Showing posts with label Terkini. Show all posts
Showing posts with label Terkini. Show all posts

Thursday, June 9, 2016

Sekitar Majlis Solat Jenazah Dan Penghormatan Terakhir Kepada Muhammad Ali

Ribuan dijangka sertai solat jenazah Muhammad Ali

LOUISVILLE: Ribuan orang dijangka menyertai solat jenazah legenda tinju, Muhammad Ali, hari ini sebelum pengebumian esok.

Tempat kelahiran Ali di Louisville, Kentucky, akan menganjurkan upacara penghormatan yang membawa individu penting dari seluruh dunia serta peminat ke bandar dengan 600,000 penduduk itu.

Ali, bekas juara tinju heavyweight dunia tiga kali yang mana kerjaya dan kegiatan aktivis hak asasi manusia menjadikannya tokoh paling terkesan kurun ke-20, meninggal dunia minggu lalu pada usia 74 tahun selepas berdekad bergelut dengan penyakit Parkinson.

Dilahirkan sebagai Cassius Clay ketika zaman pengasingan kaum di selatan AS, peninju itu memeluk Islam pada 1964 dan menukar nama kepada Muhammad Ali.

Solat jenazah 30 minit akan diadakan di arena Freedom Hall di sini, tapak pertarungan terakhir Ali di bandar kelahirannya, di mana Allahyarham mengalahkan Willi Besmanoff pada 29 November 1961.

"Allahyarham akan dikebumikan cara Islam," kata Imam Zaid Shakir, yang membantu menguruskan jenazahnya.

Potret Allahyarham Muhammad Ali kelihatan bersama jambangan bunga di tugu peringatan Muhammad Ali Centre di Louisville, Kentucky. - Foto AFP 


Antara yang dijangka hadir memberi penghormatan terakhir kepada Ali adalah pelakon Will Smith; bekas juara tinju heavyweight, Lennox Lewis; bekas Presiden AS, Bill Clinton; pelakon komedi, Billy Crystal; dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. - AFP


Sunday, January 31, 2016

Tweet di Twitter sebelum Meninggal dunia!


Pelajar Meninggal Dalam Kemalangan, Siri Tweet Sebelum Ajal Jadi Viral

MUADZAM SHAH, 1 Feb - Seorang pelajar dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Muadzam Shah dan bapa meninggal dunia dalam satu kemalangan apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain di Kilometer 105.9 Jalan Kuantan - Segamat berhampiran dengan Ladang Dara Teh sekitar jam 11.15 pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Haziq Januddin, 23 dan bapa, Janudin Sukardi, 55, maut ketika dalam perjalanan menuju ke Uniten Kampus Muadzam Shah untuk Haziq pulang ke universiti tersebut.

Ketua Polis Daerah Rompin, Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira yang dinaiki mangsa dari arah Segamat, Johor menghala ke arah Kuantan dipercayai dalam keadaan cuba memotong kenderaan di hadapan namun gagal lalu bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan ini, pemandu dan penumpang Proton Wira berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, di laman Twitter, perkongsian tweet-tweet Haziq beberapa hari sebelum terlibat dalam kemalangan itu mendapat perhatian netizens di laman media sosial tersebut.




Para netizens di Twitter terutamanya rakan mangsa turut menyampaikan perasaan hiba dan pilu mereka dengan apa yang terjadi.




Semoga kedua-dua mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa dan bapanya.


Takziah dari kami buat keluarga dan yang mengenali mangsa.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.(Surah an-Nisaa’: ayat 78)


Saturday, December 12, 2015

Will Smith mahu tanding Jawatan Presiden Amerika Syarikat

Saya Mungkin Bertanding Jawatan Presiden Kerana Kata-Kata Gila Terhadap Orang Islam - Will Smith

Pelakon Hollywood, Will Smith mendedahkan rancangannya untuk memasuki arena politik apabila dia kecewa dengan kenyataan-kenyataan "gila" Donuld Trump terhahadap orang Islam.

Pelakon yang terkenal dengan filem Men In Black itu memberitahu CBS : "Jika orang ramai terus menerus mengatakan perkara gila seperti mana yang mereka kata di TV pada tempoh hari tentang dinding dan orang Islam, mereka akan memaksa saya ke arena politik".

Pelakon berusia 47 tahun itu juga berkata sekiranya dia memasuki arena politik, sudah tentu dia akan bertanding di peringkat tertinggi.

"Maksud saya, saya mesti jadi presiden".

Smith berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Donald Trump yang mahukan pengharaman terhadap semua orang Islam dari memasuki negara itu.

Donald Trump sebelum ini mencadangkan satu dinding sempadan dibuat untuk mengharamkan orang Islam dari memasuki Amerika. Selain itu dia juga turut mencadangkan masjid-masjid di negara tersebut diletakkan dibawah pengawasan. .

Monday, October 5, 2015

Kejam! Kanak-Kanak 9 Tahun Dir0g0l, Dibunuh Dan Dibungkus Dalam Kotak


Kejam! Kanak-Kanak 9 Tahun Dir0g0l, Dibunuh Dan Dibungkus Dalam Kotak

Kejam, itulah kata-kata yang boleh digambar terhadap pelaku yang melakukan perbuatan dilaur batas keperimanusiaan apabila seorang kanak-kanak 9 tahun yang dipercayai hilang telah ditemui dalam keadaan yang amat tragis di mukim Kalideres, Jakarta, Jumaat lalu.

Kanak-kanak berkenaan, Putri Nur Fauziah yang merupakan anak ketiga pasangan suami isteri Asep Saepuloh dan Ida Fitriyani telah dilaporkan hilang dipercayai telah diculik ketika keluar dari sekolahnya, SDN 05.


Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang di mana kaki, tangan dan mulutnya diikat dengan pita pelekat dan disumbat di dalam kotak.



Mayat mangsa semasa dijumpoai terdapat kesan-kesan luka dan lebam di seluruh badannya serta ada kesan tusukan di bahagian kemaluan dan dubur mangsa.

Polis juga menemui seluar dalam berwarna hitam dan tudung berwarna putih milik Putri.

Berdasarkan hasil bedah siasat, mangsa telah mati lebih kurang 4 jam sebelum mayatnya ditemui dan pihak polis kini sedang giat menjalankan operasi memburu suspek.

Menurut ibu bapanya, sebelum keluar dari rumah, dia ada menyatakan hasrat untuk mengulangkaji pelajarannya bersama rakan-rakan, namun sehingga malam, anak ketiga mereka itu tidak pulang ke rumah.

Ibu bapa mangsa membuat laporan di balai polis pada keesokan hari berhubung kehilangan Putri. 

Sunday, September 27, 2015

Akim Ikat Stacy Menerusi Majlis Pertunangan

Kickbola.net
Foto gambar yang memaparkan Akim dan Stacy bergambar kenangan bersama-sama ibu bapa masing-masing selepas majlis pertunangan mereka hari kelmarin
Pasangan Akim Ahmad & Stacy Sah Bertunang!

Tahniah buat Pasangan Akim Ahmad & Stacy! Mereka Sah Bertunang!

Vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad, 24 dan kekasih serta penyanyi Stacy, 25 membuat kejutan apabila melangsungkan majlis pertunangan mereka pada Sabtu lepas.

Berita itu disampaikan menerusi akaun Instagram rasmi h! Live (@officialhlive) menerusi sekeping gambar pasangan itu dan ibu bapa mereka. Stacy kelihatan anggun dengan gaun berona merah jambu pada hari pertunangannya dengan Akim yang kelihatan memakai baju melayu Johor berwarna hijau.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, berkata dia berasa syukur pertunangannya dengan Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam berjalan lancar.

"Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,” kata Akim melalui kapsyen Instagram tersebut.

Walau bagaimanapun sebelum ini semasa sidang media pengislaman Stacy, beliau menafikan memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan Akim. Stacy juga menyatakan yang mereka tidak pernah berbincang atau merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Akim ada memuat naik gambarnya bersama Stacy semalam dengan kapsyen, “Orang tanya, “tak terlalu awal ke Stacy nak tuning dengan Akim? Dia baru masuk Islam.” Jawapan hamba, “Saya ‘cop’ dulu, rezeki saya, Stacy terima. Bukan apa, takut tunggu lama-lama ada pulak yang nak cop. Hahaha”

Apa-apa pun kami di Beritaup2date fm mengucapkan tahniah buat mereka berdua. Semoga hubungan berkekalan dan segala urusan hingga ke majlis pernikahan dipermudahkan.



Vokalis utama kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad, 24, dan bekas juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy, 25, membuat kejutan kepada peminat dan pihak media apabila melangsungkan pertunangan mereka hari ini.

Menerusi akaun Instagram program hiburan terbitan Astro, h! Live (@officialhlive), sekeping gambar yang memaparkan pasangan itu bersama ibu bapa masing-masing telah dimuat naik sekitar tiga jam lalu.

Stacy yang kelihatan ceria di dalam gambar itu juga telah memilih gaun berona merah jambu bersama-sama ibu dan bapanya yang turut mengenakan pakaian dari warna tersebut.

Sementara itu, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad itu yang kelihatan segak memakai baju Melayu berwarna hijau sedondon dengan ibu bapanya itu sempat menitipkan ucapannya kepada h! Live.

“Syukur Alhamdulillah. Majlis pertunangan saya dan bakal isteri saya telah selamat berlangsung tadi (26 September).

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan kami yang terbaik di masa akan datang,” kata bekas pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh itu ringkas.

Sehingga pukul 8.30 malam tadi, gambar berkenaan telah mendapat 2,645 tanda suka dan sebanyak 120 komen telah dicatatkan oleh pengikut akaun h! Live itu.

Walau bagaimanapun, lokasi majlis yang diadakan secara tertutup itu tidak diketahui dan dicatatkan dalam akaun tersebut.

Namun, menerusi salah sebuah gambar pelamin yang dimuat naik ke akaun Instagram perancang majlis berkenaan, Muas Moi Wedding Stylist (@muasmo), dicatatkan lokasi pertunangan itu telah diadakan di Taman Melawati, di sini.

Sememangnya berita pertunangan mereka itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana baik Akim mahupun Stacy tidak pernah berkongsi perihal itu bersama dengan pihak media sebelum ini.

Walaupun pernah diajukan soalan tersebut sebelum ini terutama apabila timbul desas-desus mengatakan pasangan itu dikhabarkan akan mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini, kedua-duanya selesa untuk menafikannya.

Malah, Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam dalam satu sidang media khas selepas pengislamannnya bulan lalu turut memberitahu bahawa dia memeluk Islam bukanlah disebabkan untuk berkahwin dengan Akim.

Pun begitu, segala apa yang berlaku sebenarnya sudah tertulis di Loh Mahfuz dan semuanya adalah ketentuan Allah SWT kerana sesungguhnya Dialah perancang yang terbaik.

Pastinya, baik Akim mahupun Stacy, mereka ada alasan tersendiri untuk merahsiakan pertunangan mereka kepada umum dan mengadakannya secara tertutup.

Sesungguhnya, mereka juga adalah manusia biasa yang mahu kehidupan peribadi mereka hanya untuk dikongsi oleh mereka berdua di samping bersama-sama ahli keluarga masing-masing.

Pasangan Akim Ahmad dan juga Stacy AF telah melangsungkan pertunangan pada hari ini, 26 September.

Majlis itu katanya diadakan secara tertutup di sebuah kediaman private di Lembah Klang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga.

TAHNIAH: @akimahmad dan @stacyanam sah bertunang.

Ini kata-kata Akim ; "Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015.


Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang. - officialhlive

P/S: Buat Akim dan Stacy, kami di SOS mengucapkan tahniah dan semoga ikatan pertunangan kalian akan kekal sehingga ke jinjang pelamin. Kami mendoakan buat yang terbaik buat pasangan ini! Semoga perjalanan mereka menuju gerbang perkahwinan sentiasa dipermudahkan.


Monday, June 22, 2015

Wanita Terpaksa Pakai Kain Sarung Tuala Untuk Melawat Pesakit di Hospital Sungai Buloh


Wanita Terpaksa Pakai Kain Tuala Untuk Masuk Hospital

Seorang wanita diarah memakai tuala oleh pengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh untuk menutup lututnya sebelum memasuki bangunan hospital.

Kejadian itu dikongsi oleh mangsa di akaun Facebook yang menggunakan nama "Nisha Daddygal" pada 21 Jun lepas.

Menurut Nisha, dia terpaksa meminjam tuala pesakit untuk melawat pesakit.

Menceritakan kejadian, Nisha berkata ketika dia sampai di pagar hospital, terdapat beberapa orang pengawal keselamatan memberhentikannya dan berkata dia tidak boleh masuk kerana memakai seluar pendek.

Kerana tiada pilihan ayah Nisha terpaksa masuk ke dalam wad dan meminjam kain tuala pesakit dan memberi kain tuala itu kepadanya untuk menutup bahagian lutut dan pinggang.


Menurut pegawal keselamatan itu, arahan itu dari kementerian keselamatan.



Bagaimanapun, Pengarah Hospital Sungai Buloh mengambil tindakan pantas dengan membuat permohonan maaf dan berkata perkara itu(menghalang pelawat memasuki bangunan kerana pakaian) bukan polisi dari hospital atau Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, beberapa kes yang hampir sama turut menggemparkan Malaysia



Wednesday, June 17, 2015

Kapal tangki MT Orkim Harmony Dah dijumpai!


Imej terkini MT Orkim Harmony yang kini ditukar nama kepada Kim Harmon berjaya dikesan oleh pesawat PC3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia yang kini berada di Teluk Siam. - Foto Ihsan Panglima TUDM

Kemboja: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan Kemboja, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.


Beliau juga mengesahkan bahawa kapal itu sudah ditukar nama dan catnya.

Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.


Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar. BERNAMA

Kapal MT Orkim Harmony yang hilang dikesan di perairan Kemboja. FOTO Rosdan Wahid

Monday, June 15, 2015

Lelaki terkejut KFC hidang Kentucky Tikus Goreng!


(Gambar) Lelaki Saman KFC, Pesan Ayam Goreng Alih-Alih Dapat Tikus Goreng

Geli dan meNiat seorang lelaki yang mahu menikmati keenakan dan kerangupan ayam goreng KFC akhirnya terbantut apabila pesanan yang diperolehinya adalah seekor tikus goreng!

Hal itu terjadi kepada Devorise Dixon, daripada California, Amerika Syarikat, apabila berkunjung ke restoran berkenaan pada Jumaat lalu.


Jika diperhatikan gambar tikus goreng yang sudah menjadi viral itu, ia jelas menunjukkan bentuk badan haiwan tersebut termasuklah bahagian ekornya.

Meskipun pihak pengurusan restoran berkenaan segera menukarkan menu tersebut dan memohon maaf, Dixon nampaknya membawa hal berkenaan kepada tindakan undang-undang.

Dia kemudiannya mengupah peguam untuk menuntut ganti rugi.

“Datang semula ke KFC dan bercakap dengan pengurusnya. Dia mengakui bahawa ianya seekor tikus dan memohon maaf, tibalah masa untuk mengupah peguam!!!

“Berhati-hati, jangan makan makanan segera!!," demikian memetik posting Dixon di laman Facebooknya.







Kalau sampai tergoreng tikus, memang nampaknya pihak pengurusan KFC cawangan ini tidak menitikberatkan soal kebersihan premis, terutamanya di dapur.

Sunday, June 14, 2015

Kapal tangki MT Orkim Harmony hilang, Bukannya Dirampas!


MT Orkim Harmony dilaporkan terputus hubungan pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili.

Kota Tinggi: Kapal tangki berdaftar di negara ini, MT Orkim Harmony dilaporkan hilang sejak 11 Jun lalu.

Kapal yang membawa muatan kira-kira 6,000 metrik petrol RON95 dilaporkan terputus hubungan pada 8.50 malam.

Pengarah Operasi Wilayah Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamed berkata, lokasi akhir kapal berkenaan dilaporkan terputus hubungan adalah pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili.

"Laporan kehilangan kapal itu diperoleh daripada syarikatnya, Orkim Ship Management Sdn Bhd pada 6 pagi Jumaat lalu iaitu selang 10 jam selepas terputus hubungan.

"Kapal berkenaan membawa 22 anak kapal iatu 16 tempatan, 5 warga Indonesia dan seorang Myanmar.

"Kami belum menerima sebarang maklumat berkaitan kedudukan kapal itu hingga kini dan operasi giat dijalankan," katanya.

Monday, June 8, 2015

Wanita Pertama Yang Terpaksa Pakai Kain Sarung Untuk Berurusan Dengan JPJ Jadi Viral Media Sosial


Status Wanita Terpaksa Pakai Kain Sarung Untuk Berurusan Dengan JPJ Jadi Viral

PETALING JAYA: Akibat tidak mematuhi kod pemakaian yang sepatutnya untuk berurusan di JPJ, seorang wanita terpaksa memakai kain sarung atau tidak akan dilayan.


Melalui satu status yang dimuat naik oleh wanita terbabit Facebook, dia ke pejabat JPJ atas tujuan menukar nama kereta setelah menjual kereta berkenaan. Namun hasratnya itu menghadapi sedikit kesukaran apabila terpaksa memakai kain sarung untuk meneruskan urusan di pejabat JPJ.

Bersama status tersebut, wanita itu juga turut memuat naik beberapa gambar kejadian.


Menurut wanita itu, ketika dia berada di kaunter untuk mendapatkan nombor, dia diberikan kain sarung untuk dipakai.

"Ketika di kaunter nombor, mereka beri saya sehelai kain sarong untuk dipakai atau mereka tidak akan melayan saya", katanya dalam posting tersebut.


"Jadi, saya kelihatan seperti ini, sebuah beg! Hanya untuk duduk di hadapan cermin kaunter dimana hanya bahagian atas badan sahaja yang kelihatan kepada pegawai, saya tak tahu sama ada patut gelak atau menangis, katanya lagi.

Posting tersebut telah menjadi viral di media sosial dan mendatangkan pelbagai reaksi dari pengguna media sosial. 

Thursday, June 4, 2015

Sabah Dilanda Gempa Bumi Kuat 5.9 Skala Richter

Kickbola.net
MAKLUMAT AWAL GEMPA BUMI DI DAERAH RANAU. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 skala Richter gegarkan kebanyakan tempat di Sabah- Pusat Gempa Bumi & Tsunami Nasional
(Gambar) Bumi Sabah Digegar Gempa Bumi, Orang Ramai Panik

Untuk maklumat awal satu gegaran gempa bumi telah berlaku di Daerah Ranau pada 5/6/15 jam 0715 hrs dan berlaku selama lebih kurang 30 saat dengan gegaran yg kuat. Setakat ini berapa premis perniagaan di pekan Ranau pecah cermin. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Pihak admin mendapat tahu bahawa berlaku gegaran di sebahagian Sabah. Buat masa sekarang diminta jangan lakukan aktiviti di tebingan pantai dahulu.


Sabah, 5 Jun - Satu gegaran kuat dirasai oleh penduduk di sekitar Kota Kinabalu hari ini kira-kira jam 7.15 pagi tadi.





Menurut orang ramai, gegaran boleh dirasai selama 5 saat.

Memetik laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu disebabkan oleh satu gempa bumi dengan kekuata 5.9 skala Richter yang berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer Barat Daya Ranau.

Seluruh mahasiswa UMS berlari keluar daripada bilik masing-masing apabila berlaku gegaran sekuat 6.0 Skala Richter sebentar tadi. Semua mahasiswa sedang berkumpul di luar untuk menyelamatkan diri.


Kejadian mencetuskan perasaan panik orang ramai. Ramai pengguna media sosial memuat naik gambar kejadian di media sosial.











Antara gambar kejadian yang telah dimuat naik oleh pengguna di media sosial.






Manakala kerosakan di IPD setakat ini kebocoran paip tangki air di belakang IPD.






A Moderate earthquake has occurred at 07:15am 05/06/15,6.1N 116.6E with Magnitude 5.9 and Depth 54km, Borneo. 16km northwest of Ranau, Sabah.Tremors felt in Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu, K.Belud, Sabah. MMD
Pihak Bomba dan penyelamat telah dihubungi untuk pemeriksaan bangunan IPD.



Ranau, Sabah dilanda gempa bumi 5.9 Richter

Satu gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.


Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta.


Info terkini: Ramai pendaki yang masih diatas gunung Kinabalu sekarang... Ada sumber mengatakan yang mereka terperangkap...



















KEADAAN di dalam sebuah premis di Ranau selepas gempa bumi pagi tadi. Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. - Foto ihsan pembaca BH