Monday, January 5, 2015

Amukan Babi Hutan di Perpustakaan MMU

Kickbola.net (Gambar) Babi Hutan 'Serang' Perpustakaan MMU
Amukan Babi Hutan di Perpustakaan MMU

Cyberjaya, 5 Jan: Seekor babi hutan telah 'menyerang' perpustakaan Universiti Multimedia kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Kerana kekecohan yang terjadi, semua pelajar yang berada di dalam perpustakaan itu diminta keluar bagi membenarkan pihak bomba menangkap haiwan liar tersebut.

Menurut Ketua Pustakawan MMU, Kamal Sujak, babi itu kecundang setelah bergelut dengan bomba selama dua jam di dalam perpustakaan terbabit.

"Bahagian utama perpustakaan itu terpaksa ditutup disebabkan keadaan berselerak akibat usaha menangkap haiwan itu.




"Binatang liar ini mungkin tersesat dari kawasan hutan berdekatan memandangkan pembangunan pesat sekitar Cyberjaya," katanya.

Menurut Kamal lagi, ruang bacaan utama tetap akan dibuka seperti biasa.




No comments:

Post a Comment