Tuesday, April 7, 2015

Sayu! Kpl Razkan ditemui Masih Memeluk Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis


Sayu! Kpl Razkan ditemui Masih Memeluk Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis

Allahyarham Kpl Razkan Seran ditemui dalam keadaan masih memeluk Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis. Hingga nyawa terakhir Arwah Kpl Razkan Seran menunjukkan sebagai pengawal peribadi yang bertanggungjawab dan komited dalam tugasnya melindungi Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis

Kami tidak dapat membayangkan semasa dalam keadaan genting di dalam pesawat helikpoter Arwah Kpl Razkan Seran cuba melindungi Arwah Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dengan memeluk beliau. Kesetiaannya dibawa sehingga ke akhir hayat

Menurut balu Allahyarham, Setinurafeni dia tidak menyangka suaminya terlibat dalam nahas sebuah helikopter jenis enis AS365N2 Dauphin terhempas berhampiran Jalan Sungai Lalang-Kampung Pasir Baru ini kerana banyak kes nahas udara berlaku sejak akhir-akhir ini

Balu Allahyarham, Setinurafeni berasa tidak sedap hati selepas mendapat panggilan daripada ibunya mengatakan helipkopter yang dinaiki arwah terhempas. Pada pukul 7.30 malam dia mendapat berita  suaminya terlibat dalam nahas helikopter terhempas berhampiran Jalan Sungai Lalang-Kampung Pasir Baru

Balu Allahyarham, Setinurafeni berkata apabila beg mayat dibuka kelihatan kedua-dua tangan naik keatas dan balu Allahyarham dapat mengenal identiti suaminya ini kerana semasa ditemui suaminya masih memakai gelang kehemarannya

Balu Allahyarham juga telah diberi tabik hormat oleh salah seorang ahli forensik dibilik mayat. Balu Allahyarham Setinurafeni berkata dia mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada orang ramai termasuk balu Jamaluddin, Sultan Pahang serta beberapa VVIP 

Jenazah Razkan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Sg Damit, berhampiran rumah isterinya pada pukul 12 tengah malam, Ahad lalu.

Serba sedikit mengenai Allahyarham Kpl Razkan Seran. Allahyarham menyertai anggota polis pada tahun 2003 dan pernah berkhidmat dibawah Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), sebelum menyertai Unit Tindakan Khas (Special Action Force) pada tahun 2008, dan kemudiannya ditugaskan untuk berkhdmat sebagai pengawal keselamatan Jamaluddin pada tahun 2013.



No comments:

Post a Comment