Saturday, December 27, 2014

Sebuah pesawat disahkan terhempas di Laut Belitung Timur Indonesia

PESAWAT AirAsia QZ8501 yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dipercayai hilang dari radar di Laut Jawa pada ketinggian 32,000 kaki dari paras laut. - Foto flightradar24



Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Laut Belitung Timur

Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501, menurut laporan Kompas.com.

"Tadi Pak Danlanud menelefon Bapak (Basuri), memberi maklumat ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Beltim," kata Yuhinu, Ajudan Bupati Beltim, ketika menghubungi bangkapos.com.


SEKADAR GAMBAR HIASAN


Sementara itu, Ketua Polis Marin Beltim, AKP Yanto berkata, maklumat itu masih disiasat.

"Kita masih berhubung dengan direktorat dan mengumpulkan maklumat daripada nelayan mahupun kapal yang melintas perairan Beltim," kata AKP Yanto ketika dihubungi bangkapos.com.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini..

No comments:

Post a Comment