Wednesday, April 8, 2015

Dua juta set “top box” percuma buat golongan berpendapatan rendah nikmati TV digital


Dua juta set “top box” percuma bagi golongan berpendapatan rendah nikmati TV digital

Sejumlah dua juta set “top box” akan dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka menikmati siaran televisyen (TV) digital apabila ia dilaksanakan kelak, persidangan Dewan Rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata set “top box” percuma itu akan diberi kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program E-Kasih.

“Bagi tujuan pelaksanaan TV digital ini, kita sedia maklum bahawa siaran digital ini tidak boleh diterima televisyen biasa yang menggunakan sistem analog. Ramai masyarakat luar bandar tidak mempunyai sistem Astro, mereka perlu dibantu.


Salah satu daripada syarat yang dipersetujui dengan pihak pembekal dan pelaksana perkhidmatan adalah menyediakan set ‘top box’ secara percuma bagi membolehkan golongan ini turut menerima siaran TV digital,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing).

Abd Latiff ingin tahu sama ada kerajaan menyediakan bantuan atau insentif bagi meringankan beban pengguna terutama penduduk miskin luar bandar bagi menikmati siaran TV digital yang akan dilaksanakan tahun ini.

Bernama

1 comment:

  1. The Nikon D90's body is much like the old D80's. It's fatter and chunkier than the D60's and easier to get a good grip on. It has twin control dials, which may be confusing at first, but is much better when making aperture and shutter speed adjustments.
    vumoo

    ReplyDelete