Friday, December 16, 2016

Anak Azmin: Abah kata jangan sebut nama dia

SEMPENA kehadiran tahun baru NONA keluaran Januari 2017 menampilkan pemimpin nombor satu Selangor bersama famili sebagai penghias muka depan. Banyak yang dikongsi namun  yang menarik perhatian adalah pengakuan anak-anak Datuk Seri Mohamed Azmin.

Bergelar anak kepada Menteri Besar Selangor pasti ramai yang menganggap mereka punya keistimewaan namun jawapan yang keluar dari mulut Farah Syazliyana, 26 dan Farah Afifah, 21 cukup berbeza.

"Tiada keistimewaan atau VIP Treatment ! Kalau Abah ada, dapatlah merasa tempiasnya tapi dalam banyak keadaan, dia pesan supaya kami jangan mention nama dia. Jangan salah guna kuasa dan jangan jadikan keistimewaan sebagai anak Menteri Besar sebagai batu loncatan dalam kerjaya.

"Abah juga tak suka kami kerja di bawah kerajaan negeri. Itu seperti taking advantage baginya. Rakan-rakan saya pun ada yang tak tahu tentang keluarga saya, dan semestinya I don’t go out beritahu siapa diri saya pada orang. I prefer to be unknown. Saya tak mahu dilayan dengan istimewa semata-mata kerana berbintikan Mohamed Azmin,"ujarnya.

"Saya pilih untuk hidup secara low profile. Dalam politik, saya cuma minat kerana ingin tahu perkembangan semasa. Rakan-rakan pun ada yang tahu dan ada yang tak tentang Abah. Tapi walau apa pun yang saya lakukan, saya akan selalu ingat siapa ibu bapa saya. Kerana itu saya selalu jaga hal-hal seperti ke mana saya pergi dan apa yang dipakai," ungkap adiknya Farah Afifah.

Abah di mata anda?

Dalam pada itu Farah Syazliyana turut mengakui bapanya seorang yang sangat teliti.

"Duit syiling pun dia akan susun dengan kemas. Abah juga sangat pembersih, tak pakai selekeh. And he takes very good care of his appearance, termasuklah soal oral health. Kami yang dah besar panjang pun, dia tetap akan datang periksa di bilik untuk tengok kami kemas barang dengan betul.

Sementara itu akui Farah Afizah bapanya seorang yang tak pernah marah namun punya cara tersendiri untuk menegur anak.

"Abah tak pernah marah atau meninggikan suara tapi kalau dia menegur  ayat-ayatnya memang sangat tajam menikam kalbu! Mummy pula agak tegas. Kalau dia marah, dia tak berhenti cakap dan kenakan curfew kalau saya langgar syaratnya, iaitu kena pulang sebelum Maghrib.

"Pernah sekali saya balik lewat kerana menghadiri sebuah pertandingan pasukan sorak di Bukit Jalil. Sampai di rumah, tiba-tiba kena marah dan dilarang masuk. Jadi terpaksalah saya duduk dalam kegelapan malam di depan pagar rumah."

Selain Farah Shazliyana dan suami, Muhammad Syaqib Zainudin; Mohamed Ameer Shazrin (24 tahun) dan Farah Afifah yang dipotretkan sebagai cover Nona, anak-anak Datuk Seri Azmin yang lain iaitu Farah Amira (23 tahun), Mohamed Basheer Noor Al-Haq (16 tahun) dan Mohamed Yusuf Al-Sadiq (14 tahun) tidak menyertai sesi fotografi kerana bersekolah.

Pasangan Datuk Seri Mohamed Azmin dan Datin Seri Shamshida Taharin mempunyai enam orang cahaya mata kesemuanya.

Datin Seri Shamsida dedah 7 perkara tentang suami

Nona juga turut mencungkil peribadi Datuk Seri Mohamed Azmin dari isterinya. Tujuh perkara ini adalah yang dikongsi oleh Datin Seri Shamsida tentang suaminya.

1. Warna kegemaran

Yang nampak maskulin dan very manly. Senang kata rona-rona selamat seperti hitam, biru gelap, kelabu atau coklat. Sebagai seorang yang konvensional, Dato’ juga suka berkemeja batik atau bercorak kotak-kotak.

2. Makanan kesukaan

Tentang makan, dia kurang cerewet. Tapi seleranya lebih ke arah makanan bersantan seperti lauk masak lemak atau kari. Dia tak akan makan selagi semua kerjanya belum selesai. Kalau banyak kerja dan sibuk sepanjang hari, pulang ke rumah lewat malam nanti pasti dia akan ke dapur untuk mengisi perut.

3. Panggilan suami isteri

Dia panggil saya, B. Dan saya panggil dia, Sayang.

4. Panggilan manja dalam keluarga

Ibu dan semua adik-beradik Dato’ memanggilnya Min.

5.  Kereta yang pernah dimiliki

Sebuah BMW dan Toyota yang saya tak ingat modelnya.

6.  Lagu kesukaan

Dia ni ada sifat oldies sikit. Saya pun kurang pasti genre lagu apa kesukaannya tapi yang pasti, dia sukakan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

7.  Destinasi paling romantis

Selepas berkahwin, kami banyak melancong ke pelbagai negara. Tapi kalau mahu dipilih satu destinasi, saya rasa ketika kami bercuti di Barcelona. Masa tu, kami berdua tengah menunggang basikal dan hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Walaupun basah lencun, tapi momen ketika itu sangat romantis!

SHarian

No comments:

Post a Comment