Sunday, February 1, 2015

Afdlin Shauki akui Jackie Chan permata negara

(Gambar) Jackie Chan di Sekitar Majlis Penganugerah Pangkat Datuk

Semalam berlangsungnya istiadat penganugerahan darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk kepada bintang antarabangsa terkenal Jackie Chan.

Pelakon aksi kelahiran Hong Kong Jackie Chan telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.


Pelakon yang berusia 60 tahun menerima penganugerahan ini daripada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2015.

Turut menerima gelaran yang sama, Ustaz Kazim Elias yang menjadi penceramah popular untuk program Astro Kalau Dah Jodoh yang mempunyai pengikut tersendiri menonton program tersebut

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2008 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan.



Jackie Chan kelihatan begitu kacak dan comel mengenakan songkok dan berkaca-mata.

Turut ada bersama di majlis itu untuk menerima darjah yang sama iaitu penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias.

 
 





Walaubagaimanapun, ramai pihak yang mempertikaikan sumbangan Jackie Chan kepada negara sehingga dia dianugerahkan dengan gelaran berkenaan.

Turut mempertikaikan persoalan itu adalah Aflin Shauki.


Pada tahun 2008, aktor popular Bollywood Shah Rukh Khan juga turut menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.



No comments:

Post a Comment