Thursday, October 13, 2016

Imigresen cadang Pemburu Upahan tangkap PATI

Imigresen cadang ‘bounty hunter’ tangkap PATI

Datuk Seri Mustafar Ali berkata wang akan diberikan kepada orang awam yang menangkap PATI bagi membantu usaha jabatan itu memerangi sindiket penyeludupan warga asing.

Jabatan Imigresen Malaysia bercadang untuk memberikan ganjaran kewangan kepada orang awam yang membantu menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI).


Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata ganjaran kewangan kepada mereka yang menangkap PATI itu adalah sebahagian usaha jabatan itu dalam memerangi majikan serta sindiket yang mendalangi penyeludupan warga asing.

Beliau berkata pada masa ini apabila penguat kuasa imigresen melakukan operasi termasuk di sempadan, aktiviti penyeludupan akan dihentikan seketika kerana ada penduduk tempatan yang bersubahat mendedahkan maklumat operasi itu.

“Oleh itu saya mencadangkan tindakan drastik yang mudah dan menjimatkan tetapi berkesan iaitu mewujudkan pasukan sukarelawan seperti bounty hunter (pemburu upahan) yang dipraktikkan di Amerika Syarikat, Mexico dan negara lain.

“Penduduk kampung yang bersedia membantu, menangkap dan menyerahkan pendatang tanpa izin kepada pihak berkuasa, boleh ditempatkan di lokap sementara menanti tindakan imigresen,” katanya.

Mustafar berkata sudah sampai masanya situasi ketika ini iaitu bersubahat dengan sindiket pendatang tanpa izin bagi mendapatkan upah lumayan, diubah.

Beliau berkata jika cadangan ganjaran kewangan itu dilaksanakan, amalan membantu penyeludupan masuk boleh bertukar kepada amalan menangkap pendatang.

“Ganjaran kewangan sebenarnya tidak menambah beban kewangan berbanding operasi jabatan yang berdepan kekangan logistik dan kakitangan, jika dilakukan serentak di seluruh negara.

“Contohnya, majikan sering menafikan pendatang adalah pekerja mereka, tetapi bounty hunter boleh mendapatkan bukti seperti rakaman video untuk membuktikan keadaan itu,” katanya.

.

No comments:

Post a Comment