Sunday, December 28, 2014

Pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan Terhempas 145 KM Dari Pulau Belitung


Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas 145 KM Dari Pulau Belitung

Agensi berita nasional Indonesia Antara melaporkan pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 terhempas kira-kira 145 bkilometer dari Pulau Belitung.

Menurut Jakarta Post, berita itu memetik pegawai agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas). Tweet stesen televisyen China CCTV berkata bangkai pesawat dijumpai di timur pulau Belitung.

Sementara itu, Kompas TV yang memetik penganalisis penerbangan John Brata berkata seharusnya pesawat ini mudah ditemukan kerana ia terbang di atas pulau atau provinsi yang banyak radar penerbangannya.

Bagaimanapun, Pengarah Kementerian Udara dan Perhubungan, Indonesia, Djoko Murjatmodjo tidak mahu membuat sebarang andaian berhubung nasib pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang dilaporkan hilang sejak pagi tadi.

Katanya, setakat ini, pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai keadaan pesawat itu dan menegaskan bahawa operasi mencari sedang giat dijalankan

Beliau berkata meskipun sudah ada berita yang menyebutkan bahawa pesawat jenis Airbus itu jatuh di Belitung Timur, namun pihaknya belum memastikan lokasi tersebut.

No comments:

Post a Comment