Showing posts with label Menarik. Show all posts
Showing posts with label Menarik. Show all posts

Saturday, May 6, 2017

Nur Amalina Che Bakri Yang Dulu bukanlah yang Sekarang


Ni yg kena kecam dlu tu kan? Sbb 360 dia tukar lepas study oversea. Tp janji result meletop bah, yg lain tu none of anyone's business.
Keep brains and beauty on!

Salam.

Ingat lagi siapa Nur Amalina Che Bakri? Haaa... Kalau lupa, Nur Amalina Che Bakri ni la yang pernah mencipta rekod dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 apabila memperolehi 17A1. Nur Amalina Che Bakri telah berjaya mendapat A1 dalam 17 subjek, iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Sejarah, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Biologi, Kmia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawwur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi dan Pendidikan Islam. Kerana kecemerlangan luar biasa yang ditonjolkan oleh Nur Amalina Che Bakri ni, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaja pengajiannya di bawah Program Biasiswa Kijang Emas.

Ehhh... Agak agak macam mana la rupa Nur Amalina Che Bakri ni sekarang? Tapi sekarang dia lebih dikenali dengan nama Amalina Bakri. Kalau aku kata gambar dia sebenarnya kat bawah ni, korang percaya tak?


Bukan main makeup Amalina Bakri ni sekarang, on fleek betul. You go, girl! Yang penting dia masih lagi cemerlang sampai sekarang. Mari kita tengok antara pencapaian dan perkembangan dia selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2004 yang lalu.
  • Terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service (5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005)
  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat kebangsaan
  • Duta Akademik Berita Harian
  • A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom (2005-2007)
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi di University of Edinburgh, Scotland (2007-2013)
  • Ijazah Sarjana (Kelas Pertama) dalam Medical Clinical Sciences di University of Cambridge (2013-2015)
  • MPhil/PhD dalam Translational Medicine and Therapeutics di University of Cambridge (2013-2017)
  • Doktor di Imperial College Healthcare NHS dan doktor pakar bedah (pelatih) di The Royal College of Surgeons, England (bermula dari 2015)
  • Pengkhususan payudara, pembedahan awam dan pembedahan plastik
  • Telah membentangkan 6 kertas kajian pada peringkat dunia untuk kajian perubatan


Difahamkan Amalina Bakri memerlukan sekurang-kurangnya 6 hingga 7 tahun untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik. All the best! Dan kalau balik Malaysia tu, beritahu la. Boleh kita kopi kopi. Haha! Dah jom kita tengok antara gambar-gambar terkini daripada Amalina Bakri yang aku dapatkan daripada laman twitter miliknya.





Jadi kalau korang nak tahu perkembangan Amalina Bakri dengan lebih lanjut, boleh follow dia kat twitter dan linkedin seperti mana yang aku letakkan kat bawah ni. Tapi dua tu je la laman sosial milik Amalina Bakri yang aku jumpa. Setakat ni aku tak jumpa lagi facebook atau instagram dia. Kalau korang jumpa, kongsikan dengan aku boleh?



Eleh... Nak stalk la tu?


Saturday, April 15, 2017

Brunei Temui Telaga Minyak Umpama Harta Karun Bernilai RM3 Bilion

Selepas 37 Tahun Brunei Akhirnya Temui Telaga Minyak Di Darat Pertama Bernilai RM3 Bilion
Selepas 37 Tahun Brunei Akhirnya Temui Telaga Minyak Di Darat Pertama Bernilai RM3 Bilion

BANDAR SERI BEGAWAN: Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) beberapa hari lalu telah mencatata sejarah penting bagi negara Brunei apabila penerokaan mereka telah berjaya menemui minyak dan gas di Telaga Layang-Layang di kawasan Lumut yang merupakan penemuan darat signifikan pertama bagi BSP dalam tempoh 37 tahun.

Memetik laporan media negara berkenaan, Media Permata, berdasarkan pengiraan awal penemuan penting itu anggaran kasar penemuan 18mmboe telah dilepasi.

Dilaporkan potensi pendapatan adalah bersamaan dengan kira-kira 15 peratus daripada belanjawan tahunan negara sebanyak B$6 bilion (kira-kira RM19 bilion).


Telaga berkenaan telah digali sedalam 4,319 meter di kawasan Layang-Layang, Lumut, Daerah Belait selepas 37 tahun tempat sama pernah diteroka.

Apa yang menarik, potensi telaga dengan kod rujukan medan T203 itu dipercayai mampu memberi perolehan bernilai B$900 juta (kira-kira RM3 bilion) berdasarkan harga rendah pasaran minyak mentah global pada masa ini.

Ia bersamaan dengan 15 peratus daripada keseluruhan bajet kerajaan Brunei ketika ini iaitu B$6 bilion (kira-kira RM19 bilion) susulan penjimatan peruntukan ekoran kemerosotan pendapatan akibat kejatuhan harga minyak.

Penemuan minyak dan gas Layang-Layang itu merupakan yang pertama menggunakan konsep geologi terbaru iaitu Shale diapir trap.


Shale diapir trap diterjemahkan daripada data seismos dan kajian singkapan kawasan Brunei (Brunei field outcrop studies). Shale diapir merupakan satu ruang luas yang disuntik dengan Syal (Shale) di bawah tekanan sub permukaan yang tinggi dan sebelum ini, tidak dianggap sebagai mekanisme perangkap sah (valid trap mechanisme) untuk BSP sehingga sekarang.

Apa yang menjadikan penemuan itu satu yang menakjubkan adalah penggunaan teknologi pemprosesan seismos baru dan terkini dengan data lama yang sedia ada.


Pengarah Urusan BSP, Dr Ceri Powell berkata, pencapaian itu merupakan sesuatu yang amat menarik di mana ia menunjukkan bagaimana teknologi terkini dan teknik canggih dalam penterjemahan data boleh membuka pelbagai peluang yang baru.

“Kita sedang merancang untuk menilai dengan cepat potensi penerokaan seterusnya dengan kumpulan berdedikasi kami yang terdiri daripada ahli geosains Brunei yang berkualiti tinggi.


“Saya rasa kunci faktor kejayaan adalah kerjasama yang kukuh dan integrasi di antara pakar geosains, operasi penggerudian dan jurutera petroleum, memanfaatkan perbezaan mereka daripada segi kepakaran, usia, jantina dan kewarganegaraan. Orang kami adalah kunci bagi mendapatkan penyelesaian dan membuka kaedah baru untuk menyelesaikan masalah lama," katanya

Thursday, January 12, 2017

Kehebatan Orang Pulau Pinang di Mata Dunia!

Tahniah kepada Faiz Subri kerana menjadi pemain yang pertama dari Asia dan Malaysia yang memenangi anugerah PUSKAS.
Kehebatan Orang Pulau Pinang di Mata Dunia!

HEBAT "ORANG PENANG" NI..

Faiz Subri - Pemain Penang.

Lee Chong Wei - orang Penang


Nicol David - orang Penang


P.Ramlee - orang Penang



Ahmad Nawab - orang Penang


Tun Abdullah - orang Penang


Anwar Ibrahim - orang Penang.


Syahir(panjang) Sepak Takraw - Orang Penang.


Jika ada penambahan, sertakan di komen ampa.

kredit: Penang Kini.

Thursday, April 9, 2015

Dwayne 'The Rock' Johnson Mengalirkan Air Mata selepas Budak Lelaki Ini Memeluknya


'THE ROCK' MENGALIRKAN AIR MATA SELEPAS BUDAK LELAKI INI MEMELUKNYA

Dengan pelbagai aksi berani di skrin layar perak, siapa sangka The RockDwayne Johnson akan menangis hanya kerana seorang budak lelaki.



Seorang budak lelaki bernama Nick Miller berlari ke arah kereta The Rock selepas beliau keluar daripada sebuah gimnasium. Tindakan Nick menyebabkan The Rock menghentikan kenderaannya dan keluar daripada kereta. Budak tersebut menyatakan betapa besarnya peranan The Rock dalam menyuntik semangat baginya untuk melawan penyakit kanser yang dihidapinya dan menjadi impiannya selama ini untuk bersemuka dengan idolanya itu.

Selepas itu The Rock memeluknya dan mereka mengambil gambar bersama. Melalui instagram The Rock mengaku peristiwa itu sangat menyentuh hatinya dan membuatkannya mengalirkan air mata semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.



P/S: The Rock membuktikan otot yang besar serta badan yang gagah tidak menghalangnya menjadi seorang yang mempunyai hati dan perasaan.


Tuesday, April 7, 2015

Gaji PM Singapura direkodkan tertinggi di dunia


Gaji PM Singapura direkodkan tertinggi di dunia

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tersenarai sebagai pemimpin negara yang memperoleh gaji tahunan paling tinggi di kalangan pemimpin dunia sebanyak AS$1.7 juta (RM6.1 juta).

Laporan International Business Times menyebut pendapatan Hsien Loong itu dianggap tinggi untuk pemimpin sebuah negara yang kecil.


Ia memerlukan gabungan pendapatan pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK) untuk menyamai pendapatan Hsien Loong.


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459). -AFP

Monday, February 23, 2015

Bila Pelancong Jerman Mintak Datuk Seri Hishammuddin Tolong Ambikan Gambar


Pelancong Jerman Mintak Datuk Seri Hishammuddin Tolong Ambikan Gambar

Normal kalau kita pergi melancong, ada kemungkinan orang akan meminta tolong pada kita untuk ambilkan gambar mereka.

Kadang-kala kita pun akan minta kepada orang lain berbuat benda yang sama.

Kerap kali kita main serkap jarang aje sesiapa yang ada dekat-dekat dan yang jadi mangsa pastinya orang yang kelihatan mesra.

Mungkin itu yang berlaku kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang siang tadi berada di pusat pelancongan terkemuka Kemboja yakni kompleks kuil Angkor Wat.

Beliau berjalan bersama beberapa rakan dan pegawai Kemboja untuk melihat keunikkan kuil berkenaan.



Secara tiba-tiba, satu pasangan Jerman meminta beliau agar tolong tangkap gambar mereka.

Seorang yang terkenal sebagai rajin tersenyum dan sentiasa membantu, Hishammuddin pun menolong pasangan berkenaan tanpa banyak soal.

Tindakan spontan beliau itu berjaya dirakam kamera lain, mungkin salah seorang pegawainya dan kemudian ia dimuat naik ke media sosial beliau seperti Twitter dan Facebook.

Ramai yang memuji sikap merendah diri beliau itu walaupun ketika itu beliau diringi pegawai-pegawai kanan Kemboja.

Mungkin pasangan Jerman berkenaan tidak perasan ketika meminta tolong.

Agaknya apa perasaan pelancong Jerman berkenaan andai mereka tahu yang diminta ambil gambar tu adalah tetamu VIP kerajaan Kemboja dan juga Menteri Pertahanan Malaysia?


Sudah tentu siapa yang mengambil gambar itu akan lebih bernilai dari gambar itu sendiri nanti.