Thursday, January 29, 2015

Perkembangan Terkini Ayahanda Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat #TerusBerdoaBuatTokGuru

[GAMBAR LAMA KETIKA TOK GURU SEDANG SOLAT]

Tuan Guru Nik Aziz Hidap Kanser Prostat Dan Perlu Rawatan Rapi

Alhamdulillah...Syukur PadaMu YaAllah...Allahuakbar..!!! Perkembangan Kesihatan Ayahanda Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Setakat Jam 5pm 28/01/2015.

Ayahanda baru selesai latihan pemulihan sekejap tadi. Alhamdulillah, ayahanda boleh didudukkan di atas kerusi roda untuk kali pertama dan mampu bertahan selama setengah jam. Ia sudah cukup menggembirakan saya yang menyaksikan. Semoga ayahanda bertambah gagah hari demi hari.

Pagi ini doktor dan pihak hospital berkunjung ke rumah untuk melihat dan membantu kami menyempurnakan keperluan dan persiapan untuk ayahanda apabila dibenarkan pulang nanti.

Di sini saya ingin rakamkan terima kasih kepada para pelawat yang memahami keadaan ayahanda, juga terima kasih buat kawan-kawan lama ayahanda dalam perjuangan yang datang dari jauh dan dekat. Ayahanda acap mengingati kawan-kawan lama beliau.

Terima kasih buat doa seluruh rakyat Malaysia. Ada rakan non muslim mohon diizin menziarahi ayahanda khas untuk berdoa. Saya gembira. Walaupun berlainan ugama, tuhan yang esa akan mendengar daripada seluruh hambaNya.

Tiada nikmat lebih indah di hujung kehidupan manusia selain doa daripada seluruh makhluk Allah di bumi dan langit untuknya. Semoga ayahanda dikurniai nikmat itu hingga ke akhir nanti.. aameen.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
8 Rabiul Akhir 1436H / 28 Januari 2015
500pm

#TerusBerdoaBuatTokGuru

SEBARKAN SEBANYAKNYA...





Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mantan Menteri Besar kelantan, disahkan menghidap kanser prostat sejak sekian lama, namun penyakit tersebut mampu dikawal oleh pakar.

Perkara ini telah diberitahu oleh anaknya, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan yang menyatakan perkara tersebut.

Menurut baliau, bapanya kini telah menunjukkan reaksi positid dan mula stabil sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


“Bagaimanapun, doktor menyatakan ayahanda perlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.

“Ayahanda menghidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh doktor telah berjaya mengawalnya.




“Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik.” katanya yang dipetik dari TheRakyatPost.

Dalam kenyataan sama Nik Abduh berkata, individu yang ingin melawat bapanya perlu mengikut prosedur yang telah ditentukan pihak hospital dan dipersetujui oleh ahli keluarga.


Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan Nik Aziz.

Tuanku As Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V melawat mantan MB Kelantan, Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wad Delima, HUSM Kubang Kerian semalam.

Walaupun berbeza pandangan politik, sebagai seorang saudara Muslim dan anak Kelantan mendoakan supaya mantan MB Kelantan ini pulih segera dan diberikan kesihatan oleh Allah Taala.

Perdana Menteri Najib Razak dalam perjalanan melawat Nik Abdul Aziz Nik Mat di HUSM.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِى ، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا "Ya Allah, Rabb (pencipta dan pelindung) semua manusia, hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit (lain)." [HR. al-Bukhari no. 5311 dan Muslim no. 2191]

No comments:

Post a Comment