Monday, June 22, 2015

Wanita Terpaksa Pakai Kain Sarung Tuala Untuk Melawat Pesakit di Hospital Sungai Buloh


Wanita Terpaksa Pakai Kain Tuala Untuk Masuk Hospital

Seorang wanita diarah memakai tuala oleh pengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh untuk menutup lututnya sebelum memasuki bangunan hospital.

Kejadian itu dikongsi oleh mangsa di akaun Facebook yang menggunakan nama "Nisha Daddygal" pada 21 Jun lepas.

Menurut Nisha, dia terpaksa meminjam tuala pesakit untuk melawat pesakit.

Menceritakan kejadian, Nisha berkata ketika dia sampai di pagar hospital, terdapat beberapa orang pengawal keselamatan memberhentikannya dan berkata dia tidak boleh masuk kerana memakai seluar pendek.

Kerana tiada pilihan ayah Nisha terpaksa masuk ke dalam wad dan meminjam kain tuala pesakit dan memberi kain tuala itu kepadanya untuk menutup bahagian lutut dan pinggang.


Menurut pegawal keselamatan itu, arahan itu dari kementerian keselamatan.



Bagaimanapun, Pengarah Hospital Sungai Buloh mengambil tindakan pantas dengan membuat permohonan maaf dan berkata perkara itu(menghalang pelawat memasuki bangunan kerana pakaian) bukan polisi dari hospital atau Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, beberapa kes yang hampir sama turut menggemparkan Malaysia



Wednesday, June 17, 2015

Kapal tangki MT Orkim Harmony Dah dijumpai!


Imej terkini MT Orkim Harmony yang kini ditukar nama kepada Kim Harmon berjaya dikesan oleh pesawat PC3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia yang kini berada di Teluk Siam. - Foto Ihsan Panglima TUDM

Kemboja: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan Kemboja, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.


Beliau juga mengesahkan bahawa kapal itu sudah ditukar nama dan catnya.

Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.


Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar. BERNAMA

Kapal MT Orkim Harmony yang hilang dikesan di perairan Kemboja. FOTO Rosdan Wahid

Monday, June 15, 2015

Lelaki terkejut KFC hidang Kentucky Tikus Goreng!


(Gambar) Lelaki Saman KFC, Pesan Ayam Goreng Alih-Alih Dapat Tikus Goreng

Geli dan meNiat seorang lelaki yang mahu menikmati keenakan dan kerangupan ayam goreng KFC akhirnya terbantut apabila pesanan yang diperolehinya adalah seekor tikus goreng!

Hal itu terjadi kepada Devorise Dixon, daripada California, Amerika Syarikat, apabila berkunjung ke restoran berkenaan pada Jumaat lalu.


Jika diperhatikan gambar tikus goreng yang sudah menjadi viral itu, ia jelas menunjukkan bentuk badan haiwan tersebut termasuklah bahagian ekornya.

Meskipun pihak pengurusan restoran berkenaan segera menukarkan menu tersebut dan memohon maaf, Dixon nampaknya membawa hal berkenaan kepada tindakan undang-undang.

Dia kemudiannya mengupah peguam untuk menuntut ganti rugi.

“Datang semula ke KFC dan bercakap dengan pengurusnya. Dia mengakui bahawa ianya seekor tikus dan memohon maaf, tibalah masa untuk mengupah peguam!!!

“Berhati-hati, jangan makan makanan segera!!," demikian memetik posting Dixon di laman Facebooknya.







Kalau sampai tergoreng tikus, memang nampaknya pihak pengurusan KFC cawangan ini tidak menitikberatkan soal kebersihan premis, terutamanya di dapur.

Sunday, June 14, 2015

Kapal tangki MT Orkim Harmony hilang, Bukannya Dirampas!


MT Orkim Harmony dilaporkan terputus hubungan pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili.

Kota Tinggi: Kapal tangki berdaftar di negara ini, MT Orkim Harmony dilaporkan hilang sejak 11 Jun lalu.

Kapal yang membawa muatan kira-kira 6,000 metrik petrol RON95 dilaporkan terputus hubungan pada 8.50 malam.

Pengarah Operasi Wilayah Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamed berkata, lokasi akhir kapal berkenaan dilaporkan terputus hubungan adalah pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili.

"Laporan kehilangan kapal itu diperoleh daripada syarikatnya, Orkim Ship Management Sdn Bhd pada 6 pagi Jumaat lalu iaitu selang 10 jam selepas terputus hubungan.

"Kapal berkenaan membawa 22 anak kapal iatu 16 tempatan, 5 warga Indonesia dan seorang Myanmar.

"Kami belum menerima sebarang maklumat berkaitan kedudukan kapal itu hingga kini dan operasi giat dijalankan," katanya.

Monday, June 8, 2015

Wanita Pertama Yang Terpaksa Pakai Kain Sarung Untuk Berurusan Dengan JPJ Jadi Viral Media Sosial


Status Wanita Terpaksa Pakai Kain Sarung Untuk Berurusan Dengan JPJ Jadi Viral

PETALING JAYA: Akibat tidak mematuhi kod pemakaian yang sepatutnya untuk berurusan di JPJ, seorang wanita terpaksa memakai kain sarung atau tidak akan dilayan.


Melalui satu status yang dimuat naik oleh wanita terbabit Facebook, dia ke pejabat JPJ atas tujuan menukar nama kereta setelah menjual kereta berkenaan. Namun hasratnya itu menghadapi sedikit kesukaran apabila terpaksa memakai kain sarung untuk meneruskan urusan di pejabat JPJ.

Bersama status tersebut, wanita itu juga turut memuat naik beberapa gambar kejadian.


Menurut wanita itu, ketika dia berada di kaunter untuk mendapatkan nombor, dia diberikan kain sarung untuk dipakai.

"Ketika di kaunter nombor, mereka beri saya sehelai kain sarong untuk dipakai atau mereka tidak akan melayan saya", katanya dalam posting tersebut.


"Jadi, saya kelihatan seperti ini, sebuah beg! Hanya untuk duduk di hadapan cermin kaunter dimana hanya bahagian atas badan sahaja yang kelihatan kepada pegawai, saya tak tahu sama ada patut gelak atau menangis, katanya lagi.

Posting tersebut telah menjadi viral di media sosial dan mendatangkan pelbagai reaksi dari pengguna media sosial. 

Thursday, June 4, 2015

Sabah Dilanda Gempa Bumi Kuat 5.9 Skala Richter

Kickbola.net
MAKLUMAT AWAL GEMPA BUMI DI DAERAH RANAU. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 skala Richter gegarkan kebanyakan tempat di Sabah- Pusat Gempa Bumi & Tsunami Nasional
(Gambar) Bumi Sabah Digegar Gempa Bumi, Orang Ramai Panik

Untuk maklumat awal satu gegaran gempa bumi telah berlaku di Daerah Ranau pada 5/6/15 jam 0715 hrs dan berlaku selama lebih kurang 30 saat dengan gegaran yg kuat. Setakat ini berapa premis perniagaan di pekan Ranau pecah cermin. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Pihak admin mendapat tahu bahawa berlaku gegaran di sebahagian Sabah. Buat masa sekarang diminta jangan lakukan aktiviti di tebingan pantai dahulu.


Sabah, 5 Jun - Satu gegaran kuat dirasai oleh penduduk di sekitar Kota Kinabalu hari ini kira-kira jam 7.15 pagi tadi.





Menurut orang ramai, gegaran boleh dirasai selama 5 saat.

Memetik laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu disebabkan oleh satu gempa bumi dengan kekuata 5.9 skala Richter yang berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer Barat Daya Ranau.

Seluruh mahasiswa UMS berlari keluar daripada bilik masing-masing apabila berlaku gegaran sekuat 6.0 Skala Richter sebentar tadi. Semua mahasiswa sedang berkumpul di luar untuk menyelamatkan diri.


Kejadian mencetuskan perasaan panik orang ramai. Ramai pengguna media sosial memuat naik gambar kejadian di media sosial.











Antara gambar kejadian yang telah dimuat naik oleh pengguna di media sosial.






Manakala kerosakan di IPD setakat ini kebocoran paip tangki air di belakang IPD.






A Moderate earthquake has occurred at 07:15am 05/06/15,6.1N 116.6E with Magnitude 5.9 and Depth 54km, Borneo. 16km northwest of Ranau, Sabah.Tremors felt in Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu, K.Belud, Sabah. MMD
Pihak Bomba dan penyelamat telah dihubungi untuk pemeriksaan bangunan IPD.



Ranau, Sabah dilanda gempa bumi 5.9 Richter

Satu gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.


Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta.


Info terkini: Ramai pendaki yang masih diatas gunung Kinabalu sekarang... Ada sumber mengatakan yang mereka terperangkap...



















KEADAAN di dalam sebuah premis di Ranau selepas gempa bumi pagi tadi. Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. - Foto ihsan pembaca BH