilogram naik antara 30 hingga 40 peratus berbanding sebelum ini.

Seorang pengguna dari Klang, Nor Asyikin Mohd Azali, 31, berkata, sejak beberapa minggu lalu, bekalan minyak masak memang susah didapati di pasar raya.

“Ada yang mengatakan stok tak ada. Segelintir peruncit pula hanya membenarkan setiap pelanggan beli satu pek minyak masak sahaja. Ia memang menyusahkan dan membuatkan pengguna tertekan,” katanya.

Noreen Azleen Mahmodah, 31, pula berkata, minyak masak dijual dengan harga jauh lebih tinggi berbanding biasa.

"Ada minyak masak botol seberat dua kilogram berharga  RM13.35 sekilogram sebelum ini,  kini dijual RM20,” katanya.

Beliau menambah dengan kenaikan harga minyak masak ini sudah apsti akan memberikan kesan kepada pengguna ditambah lagi dengan kenaikannya serentak dengan harga petrol.

“Kerajaan khususnya KPDNKK perlu mempertingkatkan pemantauan agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang-barang lain agar pengguna tidak terus teraniaya,” katanya.

Beliau memmohon agar kerajaan menimbang semua subsidi ke atas minyak masak dalam botol kerana kualitinya dikatakan tidak sama berbanding minyak masak dalam paket plastik.

Sementara itu, Nursabrina Mohd Desa berkata, nasib pengguna bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

“Sudahlah minyak masak naik harga, petrol juga naik harga. Kami rasa terbeban," katanya.

Friday, October 28, 2016

Bila 5 Lelaki Warga Asing Samun Rumah Anggota Polis

5 Lelaki Warga Asing Samun Rumah Anggota Polis
5 Lelaki Warga Asing Samun Rumah Anggota Polis

JOHOR BAHRU - Lima lelaki dipercayai warga asing bersenjatakan sabit dan pisau bertindak menyamun rumah anggota polis di Kompleks Perumahan Polis Tanjung Labuh dekat Batu Pahat, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pada kejadian jam 3.30 pagi itu, kelima-lima suspek yang menutup muka mereka dengan topeng ski, menyamun dua rumah di kawasan berkenaan.

Namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Wahib berkata kedua-dua rumah yang terletak bersebelahan, masing-masing diduduki anggota berusia 34 dan 51 tahun.

Beliau berkata, sejumlah barangan iaitu wang tunai kira-kira RM800, dua telefon bimbit, satu komputer riba, dan jam tangan dilarikan dari rumah pertama yang dihuni anggota berusia 51 tahun itu manakala suspek melarikan seutas rantai emas yang dipakai isteri mangsa kedua, wang tunai RM300 dan dua telefon bimbit.

Suspek turut mengikat tangan dan kaki mangsa kedua dan selepas suspek melarikan diri, mangsa menjerit meminta pertolongan jiran.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek masuk melalui pintu belakang dan membuka sekeping tingkap dan tombol pintu menggunakan tangan.

"Pintu belakang kedua-dua rumah itu tidak menggunakan kunci tambahan dan suspek dipercayai turut keluar melalui jalan yang sama," katanya.

Abdul Wahib berkata, satu operasi untuk menjejaki suspek dilancarkan dan setakat ini polis menahan 13 suspek warga Indonesia bagi membantu siasatan.

Kompleks perumahan polis itu didiami seramai 165 anggota lain-lain pangkat dan terletak kira-kira lima kilometer dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kata Abdul Wahib.

Sumber: Sinar Online

Thursday, October 27, 2016

Mayat mangsa terjun bunuh diri di jambatan telah ditemui!

(Gambar) Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Kedua Ditemui, Dijumpai Bersama Beberapa Ketul Bata . MANGSA ditemui kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun, jam 9.02 pagi tadi.
Mayat mangsa terjun jambatan ditemui

GEORGETOWN: Anggota bomba dan penyelamat menemui mayat seorang lelaki yang mati lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di sini, pada Selasa lalu.

Mayat mangsa, Mohd Sukri Saad, 38, ditemui kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun, jam 9.02 pagi tadi.


Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan Dua, Isharuddin Ismail, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.


Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Selasa lalu, pasukan peronda JSAHMS menemui sebuah motosikal jenis Modenas bernombor pendaftaran PHM 6667 serta telefon bimbit yang ditinggalkan di tepi jalan jambatan berkenaan.


Mangsa juga dipercayai sempat memuat naik status di laman sosial Facebook dan meluahkan rasa tertekan kerana berhadapan dakwaan memiliki rokok seludup, sebelum ia kemudiannya menjadi viral.



Kelindan Lori Maut Dalam Keadaan Leher Dijerut Tali Selepas Dipercayai Terjun Dari Lori


Lelaki Maut Dalam Keadaan Leher Dijerut Tali Selepas Dipercayai Terjun Dari Lori

Prai, 27 Okt: Seorang kelindan lori berusia 35 tahun maut selepas dipercayai terjun dari lori yang dinaiki dalam keadaan leher terikat dengan tali pada pemegang tangan pintu kenderaan terbabit dalam kejadian yang berlaku 3.30 petang hari ini.


Sebelum kejadian, lelaki terbabit dikatakan bergurau dengan rakan bahawa dia ingin mati namun tidak diendahkan oleh pemandu lori terbabit yang berusia 58 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, lelaki itu dan rakannya dalam perjalanan dari Bayan Lepas untuk menghantar barang kepada pelanggan.

Beliau berkata, setiba di Prai, lelaki yang pernah dirawat di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, memberitahu rakannya dia mahu membunuh diri.

"Rakannya menganggap ia gurauan dan terkejut apabila namun lelaki itu mengikat lehernya dengan tali yang digunakan untuk mengikat barang pada pemegang tangan pintu lori.

"Lelaki itu kemudian membuka pintu sebelum terjun dari lori menyebabkan lehernya dijerut tali berkenaan," katanya.

Nik Ros Azhan berkata, lelaki itu baru tiga hari bekerja dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro

Monday, October 24, 2016

Pokok Besar Hempap Proton Iriz Juruterbang

Pokok Besar Hempap Proton Iriz Juruterbang

Kejadian pokok tumbang dan menimpa Proton Iriz. Mangsa seorang juruterbang selamat.

Alhamdulilah selamat... Terbukti kekuatan Proton Iriz....Safety yang ada pada Iriz dan Persona Baharu. Germans technology .. High Press Forming (HPF)

Kelebihan ciri2 keselamatan 5Star Safety Asean NCAP yang terdapat pada Proton Iriz, Proton Persona, Proton Preve & Proton Suprima membuktikan bahawa kerangka utama (RESS) model2 ini sangat keras!


Sunday, September 25, 2016

Wanita Pengkid selamat lahirkan bayi perempuan hasil hubungan dengan lelaki pondan

IMEJ menunjukkan Machado (tengah) dan Rodriguez ketika menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

‘Bapa’ lahirkan bayi perempuan

QUITO, Ecuador – Seorang bayi perempuan di sini mungkin berhadapan dengan krisis identiti suatu hari kelak apabila dilahirkan oleh seorang ‘lelaki’ yang sebelum ini merupakan wanita yang telah menukar jantina.

‘Bapanya’, Fernando Machado mengandung selepas menjalin hubungan dengan pasangannya, Diane Rodriguez yang dahulunya seorang lelaki tetapi kini me­nukar jantina kepada wanita.

Machado melahirkan bayi sulungnya itu pada Jun lalu dan merancang untuk me­ngandung lagi pada masa akan datang.

Meskipun belum me­ngumumkan nama bayi yang telah berusia 16 ming­gu itu, namun pasangan itu menggelarkannya sebagai Caraote atau bermaksud ‘siput’.

Machado turut berkongsi gambar kesan parut pembedahan selepas bersalin bagi mengelakkan prajudis atau salah faham. Mereka sebelum ini turut mengumumkan beri­ta kehamilan itu di internet.


“Kami hidup sebagai pasa­ngan lelaki dan wanita. Saya wanita ‘transfeminin’ dan Fernando merupakan lelaki ‘transmaskulin’. Proses pertukaran jantina adalah kompleks untuk kami berdua,” kata Machado. – Agensi


Sunday, January 31, 2016

Tweet di Twitter sebelum Meninggal dunia!


Pelajar Meninggal Dalam Kemalangan, Siri Tweet Sebelum Ajal Jadi Viral

MUADZAM SHAH, 1 Feb - Seorang pelajar dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Muadzam Shah dan bapa meninggal dunia dalam satu kemalangan apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain di Kilometer 105.9 Jalan Kuantan - Segamat berhampiran dengan Ladang Dara Teh sekitar jam 11.15 pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Haziq Januddin, 23 dan bapa, Janudin Sukardi, 55, maut ketika dalam perjalanan menuju ke Uniten Kampus Muadzam Shah untuk Haziq pulang ke universiti tersebut.

Ketua Polis Daerah Rompin, Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira yang dinaiki mangsa dari arah Segamat, Johor menghala ke arah Kuantan dipercayai dalam keadaan cuba memotong kenderaan di hadapan namun gagal lalu bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan ini, pemandu dan penumpang Proton Wira berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, di laman Twitter, perkongsian tweet-tweet Haziq beberapa hari sebelum terlibat dalam kemalangan itu mendapat perhatian netizens di laman media sosial tersebut.




Para netizens di Twitter terutamanya rakan mangsa turut menyampaikan perasaan hiba dan pilu mereka dengan apa yang terjadi.




Semoga kedua-dua mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa dan bapanya.


Takziah dari kami buat keluarga dan yang mengenali mangsa.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.(Surah an-Nisaa’: ayat 78)


Wednesday, December 23, 2015

Lelaki disaman RM 4 Juta Kerana Didakwa Makan Kawan!


Disaman RM 4 Juta Kerana Didakwa Makan Rakan Sekapal Untuk Hidup Semasa Sesat 483 Hari

Seorang lelaki warga El Salvador disaman AS1 juta (RM4 Juta) kerana didakwa memakan rakan sekapalnya dalam usaha untuk meneruskan hidup ketika sesat selama setahun di lautan.

Lelaki tersebut, Salvador Alvarenga telah mengupah Ezequiel Cordoba untuk menemaninya memancing di pesisir pantai Mexico pada musim luruh 2012.

Namun, bot kecil yang dinaiki oleh mereka dipukul oleh ombak besar ketika ribut berlaku menyebabkan kesemua peralatan komunikasi dan bekalan makanan hilang, kata Alvarenga.


Alvarenga berkata, rakannya meninggal dunia selepas beberapa bulan di lautan kerana menjadi lemah setelah memakan seekor burung.

Alvarenga menegaskan bahawa, selepas rakannya itu meninggal, dia mencampak mayatnya ke sisi bot.

Alvarenga berkata ketika sesat di lautan, dia hidup dengan meminum darah penyu, air kencing sendiri dan memakan mana-mana burugn atau ikan yang sempat ditangkapnya.

Namun, keluarga Cordoba tidak mempercayai apa yang diceritakan oleh Alvarenga dan menuntut bayaran sebanyak US$1 juta dengan mendakwa Alvarenga memakan Cordoba.

Menurut peguam yang mewakili Alvarenga, besar kemungkinan Cordoba menyaman anak guamnya kerana anak guamnya itu baru-baru ini meraih keuntungan melalui buku 483 Days karya Jonathan Franlin yang mengabadikan pengalaman hidup Alvarenga ketika sesat di lautan.

Alvarenga telah diselamatkan pada tahun lalu ketika dia tiba di Kepulauan Marshalls kira-kira 10,4600KM merentas Lautan Pasifik dari pesisir pantai Mexico, tempat dia memulakan perjalanan. - Siakapkeli.my

Titik perjalanan Alvarenga ketika sesat

Alvarenga ketika diselamatkan pada 30 Jan. 2014.

Bot yang digunakan